Introduction

.

Lamborghini Ini Milikku

0 comments
Bismillahirrahmannirrahim 

Salam sejahtera dan salam satu dunia 

Pertama-tamanya mari kita bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya atas nikmat yang Allah berikan, rezeki yang melimpah ruah serta selawat dan salam buat junjungan baginda khatimul anbiya’ serta sahabat sahabiah tabi’ tabi’in. dai’e dan dai’ah. Qari junior dan seluruh ummat akhir zaman yang masih beriman dan beramal dengan cara yang Allah dan Nabi ajarkan.

Harini masih di bulan ramadhan, kipas masjid Az Zubair yang aku kagumkan tu masih berputar laju. Masjid Kelana Jaya dekat area opis aku ni pun kutipan derma ramadhan dia dah capai ratus ribu. Terbeliak aku tengok kutipan terkini diorang. Al maklum, kawasan ni ramai golongan elit. Rumah tak yah ceritala berapa juta.

Hurm, harini nak cerita pasal Lamborghini. Kereta fevret aku dari kecik sampai ke besar. Pernah lah aku terfikir, andai aku terus beriman di jalan Allah dan di izinkan cium bau syurga. Benda yang aku nak mintak kat syurga nanti track lumba dengan kereta Lamborghini sebijik colour kuning. Tak pun hitam. Kahkahkah. Kalau aku kaya raya pulak, aku nak beli sebijik Lamborghini pastu buat rumah sebelah highway kat johor. Opis kat perlis. Hari, keluar rumah pukul 6.30 pagi sampai opis pukul 8.00 pagi. Sejam setengah je sampai perlis. Jadah aku, this is nonsense, insane and sengal 7 petala langit.

So, cerita pasal Lamborghini ni balik. Apa kena mengena dengan entry aku ni. Dah ada duit ke nak beli lambo? Aha.. seharusnya tidak lahkan. Duit beli Lamborghini model kat Aeon big bolehla. Hat yang mainan tu. Aha. Okla, nak habaq 1 cerita berkaitan dengan Al-Quran. Kalau hangpa jenis suka baca quran dan kaji quran. Kalau terlintas ayat hat ni, seronok untuk perhatikan dan dalami betul-betul. Meh ni baca ayat nih:-

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ali Imran : 133)  

Apa yang korang faham dari ayat atas ni? Nak habaq kalau buat dosa cepat-cepat mintak ampun kat Allah dan Allah akan bagi syurga luasnya seluas langit dan bumi. So, apa kaitan dengan Lamborghini takdi? Ok, Lamborghini ni aku nak jadikan contoh je sebenarnya. Sebabkan aku suka kereta Lamborghini, jadi aku sediakan contoh yang berkait seperti di bawah.

Pada 1 hari yang tenang lagi menenangkan. Aku datang kerumah seorang kaya raya ni. Lepas tu dia ni jenis kumpul kereta sport. Belambak kereta sport dia, untuk aku, aku suka Lamborghini. So, aku pun usha-usha kereta Lamborghini dia. Aku cakap, nak pinjam nak test drive. Lepas tu, aku test drive la. Bawak kereta pusing satu Malaysia. Siapa yang tahu cara aku bawak kereta mesti tahu aku ni bawak kereta celaka dia macam mana. Aha.

Jadi, bawak punya bawak, lumba dengan kereta kancil. Kereta viva, savvy. Semuanya aku menang. Terasa bongkak dalam hati sebab dapat drive kereta laju padahal pinjam je pun. Sekali nak dijadikan cerita kebongkakkan tu, nah kau eksiden. Bang. Terbakor Lamborghini yang aku bawak tu. Alhamdulillah aku selamat. Haaa.. padan muka berlagak lagi.

Kalau korang dalam situasi aku, apa yang korang rasa? Cuak? Terasa nak terkencing-kencing je sebab dahla kereta pinjam. Lepas tu harga dia mau RM1.5 juta. Mana aku nak cekau duit nak bayaq kerosakan ni semua? Gaji berapa ribu ja. Mau sampai mati baru dapat bayaq. Lainlah kak Ros kita yang beli cincin berlian hasil simpanan dari kecik. Aku ni kecik jenis simpan duit seminggu lepas tu habis. So, mana nak cekau duit?

Nak dijadikan cerita, aku kental tak lari. Aku pi jumpa mamat pemilik kereta ni, dan aku mintak maaf. Dengan harapan tak yah bayar apa-apa. Muka penuh harapan yang ibarat mencurah koko ke lading gandum. Sekali, aha. Nak tahu apa pemuda tu cakap?

Pemuda: Disebabkan kau minta maaf, aku maafkan dan aku bagi kau 2 bijik kereta Lamborghini aventador lagi free.

Korang bayangkan perasaan aku yang saat aku terasa dosa aku seluas lautan dunia sebab rosakkan kereta dia. Sekali aku dapat dimaafkan gitu je. Dan dia bagi lagi extra kereta free kat aku. Bukan mintak aku tuntut. Happy tak aku? Haruslah. Ni cerita aku Lamborghini, korang pkla korang punya barang yang korang nak sangat pastu tukar dengan cerita Lamborghini aku. Mesti kegembiraan tu korang akan terasa.

So, apa aku nak sampaikan sebenarnya?

Aku nak bagitau korang simple things ja. Kita ni Allah bagi pinjaman ja kat Dunia ni. Tapi apa kita buat? Kita buat kerosakan yang tak kesudahan. Buat loqlaq. Buat benda yang Allah larang yang tak terkira banyaknya. Tapi once kita taubat, kerosakan tu semua tu hilang. Yang korang dapat syurga yang luasnya tak boleh digambarkan hamparannya. Sama la kes macam Lamborghini tadi tu. Mintak maaf dapat kereta free padahal kita pinjam je kereta tu. Tu baru nikmat dunia je. Belum lagi syurga yang kita sendiri tak terbayang hebatnya macam mana. Macam aku cakap, time kat syurga tu, aku bukan boleh mintak 2 bijik je Lamborghini, aku leh buat collection. Kahkah.

Apapun, mohon doa dari semua hamba Allah supaya diri aku yang hina ni dapat cium bau syurga. Aku dah banyak sangat dosa aku kat muka bumi Allah ni. Buat yang Allah larang, tapi Allah bagi aku ujian macam-macam untuk aku ingat Dia balik. Aminnn ya rabbb.. thanks a lot. Jangan lupa jugak doakan diri korang sendiri kalau tak jadi macam azazil yang asalnya ketua malaikat berakhir jadi syaitan sebab lupa nak doa pasal diri sendiri. Jom berubah! .

~Perjalanan Mencari Cinta Teratas~

Kisah aku, dia dan selipar pink

0 comments


Bismillahirrahmanirrahim 

Salam sejahtera dan salam BRIM untuk semua 

Pertama-tamanya bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya serta selawat serta salam buat junjungan baginda khatimul anbiya’ sahabat sahabiah, tabi’ tabi’ain dan ikhwah akhawat yang dirahmati Allah.

Cerita pasal selipar pink? Aha, dah tukaq minat agaknya aku ni. Dulu suka kaler merah sekarang kaler pink. Adakah?

Semestinya tidak sama sekali. Merah tetap dihati. Saya suka merah sebab saya suka darah. Sebab saya ni ada darah vampire. Ceh. Membohong no 1. Saya suka darah sebab darah tu cantik. Lagi bohong. Yelah, saya suka darah sebab dari kecik dulu saya selalu fikir nak jadi assassins. Kalau bunuh membunuh tu dapat pahala, serius saya tak kerja macam sekarang ni. Saya pilih jadi pembunuh upahan. Waahaaa. Yang ni betul, member bilik satu uni dulu bengkak dah kot telinga kalau saya habaq pasal nak jadi pembunuh upahan ni. Haha.

Ok, berbalik kepada cerita pasal selipar pink. Apa ceritanya. Ceritanya berlaku di masjid helikopter iaitu masjid zubair al awwam cheras. Seriously, saya harap sangat masjid ni terbang kat langit satu hari nanti. Kuat bebenor angin kipas tu. Terangkat-angkat kain waktu solat.

Dah-dah, melalut lagi. Strainght to the point please..... Ok, selipar pink. Bukan apa, saya just pakai selipar pink seperti yang tertera dalam gambar tu. Bukan gambar hiasan tau memang saya pakai selipar tu pergi masjid. Lepas tu, ada la sorang makhluk Allah ni tegur saya merangkap jiran tetangga yang prihatin.

Jiran : oi yun, jambu nya. Pakai pink. Uuuuuu.

Khai : Oh, nak buat camne, semalam selipar kena rembat.

Jiran : Habis tu, semalam kau balik kaki ayam la. Jauh tu sampai rumah kau.

Khai : Taklah, aku balik pakai seliparla.

Jiran : Kau rembat selipar orang. Haish, tak baiklah gitu. (jiran ku membebel panjang. Betul jugak apa dia cakap. Merembat ni ibarat mencuri.) Meh share sikit ayat quran pasal mencuri meh:-

Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”. (Surah Al- Maidah ayat 38)  

Khai : tapi aku rembat selipar bapak aku sendiri. Kira mencuri tak? Aku nampak selipar dia kat masjid, aku rembat.

Jiran : habis tu bapak kau balik kaki ayam?

Khai : aha, kaki ayam tapi dia balik naik kereta, tak pelah kot. (anak sengal)

Inilah kisah sepasang selipar pink yang saya pakai. Selipar ni milik kak ipar rasanya. Saya gunakan untuk pergi tarawih. Nak buat macam mana, selipar kat rumah tak cukup. Tapi ok pe, bila pakai selipar pink ni, senang detect selipar kita. Sooo striking. Dari jauh dah nampak macam glow in the dark. Waaahhaaa..nak cari pun senang. Tak deklah kena rembat lagi. Apapun moral of the story, jangan rembat selipar orang di masjid. Boleh jadi selipar yang anda rembat adalah selipar keluarga anda sendiri. Yaaahaa..

Sekian dari saya hamba abdi mencari nur iman di hati. Nur iman tu cahaya iman ek bukan nama perempuan. Tapi kalau ada nak kenalkan saya dengan sesiapa untuk dijadikan isteri silakan. Peluang di buka. Syarat simple, tinggal tak lebih 2 marhalah dari rumah saya, jaga solat 5 waktu, tutup aurat dan paling penting suka travel! Sebab saya nak tiap tahun travel paling kurang sekali lepas dah kahwin. Wahhaaa.. Ok bai. Selamat menunaikan ibadah puasa.

~Reborn To Be The Greatest~

Penjara Janji

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim 

Salam alaik dan salam satu GST aka geng solat tarawih. 

Pertama-tamanya bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya serta selawat dan salam buat junjungan baginda serta sahabat sahabiah tabi’ tabi’in yang tak henti-henti menyebarkan lembayung dakwah di seluruh bumi Allah ni.

Sejak 2 menjak ni rajin pulak saya ni update blog ek? Tak ada kerja ke?

Haha, lebih kurangla, bulan ramadhan kot, application pembiayaan makin berkurang. Officer pun dah lemau buat kerja, semua balik awal. Saya je yang sengal letak nak balik lambat. Tak delah lambat pun, lambat setengah jam dari yang lain. Bukan apa, bagi keutamaan pada yang lebih memerlukan. 

Ok, ni dah kenapa letak tajuk lagu jadi tajuk blog ni? Pergi karok ke apa? 

Kahkahkah, semestinyalah tak, jadah mende bulan puasa berkarok sedangkan Al-Quran pun belum tentu berjaya khatam. Okla, berbalik kepada topic asal. “Penjara Janji”. Apa maksud saya dengan “Penjara Janji”. Ada orang pernah berjanji dengan saya tapi tak tepati ke? Or Saya berjanji tapi tak tepati.Mungkin ya, mungkin tidak. Well, itu normal dalam kehidupan kita. Tak dapat kotakan janji. Kadang tu bukan salah kita, tapi situasi yang berubah juga menjadi faktor untuk kita gagal mengotakan janji kita. Tapi jangan risau, kadang tu saya ingat je janji saya. Cuma cepat atau lambat je saya tunaikan. So, sesiapa yang saya ada janji tu, cepatlah ingatkan saya. Takut saya sendiri lupa.

Ok, cerita pasal penjara janji balik. Sebenaqnya, saya nak cerita pasal satu ayat Al-Quran ni. Waktu ni, masa solat tarawih jugak. Imam masjid rumah saya nangis bila baca ayat ni. Tapi itu bukan masalahnya. Masalahnya, awat saya ni tak nangis sedangkan saya pun faham maksud dia?? Rasanya kalaulah den operate hati den ni. Dah rupa paru-paru perokok dah kot hitamnya. Astaghfirullah. Yela, melalut tak sudah sejak 2 menjak ni. Ok, back to the story. Berapa kali dah ni deviate. Haha. Ayat yang buatkan imam tu nangis adalah tertera dibawah:- 

“Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah : 257) 

Ok, apa yang buatkan imam tu boleh nangis ek? Oklah, ni saya rasa lah tang ayat ni kot Allah “Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman).” Allah mengeluarkan orang beriman atau pun kita nilah yang Allah bagi iman ni. Dari kegelapan kepada cahaya. Maksudnya, let say la kalo kita ni lahir-lahir bukan Islam. Camna? Means, Allah dah keluaqkan kita dah sejak dari kecik dari hat penjara kegelapan tuh kepada cahaya. 

Hangpa bayangkan la ni saya bagi contoh sikit. Hangpa tengah jalan-jalan p market, tetiba ja kena tangkap tak semena-mena. Hang tak dak salah apa langsung nih. Tetiba ja kena tangkat atas tuduhan yang tak masuk dek akal. Apa kejahatan yang best eh. Ha…. Merancang pembunuhan pemimpin-pemimpin dunia la contohnya. Hangpa kena tangkap sungguh ni. Lepas tu hang for sure kena hukum mati. Tapi sebelum mati tu, hangpa suma kena seksa cam celaka. Sejauh mana kecelakaan tu tak mau habaq la. Kena letrik, simbah ayaq panaih, haish. Aku nak taip senarai hukuman torcher gila aku lak terasa meremang. So, tok sah letak. Kang yang baca muntah pulak. Yang penting hang tau kehidupan dalam penjara celaka tu cam na. Tetiba mai sorang mamat ni baik hati. Tak kisah la mamat ka minah nama dia. Dia tolong hangpa. Dia tolong bela kes hangpa tanpa bayaran apa-apa. Dia tak mintak se sen pun dari korang. Kalau kes dunia ni, agaknya kos perbicaraan pakai USD confirm ribu juta bak hang banyaknya. Tapi dia bela hang free ja. Tup..tup.. menang perbicaraan dan korang bebes. Apa korang buat lepas tu? 

Of course la kan, kita rasa berterima kasih tak terhingga kepada mamat or minah yang hat tolong kita sungguh tu. Daripada kita kena hukuman yang cam celaka or tau kita akan mati tak lama lagi,tetiba kita bebas. Kita tak buat salah apa-apa, tapi kena hukum. Mesti kita macam nak belanja mamat or minah tu sepanjang hayat kitakan sebab dia dah selamatkan kita dari hidup yang macam celaka dalam penjara. 

So, this situation same goes what is Allah does. Dia dah selamatkan kita dari kegelapan. Dari jadi kapiaq. Let say hangpa kekal dalam bukan Islam. Pastu kena seksa api neraka nanti bila kat akhirat. Hangpa mesti rasa sedih tak terhinggakan. Well,tapi apa kita buat pada Allah? Kita makin membuatkan diri kita dekat pada Allah or makin jauh? Ni saya cakap ni untuk diri sendiri ni. Apa yang kita balas balik pada Allah. Balas dengan dosa or balas dengan pahala? Mehla kita muhasabah. 

Contohnya la, mamat or minah selamatkan kita tukan. Depa dah tolong kita sehabis baik. Lepas tu kita buat taik dengan depa. Kita, pergi susahkan depa lagi. Kita hancurkan hidup depa. Sakitkan hati depa or buatkan kehidupan depa merana seumur hidup. Ni nak bagitau, kalau hangpa kategori yang hat gini, baik hangpa tak yang dok sibuk nak jadi manusia. Apa ke patut buat gitu. Gitu juga kita dengan Allah. Dia dah bagi kita kesedaran atas iman dan islam. Jadi kita pulak kena tafsirkan semua tu dalam bentuk tindakan, kata-kata beserta hati. 

Oklah, banyak dah sembang dah ni. Seronok menulis ni. Bila saya menulis, saya letak ayat quran dan saya secara tak langsung perhatikan betul-betul ayat tu untuk memuhasabahkan diri. Sebab tu aktif balik menulis. Secara tak langsung, hati ni pun tengah tak ok. Pujuk hati dengan ingat Allah. Allah firmankan dalam quran : 

“"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Al-Ra’d : 28) 

Ingat Allah hati tenang. Ingat masalah, kisah silam yang gelap, apa pun tak boleh. Apapun, semoga Allah redha dengan semua perbuatan kita. Kita hamba yang sangat lemah, dan kekurangan tu sebenarnya Allah tunjukkan pada kita menjadikan diri kita berusaha menjadi lebih baik disisi Allah dan Para Rasul. Menjadikan kita lebih baik setiap segi setiap waktu dan menjadikan kita lebih baik dan lebih baik. Tiada apa yang kita perlukan dalam dunia ini melainkan kebaikan. Doakan saya juga menjadi seorang hamba yang Allah redha. Terima kasih. 



~Perjalanan Mencari Cinta Teratas~

Endless Love

0 comments

Bismillahhirramannirrahim 

Salam alaik dan salam ramadhan al Mubarak, 

Pertama-tamanya bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah serta kurnianya serta selawat dan salam buat junjungan baginda khatimul anbiya’ yakni penghuni segala nabi. 

Lama jugak tak update blog ni. Kalau blog ni macam rumah, confirm dah bersawang, tak pun paling koman ada la taik cicak yang wujud kat lantai ni dalam sebijik dua. Almaklumlah, penulis blog ni agak sibuk dengan kerja (sibuklah sangat!!) serta hal-hal dunia yang mungkin dia dah lupa asal usul dia. Lately ni pun banyak hadapi masalah dalam hidup. Cerita dia agak serabut, kelakar dan erti kata mudahnya tak matang. Gangguan dari Cik Y. Siapa yang tahu cerita ni, dia taula. Siapa yang pernah terlibat dengan pengalaman pertama mesti akan boleh agak cerita dia macam mana. Sebab yang ni berlaku untuk kali kedua. Hahaha. Apapun one fine day, i will tell the story in here jugaklah. But not now sebab nak susun atur cerita tu pun susah. Mungkin boleh buat cerpen ringkas kendian. Apapun, ujian Allah bagi tandanya Allah sayang kitakan? Thank you Allah for giving me opportunity to undergo the test. 

Ok, berbalik kepada main topic, Endless love? What do I mean by endless love? 

Peristiwa ni berlaku masa tarawih kali kedua saya di masjid Az-Zubair Al Awwam kat rumah saya tu. Hangpa tau dak, masjid ni ada kipas helicopter. Agak-agak kalau aku kaya ada rumah banglo sebijik, aku taknak pakai aircond. Letak je sebijik kat tengah ruang tamu,biar terbang sume perabut.hahaha. 

Hoi, lari topik dah ni wehhhh. Ha.... nak habaq ni, masa solat tarawih yang kedua, imam ofkosla still baca dalam suruh Al-Baqarah lagi. Dalam Al-Baqarah ni banyak gakla ayat best-best yang kita boleh menangis kadang-kadang kalau kita faham dengan teliti. Tapi saya ni nak nangis sebab ayat Quran? Hurm... mungkin boleh tapi hati ni dah keras sungguh dah. Banyak sangat dosa. Rasanya kalau malaikat tu ada sifat penat, confirm malaikat penat nak catit dosa-dosa saya ni ha. Ok, ayat mana yang hang nak habaq pasai endless love ni. Ok, meh tengok ayat bawah ni :- 

"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). "(Al-Baqarah : 165)

Paham dak ayat yang saya highlightkan tu. Bahawasanya orang-orang yang beriman tu sangat cintanya pada Allah. Nak contoh, banyak contoh weh. Memandangkan sekarang bulan ramadhan, saya yakinlah mesti korang ada lalu gerai jual kebab? Betul tak? Tapi korang pernah tak dengar sahabat nabi nama dia Khabbab bin Alarat r.a? Mesti tak pernah dengarkan. Cerita khabbab ni sedih. Khabbab ni di seksa sebab nak tegakkan agama Allah, Khabbab di seret atas bara api sampaikan lemak dengan darah dia tu yang padamkan bara api. Korang bayangkan kalau kita nak pada bara api pakai apa? Air? Tak pakai air pun guna tanah. Ni ha, guna badan beb!!! Kau hado? Semua yang Khabbab buat demi cinta Allah. Khabbab berkorban dalam mencari nikmat beragama untuk diri dia sendiri dan jugak ummat akan datang. 

Kan, senang cerita nak habaq, kalau seorang hamba Allah ni di uji, tak kisahlah ujian dia atas dasar apa. Sebab ujian Allah ni macam-macam. Tandanya Allah sayang dia la tu. Dan tak semua manusia Allah hantarkan ujian yang sama dan sebanding dengan apa yang dia lalui. Cuma, macam mana hasil selepas ujian yang Allah turunkan pada dia tu. Adakah lebih dia mendekati Allah atau tak, itu pilihan yang dia buat. Kita sendiri patut jeles pada orang yang Allah turunkan ujian. Diorang ni Allah sayang, korang? Saya sendiri? Tengok macam pelarian Rohingya, apa jadi pada diorang? Ujian dia lebih hebat dari kita. Ni sikit ayat quran yang cerita pasal ujian Allah :- 

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). "(Ali-Imran : 14) 

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah:155) 

Kalau nak tulis setiap satu banyak, tapi yang ni antara yang saya ingat dan rasanya saya ulang pun banyak kali jugak ayat ni. Sebab tu saya ingat. Yes, ujian Allah memang nak menjadikan kita supaya kita ni lebih dekat pada Allah. Sebabnya dari situ kita akan tau pada siapa kita akan cari. Kita cari Allah untuk membantu menyelesaikan masalah kita ataupun selain dari tuhan. Meh fahamkan ayat bawah ni :- 

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."  (Al-Ankabut : 2-3)

So, this is how Allah show His love. Dia datangkan ujian, nak tengok sejauh mana hamba dia ni cari dia balik. Ingat tak kat Allah. Gagal tu normal. Sebab ada je hadith nyatakan yang Allah terima taubat hambanya walaupun banyak kali dia buat salah. Yang jenis tergelincir. Dah taubat, buat lagi. Sebab Allah tau, hamba tu nak cari Siapa kalau dia nak berubah semula. Itu namanya hidayah Allah. 

Apapun, this is how we derive endless love. But how we react to the LOVE itself is our choice. Ingat, setiap apa yang Allah jadikan kat muka bumi ni takkan jadi sia-sia. Baik peristiwa yang di lalui oleh kita, mahupun bebanan yang kita tanggung sekarang ataupun kesusahan yang yang kita tengok berlaku pada orang lain. Semuanya taklah sia-sia. Macam dalam ayat bawah ni :- 

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."" (Ali - Imran : 191)

Yes tiap sesuatu Allah jadikan kita bukanlah untuk sia-sia. Macam semalam ke kelmarin, saya nampak ada seorang laki solat tarawih pakai rantai kat leher. Orang lain dah kutuk-kutuk belakang. Tapi hangpa pernah dengaq dak pasal pelacur bagi minum anjing tapi masuk syurga? Rasa banyak kali dengaq kot, Tu baru 1 cerita, banyak lagi cerita lain yang akan cheq cerita dalam entry yang lain. 

Cukup lah takat ni. Cuma nak habaq, don’t jump the gun and jangan mudah menghukum. Mungkin waktu kita tengok dia pakai gitu Allah uji hati kita untuk menilai beliau tu camna. Oklah, penat dah menaip panjang. Semoga entry ni bagi manfaat kepada pembaca. Semoga ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Dan menjadikan kita hamba yang lebih taat dan lebih di sayangi Allah. Dan doakan saya juga dipermudahkan dalam urusan agama, urusan iman serta amal. Banyak dah diri ni menyimpang. Mungkin dah sampai masa untuk kembali ke jalan yang sepatutnya. 

 ~Perjalanan Mencari Cinta Teratas~

Cerita disebalik cerita

0 comments



Salam alaik dan salam muhibbah

Pertama-tamanya bersyukur kehadrat ilahi atas limpah dan kurina Allah berikan kepada kita.

Lama sih tak update blog. Tetiba update. 2 tahun tak update. Tetiba je rasa nak update. Apakehal? Nak bersastera pun terasa canggung. Tapi, alterasi susunan papan kekunci masih lagi seperti dulu. Mungkin sebab kerja-kerja harian menterjemah perlakuan menjadi perilaku membuatkan diri terbiasa dengan penulisan menggunakan keyboard.

Berpaut kembali kita kepada tajuk utama. Cerita disebalik cerita. Apakah? Cerita apa? Berkenaan apa? Apa yang disebaliknya?

Rasanya tak banyak nak nukilkan dalam karangan. Cuma beberapa peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini mengukir kisi-kisi pentarbiyahan yang boleh diasimilasikan sebagai hidayah ataupun pengajaran dari ilahi. Seperti dalam surah Ali Imran ayat 191

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Dalam ayat ni Allah jelaskan. Takkan ada yang Allah ciptakan kat muka bumi Allah ni sia2. Tak kisahlah perkara tu berupa ciptaan ilahi mahupun peristiwa yang berlaku. Mesti ada hikmah disebaliknya. Cuma kita laluinya dengan minda sedar atau separa sedar. Peristiwa yang kita lalui pun banyak titik tolak kepada pengakhiran cerita kita dalam kehidupan. Sebab apa, kehidupan kita ni Allah dah sediakan jalan-jalannya seperti dalam surah As-Shams ayat 8

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.

Allah dah bagitau dah dalam ayat ni, kita ada pilihan untuk memilih, maksudnya, setiap tindakan atau keputusan yang kita buat akan membawa kepada sesuatu outcome yang tertentu. Contohnya, pukul 7.00a.m isnin hari bekerja. Saya boleh pilih untuk tidak datang. Kalau saya datang, hasilnya saya akan buat kerja tak kena marah dsb. Kalau saya tak datang, hasilnya mungkin teruk. Sebab tu, Allah suruh kita percaya qada’ dan qadar. Ketentuan dan ketetapan. Mengikut kitab silmu muta’addi, setiap perlakuan kita akan ada hasil yang berbeza dan kita berhak memilih. Yang Allah dah tetapkan, kita akan kahwin, kita akan mati. Macam mana kita mati bila kita, kita yang pilih. Contoh, kita pilih untuk jadi mat rempit, kemungkinan kita akan mati dalam keadaan ngeri. Jadi, buatlah sebodoh mana tindakan pasti ada hikmah yang Allah nak ajar, cuma cara kita berfikir dan melaraskan corak pemikiran itu selari dengan kehendak Allah.

Tapi, adakah kita perlu fokus kehidupan kita pada ilahi sahaja?
Meh telusuri ayat Allah bawah ni :-

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan" (Al-Qasas : 77)

Jelaskan, walau macam mana hidup kita nak jadi hamba Allah yang abadi, tapi jangan la lupa yang kita da kehidupan dunia. Tak bermaksud kita kena hidup duniawi sangat, tapi macam setengah orang cakap, worklife balance. Tapi worklife yang dimaksudkan ni, lebih kepada menletakkan satu garispandu bahawasanya setiap tindak tanduk kita berasaskan tarbiyah Allah. Kalau tadabbur ayat Allah bawah ni, mungkin kita faham sikitla kot.

"Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." [An-Nahl: 125]

Berdakwahlah dengan hikmah , cara yang baik dan berkesan. Kalau ikut kefahaman asas kita, kemungkinan kita boleh taksirkan setiap cara dakwah hanya boleh disampaikan dengan kata-kata je. Sebenarnya tak, dengan cara perlakuan kita pun boleh. Contoh, ajak pergi tempat, air terjun, gua ke, boleh tadabbur alam. Ye, satu sudut kita akan dapat seronok, tapi satu sudut lain, kita akan dapat rasa keindahan ciptaan Allah secara tak langsung. Kalau dalam gua, Allah ciptakan stalagmite dan stalagtite atas fungi tertentu. Itu juga bil hikmah. Buat kerja dengan baik jujur dan sebagainya mampu mempamerkan dakwah baginda.

So, sekarang ni, apa cerita sebenar disebalik cerita?

Haha, sebenarnya ceritanya baru nak bermula. Tapi bukan dalam entry ni. Entry ni cuma sekadar memanaskan jari jemari yang dah lama tak sentuh papan kekunci dan tak berkarya. Apapun, orang selalu cakap, khai kehidupan realiti dengan dalam blog, 2 orang yang berbeza. Sebab apa? Sebab, bila orang baca blog, dia tak kenal kita, dia ambil input tanpa fikir background orang tu macam mana. Tapi bila, berdepan kita akan cuba untuk menghakimi setiap bait pertuturan berdasarkan perilaku sebenar si pemberi nasihat.

Apapun, Allah dah bagi banyak jalan untuk kita fahami dan telusuri supaya kita dapat membuat keputusan yang betul dalam setiap keputusan yang kita nak buat. Sama jugak macam saya, sedang membuat keputusan dalam banyak hal. Namun, mohon ianya kearah menjadi hamba yang lebih Allah sayang. Seperti dalam ayat di bawah. Al-Maidah ayat 16

Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus

Allah dah ilhamkan jalan-jalan keselamatan dan kesejahteraan, yang membawa maksud, Allah bagi guide dan manual. Macam manual baru beli phone. Salah charge betri cepat habis. Macam tu juga kehidupan. Kalau phone manual dia satu je. Ni ada banyak, Al-Quran Hadith Ijma’ dan macam lagi. Sebab tu Allah mention subul aka jalan-jalan sebab Dia tau confirm akan datang banyak lagi alternative manusia untuk menjalankan setiap tindakan berasaskan shariah. 

Apapun, doakan saya menjadi tiap hari lebih baik lebih baik dan lebih baik dari setiap sisi dan paling penting pandangan ilahi. Sekian


~Reborn to be the greatest~


Ada Apa Dengan K'Mystrix??

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt..

Pertama-tamanya mari kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah serta kurnianya serta selawat dan salam buat junjungan baginda Muhammad SAW.

Waaaa….hari nikan saya tidur awal gila. Sampai orang mesej di ignorenya. Tak tau apa pasai la tiba-tiba dok mimpi nak tidur awai kan. Last mesej receive pukul 9.57pm. Itu pun tak berbalasnya. Sekarang menunjukkan jam 2.45am. Tersedar tadi masa pukul 2 pagi. Bangun-bangun je terus melunaskan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan megulurkan badan ke pangkal sejadah melaksanakan beberapa solat yang dituntut. Yelakan, bukan senang Allah nak kejut kita untuk bangun jumpa Dia. Kita lak bangun update status facebook, bukan nak facing Allah dulu. Huhu.Tiba-tiba lepas solat terasa nak tulis blog la pulak. Biasa la, lepas bertemu Allah ni, banyak la selalunya ilham datang untuk kita buat apa-apa. Sebab tu kita jangan lupa Allah.

Cerita pasal Allah solat dan sebagainya, tadi saya agak down jugakla.
Pehal pulak nak downkan?
Tadi solat maghrib lewat kot. Sebab keluar, aaaaaaaahhhhhhhhh…..terasa bodoh dan bengong sebab melewatkan solat. Tapi nak wat cane, tadi pun ada kerja. Harapnya Allah terima solat saya tadi.

Bapak sembang kat atas, tak ada kaitan la pulak dengan tajukkan. Nak riak la tu solat pe bagai? Hek eleh, ni gua tak suka, asal kita buat baik orang cakap kita riak kan. Sebenarnya tak da lah nak riak manapun, hebat mana saya ni nak riak pun kan, saja je nak bagi anda-anda jeles sebab tak dapat bertemu Allah sebab nanti anda-anda pun akan terus berusaha untuk cari masa bertemu Allah. bwek ;p

Tapi, apa kesah kata orangkan sebab yang pandang apa kita buat adalah Allah bukannya orang lain, so tak perlulah terasa macam takut sangat nak buat kebaikan tu. Macam dalam firman Allah dalam surah taubah ayat ke 105 :-

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”

Dalam ayat ni Allah ada bagitahu yang mana, buat je apa yang Allah perintahkan, Allah dan Rasul akan menilai anda-anda, bukan manusia biasa. Tak perlu rasa segan, tak perlu rasa malu. Apa lagi, jomla buat baik banyak-banyak pasni!!! Mawar-mawar yang bernawaitu untuk bertudung labuh tu, toksah la ye segan-segan lagi.. heehe

Jadi berbalik pada rangakaian awal yang perlu dipertuturkan.

Ada apa dengan K’Mystrix?
Apa kejadahnya K’Mystrix itu?
Ha..Hangpa nak tau tak apa K’Mystrix tu?

K’Mystrix ni ada nama company yang berdaftar di SSM bertarikh 13 april 2012. Pada asalnya sebelum K’Mystrix ni wujud, saya dah ada company sendiri yang bernama mawardah shop tapi tak lama pun company tu sebab masalah komitmen dari ahli.

Tiba-tiba la masa tengah menjalankan bisnes ni, ada orang offer, “oi khai, nak tak aku finance kau 10k?” pergh, macam serius gila benda tu. Bukan macam, memang serius, pada mulanya diserahkan nilai itu pada mawardah. Tapi ahli mawardah tak mampu untuk bertanggungjawab atas wang bernilai sebanyak itu. Jadi, bila semua jadi risk averse ni, risk taker tinggal sorang jela, eden ni ha. Orang kata saya ni jenis berani mati punya orang, komitted, ntahla kan. Orang kata lahkan. Saya mengiyakan je. Sebab tu saya ni berani nak amek bebanan yang besar tu.

Mau serabut pale ni ha masa ahli mawardah semua retreat. Terkencing-kencing nak mencari orang baru, nak kena form team baru. Then, bermulalah operasi mencari ahli. Calling sane sini, approach sane sini. Macam nak gila jugaklah nak mencarinya. At last, jumpa 1 team K’mystrix yang nice gila la. Every aspek di teliti dengan rapi dari setiap segi. Segala-galanya dicerna dengan rapi mengikut penilaian yang telus bagi mewujudkan prospek yang terbaik. Apapun, semua ahli ada kelebihan, semua ada kekuatan, semua ada keistimewaan masing-masing. Nak kenal semua ahli K’Mystrix? Meh, jom.

Kita mulakan satu per satu. Kita mula dengan jejaka-jejakanya dulu. Orang pertama yang saya nak cerita, mestilah member sebilik dulukan. Adnin.


Adnin ni sempoi je orangnya, selalu jadi bahan gelak saya waktu dalam gelak. Yang menggelakkannya saya lah. Hahaha. Bapak kejam dowh aku. Kesian adnin. Tapi dialah selalu mendengar luahan hati saya, cerita pahit, getir kehidupan hidup saya, bercerai berai, dia jelah yang sanggup tadah telinga dia mendengar. Dia jela yang tahu saya ni sentimental jugak disebalik kekasaran yang ada. Haha. Kesian jugaklah telinga dia, agak-agak dah bernanah gegendang telinga dia dengar cerita saya je kan. Haha. Sepanjang saya kenal Adnin. Saya nampak Adnin ada bakat terpendam yakni pandai dalam buat design guna computer, tiap kali kalau ada program, kerja dia pub and pro je. Macam tak lari mana. Buat banner, poster sampai ada member dia cakap, “kau kalau dapat kerja, kat area ni je macam tak kemana”. So, dari situ nampaklah yang adnin ni ada bakat design guna computer. Jadi, sangatlah tertariknya hati untuk ambil dia kerja. Sebenarnya abang dia sendiri ada company baju sendiri, yang jenis cop-cop bajula. Dan adnin sangat berkeinginan nak create on his own. So, with that opportunity, I should grab it la kan. Amekla dia bekerja. Nice tak? Nicekan.. ;) adnin ni jugak orangnya jenis mendengar arahan, saya minta buat poster, dia buat,banner dia buat. Dan dia buat dengan pasrah dan bersungguh jugakla, jadi agak bagus kalau dia berada dalam team ni. Senang jadi kerja. Adnin ni kadang-kadang tak suruh buat, dia buat. Minta dia buat simple, dia buat jadi lawa. So, memang baguslah untuk aspek tu.

Next, yasir.


Yasir ni, memang kelas dengan saya dari CFS lagi. Dan memang saya dah tau dia mempunyai kreadibiliti untuk melukis dengan baik. Tapi asalnya bukan nak mengharapkan lukisan yasir tu sangat. Yela, bukannya saya nak bukak company yang jual komik. Yasir ni ada idea yang mengarut yang sangat banyak, tapi idea yang mengarut tu memang nice gila. Kadang-kadang dia boleh terfikir idea yang melampau-lampau. Kalau buat idea game untuk aktiviti program-program ke, idea untuk buat cerita ke, sangat nice. Sebab tu, dia selalu ada je idea nak buat cerita melalui komik. Kreatif la katakan. Dari situ, nampaklah kegunaan dia dalam company, dalam menghasilkan advertising yang mengarut-ngarut yang mungkin menberi impak kepada pemerhati yakni pelanggan. Orang macam nila kita kena carikan, yang jenis thinking out of the box sebab kalau in range je pencernaan pemikiran ni, tak kemanala kita boleh bawak sesuatu stand or brand tu. Mula-mula nampak aspek tu je, sekali tengok dia pun pandai guna photoshop jugak, wah… macam rezeki turun dari langit ke tujuh pulak kan. Adnin dah ada orang yang bakal membantu dia dalam mendesign apa yang perlu di design. Bertambahlah corak idea yang bakal wujud dalam company saya.

Lepas tu,Fahmi.


Fahmi masa sebelum saya form team ni, dia pernah minta tolong saya untuk promotekan khat-khat dia. Waktu tu, mawardah shop still lagi belum bubar, tapi macam biasalah, dalam mawardah, komitmen tu kurang, jadi, kerja sangat tak teratur. Kelam kabut semuanya sampai nak masukkan product orang lain jadi susah. Tak kemas. Fahmi, kelebihan dia tulis khat, nak kata dia ni dah bertahun-tahun lamanya belajar khat tak jugak. Dia cakap macam baru-baru je lagi belajar, tapi hebatlah, sampai afnie pun puji dia sebab baru belajar tapi boleh tulis dengan cantik. Boleh buat logo dengan tulisan, boleh buat bentuk bunga, bentuk macam-macamla. Dia pandai lukis muka orang jugak, means real punya muka. Memang bakat memang ada. Kalau anda-anda tengok hasil tangan dia, mesti suka. Lepas tu agak bersemangat, bila diminta buat logo, dibuatnya logo, dia rajin pergi survey harga, cuba cari design-design untuk dijadikan product. Baguslah, memang menampakkan memang dia kearah nak buat kerja-kerja ni semua. Fahmi akan berada dan bekerja besama-sama adnin dan yasir serta afnie, mereka lah yang bakal menghasilkan brand untuk k’mystrix ni, memang bakal menaikkan nama k’mystrix dengan melakar sesuatu yang berbeza dari sebelum-sebelum ini pernah ada.

Next, abang wawasan.


Najmi a.k.a abang wawasan. Mesti tertanya-tanya mana datangnya nama abang wawasan kan. Sebenarnya, macam biasa lah, saya ni memang suka bagi nama orang macam-macam. Tapi disebalik setiap nama yang saya bagi, memang ada yang tersirat dan tersurat. Kenapa wawasan? Ha…. Najmi ni simple minded, kalau lah anda ajak dia pergi makan, selalunya kita akan tanyala siap-siap, “korang nak makan apa?”Dan kita masing-masing mulalah menjawab, “ rasa nak makan nasi gorenglah dll” tapi najmi ni berbeza, ajaklah dia makan, tanya dia nak makan apa, dia akan jawab, “aku kalau sampai depan abag counter tu, baru terkeluar sendiri dari mulut nak makan apa”. Nampak tak dia ni jenis macam selalu buat sesuatu on the spot, apa kaitan wawasan dengan orang on the spot ni? Orang on the spot ni, corak dan daya pemikirannya senang untuk digunakan dalam waktu genting. Contoh, bila berlaku sesuatu diluar jangkauan, dia mudah membuat keputusan dan paling penting tak gopoh. Cara najmi pun dan gaya dia jenis orang yang tenang, sebab tu saya letakkan dia dalam kerangka board atasan yakni pemegang duit. Dia tak mudah bagi duit pada sesiapa dan dia juga mampu mengawal rasional disebalik peggunaan duit yang bakal di penggangnya. Najmi ni jugak, sempoi gile kalau diikutkan, contohnya, kalau dia letih, baru lepas program dekat edu, dia pergi musolla edu, tidur. Senang giler hidup. Orang macam ni lah yang diperlukan sewaktu dalam injuksi yang genting agar kerja lebih teratur dan tak serabut sebab dahla saya ni serabut sikit, dan cepat gelabah. Huhu.

Jejaka akhir, mubasyir,


bash ni, dia mempunyai bakat dan gaya yang professional. Cara dia berinteraksi, cara penyusunan ayat dan penggunaan ayat dia dalam bertutur jugak dah tau dia ni mempunyai gaya yang professional. Memanglah nampak ada keanak-anakannya, tapi formalnya bash ni ada. Kami panggil dia abang Castrol, sebab dia suka pakai baju Castrol pergi kelas. Apa yang saya nampak pada bash, bash orang yang sangat komited, rajin dan cepat (mungkin sebab ditaja Castrol kot..haha). Mana saya tau ek, biasanya kalau main bola tu, dialah antara orang yang terawal datang menjengah court. Sanggup bersama-sama saya menantikan siput-siput yang lewat datang ke court. Kiranya, dia beberapa kali jela lewat pun. Nampak la yang bash ni orang yang komited. Lepas tu dia rajin buat kerja. Saya meletakkan bash sebagai customer service. Sebab gaya dia memang sesuai dalam entertain client. Nampak la gaya kecastrolannya terserlah. Bash suara dia sedap jugak untuk bertaranum, pernah gak terfikir kalau k’mystrix dah besar, agak-agak nak buat band nasyid macam wali band kan. Nyanyi berunsurkan dakwah. Nicekan. Huhu.

Habis idea dah nak cerita pasal jejaka-jejaka ni sebenarnya, apa kata kita beralih kepada mawar-mawar K’Mystrix pulak.

Nak mula dengan siapa ek, mestila kena mula dengan Siti Marzihah kan a.k.a intan sebab dia assistant saya.


Intan? Apa ek yang special kat intan ni? Macam mana ek saya kenal intan? Ha…saya kenal intan ni melalui kawan dia asma, asma ni budak sife. Tapi sebelum tu saya memang dah add facebook si intan ni sebab mastu tengok dia ada jual tudung, al-maklum, mastu jugak saya tengah mencari pembekal tudung. Dia jual banyak kot tudung, tudung bawal, tudung saji, tudung botol.. hahaha..tak adalah, dia jual tudung bawal je. Tapi baguslah dia jual tudung, sebabkan benda tu satu dakwah juga secara tak langsung. Mengajak orang menutup aurat seperti yang Allah dah gariskan dalam surah al-ahzab ayat 59 :

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Masa, awal kenal Intan mula-mula, masa tu saya masih lagi dengan mawardah, consign tudung dengan intan, padahal intan cosign jugak kat orang lain. Consign atas consign. Kenal jelah macam biasa, tiba-tiba, masa nak form bisnes ni, bila semua ahli mawardah retreat, tiba-tiba terasa nak memanggil intan ni kerja sekali. Sebab nampak dia ada advantage kat penjualan tudung tu dan dia pun dah biasa dengan urusan bisnes ni semua. Tapi bila lama-lama kenal intan ni, terasa suka jugak dengan karekter dia, lagi-lagi tang dia ni jenis rajin berusahalah. Kadang- kadang sanggupla stay up malam-malam duk tangkap tudung dia tu. Kalau aku dah membongkang dah. Haha. Dia ni mempunyai karekter dalam antara sahabat-sahabat yang saya minat yakni Abdullah Azzam.

Siapa Abdullah Azzam?

Abdullah Azzam yang saya maksudkan ni bukanlah watak utama dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih tu. Cumanya Abdullah Azzam ni pernah satu ketika, pernahlah beliau bersama sahabat-sahabat ni bermain lumba lari, lumba lari pusing sana sini. Dia berlari sampai dia pengsan. Kalau kita pun lari sampai penat pastu pancit stop dulu,minum-minum dulu, baru gerak balik. Tapi Abdullah Azzam ni sampai pengsan kot dia lari non-stop. Sahabat lain tanya, kenapa nak buat macam tukan. Lepas tu beliau jawab, “inilah tahapku”. Menunjukkan bahawasanya andai kita nak berusaha atau mujahadah atas sesuatu tu, biar sampai ke tahap paling maksima.

Dan itulah saya nampak pada intan. Dia mempunyai usaha yang gigih dan saya suka orang macam tu. Senang buat kerja. Sebab tu dia saya letakkan disamping saya sebagai pembantu. Dia jugak memang ada impian nak bukak butik sendiri. Jadi dengan wadah yang ada saya boleh membantu dia merealisasikan impian dia sendiri.

Kemudian, Afnie Husna.


Ha, afnie ni dahla dikagumi oleh jejaka-jejaka k’mysrix. Sebab apa, sebab lawa dan comel kot. Siap ada yang cakap, kalau tenung lama-lama mata afnie n,i boleh masuk dalam mata dia.haha. Afnie ni saya kenal dia melalui facebook je mula-mula. Yela, saya suka add orang dengan tujuan bisnes dan dakwahkan. Tapi, saya add orang ramai-ramai pun saya tengok jugak profile orang tu, bukan stalker tau cuma kadang-kadang kita dapat tau dari orang tu, apa yang kita boleh dapat benefit. Jadi, saya tengoklah si afnie ni ada dalam gambar-gambar dia banyak khat means memanglah seseorang yang minat pada sesuatu yang kreatif. Saya tak tahu pada mulanya afnie ni memang hebat giler buat khat, sekali dia tunjuk bakat dia..PERGH!!!! kubah kot. Lawa gile. Serius macam terkedula jugak masa dia tunjuk hasil yang dia buat tu. Memang serius kalau khat ni dijadikan produk, memang terbaik dari ladanglah. Afnie ni jugak agak baguslah sebab jenis orang yang suka belajar, dia cuba nak belajar macam mana naka design khat dari raw ke computer. Baguslah sebab ada orang yang berusaha nak belajar. Tak perlulah susah-susah untuk saya mencari lagi bakat lain untuk ditambahkan kedalam k’mystrix. Yela, susah kot nak cari orang. Nak cari satu hal, nak menilai mengikut kekuatan masing-masing satu hal. Apapun, macam najmi cakap, dia kagum dengan khat afnie. Baguslah afnie bukan cantik pada rupa, tapi hasil tangan pun cantik jugak.

Yang terakhir, kak Fasihah Supian kita yang kiut miut.


Seha ni, sebelum ni saya kenal masa dalam kelas parenting. Ku sangkakan senior, rupanya sebaya je sebab tak pernah-pernah lah saya nampak kewujudannya di CFS dulu. Seha ni Yasir yang mencadangkan untuk mengajaknya. Yasir cakap dia pandai guna website. Lepas tu tengok jugak blog dia sebelum ni. Bila usha-usha, tengok macam, “blog aku lagi lawa”. Hahaha. Tapi sekali bila dia sembang pasal nak create domain, coding….. PERGH!!! gua ternganga beb. Ada lagi benda yang gua tak habis explore lagi rupanya. Macam ke mana ntah dia leh tarik entry keluar dalam google jadi yang terawal dalam list saya pun tak tahulah. Serius respect, tabik spring la kak seha kita ni. Patulah dia sampai boleh buat fasihah.com. Saya pun tak termampu nak membuatnya. Apapun itulah advantage yang seha ada. Dia boleh reduce berat blog supaya loading laju. Hebat la. Blog saya lembab kot loading. Bukan blog yang ni, blog yang lagi satu. Kadang-kadang boleh siap buat air dulu baru habis loading. Bukan buat air kopi pon, buat air masak jela, amek dari peti ais tuang kat gelas. Haha. Seha, nak belajar la dari hang, aku nak explore lagi ni, bila kau leh ajar aku ni?? Nice kot, bukan senang nak buat weh website ni. Rasanya kalau si seha ni hebat, dia boleh buat untuk sub-sub iklan dalam page nanti. Memang sangat bagus untuk website company akan datang. Terbaik!!!

Apapun, inilah dia warga K’Mystrix. Apa? Pasal saya? Perlu ke?



Saya? Kekuatan saya adalah datang dari mereka semua, tanpa mereka, saya tak boleh stand seorang diri. Apapun, saya mohon anda doakan team K’Mystrix ni berjaya. Bukan berjaya times square tapi berjaya dalam bisnes kami. Bukan takat bisnes dengan dunia je tapi bisnes dengan Allah seperti dalam firmanNYA,

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman itu jiwa mereka dan harta mereka dengan (bayaran) jannah (taman/syurga) untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau dibunuh. (Ini) sebagau satu perjanjian yang benar atas-Nya (atas Allah), (tercatit) dalam Tawrat, Injil dan al-Quran. Dan siapakan yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah kami dengan jual beli yang telah kamu lakukan, dan itulah kejayaan yang besar. (At-Taubah : 111)

Dalam ayat ni Allah dah bagitahu siap-siap Allah akan bagi syurga kepada mereka-meraka yang beriman, yang mana, mereka berusaha dijalan Allah. Walaupun kami warga K’mystrix tak mampu untuk pergi berperang macam di Negara-negara Islam yang lain, cukuplah sekadar berjihad melalui bisnes kami. Doakan agak kami di redhai.

“sesungguhnya Allah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pelaksana”

I S T I K H A R A H_C I N T A

0 comments

♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿

l I S T I K H A R A H_C I N T A l

YA ALLAH..
Jika aku JATUH CINTA, CINTAKANLAH aku pada Seseorang yang MELABUHKAN CINTANYA padaMu, agar bertambah KEKUATANKU untuk MenyintaiMu..

YA MUHAIMIIN..
Jika aku JATUH CINTA, IZINKANLAH aku MENYENTUH HATI Seseorang yang HATINYA TERTAUT padaMu, agar TIDAK TERJATUH aku dalam JURANG CINTA NAFSU..

YA RABBANA..
Jika aku JATUH HATI, JAGALAH Hatiku untuknya, agar HATI-HATI kami TIDAK BERPALING dari HatiMu..

YA RABBUL 'IZZATI..
Jika aku RINDU, RINDUKANLAH aku pada Seseorang yang MERINDUI SYAHID di JalanMu..

YA ALLAH..
Jika aku MENIKMATI CINTA KekasihMu, JANGANLAH KENIKMATAN CINTA itu melebihi Kenikmatan Indahnya BERMUNAJAT di Sepertiga Malam TerakhirMu..

YA ALLAH..
Jika aku JATUH HATI pada KekasihMu, JANGANLAH Engkau biarkan aku TERTATIH dan TERJATUH dalam perjalanan panjang MENYERU MANUSIA kepadaMu..


☆•♥ 'لآ إله إلآ آنتؔ سبحنكؔ إنيً كنثؐ منؑ آلظالمينؕ‘ ♥•☆

“Sesungguhnya, TIADA TUHAN (yang dapat menolong) melainkan Engkau
(Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!
Sesungguhnya, aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diriku sendiri..”
[ SURAH AL-ANBIYA’ : AYAT 87 ]

AMEEN YA RABBAL 'ALAMENN...☆ Khairuddin Ahmad ☆

♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿