Introduction

.

~An End Is The Beginning~

0 comments

~Bismillahirrahmanirrahim~

Pertama-tamanya bersyukur ke hadrat ilahi dengan nikmat iman dan islam yang diberikan olehnya serta selawat serta salam buat junjungan buat baginda khatimul anbiya'.

Lamakan saya dah tak mengarang, sangat lama. Sibuk? tak adalah, Exam? mungkin juga. bisnes? agakla. Jadi apa mimpi saya nak menulis lagi nih? Baca jelah banyak tanya lak.

Tanggal 14 April 2011 jap 11.30 pagi bersamaan hari khamis, tamatlah riwayat saya sebagai seorang mahasiswa tahun ke 2 semester pertama. Yela sebab nak masuk tahun 2 semester 2 lak kan. Keluar dewan, seronok tengok kawan teriak merdeka. Walhal hati ini masih sayu. sayu kenapa? bukan dah habis exam ke? kenapa tak hepinya?! birahla kau ni khai?!

Memang kalau difikirkan exam habis, tapi betul ke exam tu betul-betul habis? tamat dah ke?bila difikirkan memang exam dunia segalanya sekejap, tapi akhirat? Belum pasti kita dapat jawab. Kawan cakap, "khai, kau ni gila la, Fiqh surah jawab 4 kau jawab semua, macro jawab 4 kau jawab 5". Dengan selamba saya jawab, "ala, masa lebih, jawab la lebih-lebih". Kalau diikutkan, memang pas nak jawab exam dunia ni. Study sikit, dapatla jawab. Kalau usaha lebih sikit memang dapat lebih. Sebab Allah pun Dah firmankan dalam Al-Quran dalam surah An-Najm ayat 39:-

"dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, "


Senang je, itu fitrah, fitrah seorang insan. Bila dia berusaha dia akan dapat. Jadi kat sini nak katakan, memang exam dunia ni orang kata macam "kacang goreng" je. Tapi macam mana dengan nilaian ilahi yang lebih luas. Examiner nampak dan kenal dengan arif tiap insan yang mengambil ujian. Siap boleh nak tayangkan balik nanti bila final posmoterm kat akhirat. Adakah kita dah lepas? Fikirkan.

Habis tu, kau tak seronoklah dah habis exam, cuti semua? Ya, zahirnya memang seronok, tapi batinnya bukan itu bahasa yang sepatutnya dipetuturkan. Andai menjadi tanda tanya usaha ini, belum tentu dapat menunjukkan segalanya. Memang kita seronok exam habis, tapi ingatlah kita kena sentiasa ingat masa akan datang seperti yang Allah firmankan dalam surah Al-Hasyr ayat 18

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Exam berakhir bagi diri ini bukan satu penamat, tapi satu permulaan, permulaan untuk sebuah sketsa baru dalam rancangan yang ditonton oleh tuhan serta para malaikat. Merekalah hakim, merekalah juri. Andai raja lawak menjadi pilihan penuntut manusia, raja dakwah yang menjadi perhatian Mereka. Adakah aku sudah sampai ke tahap yang di inginkan. Teringat lagu dari halim devotees

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

Tiap saya dengar lagu ni, memang nak nangis, sebab fikirkan yang belum cukup untuk jadi yang terbaik bagiNYA. Banyak cacat cela. Memang banyak sangat, dengan sikap yang jenis cakap lepas, mulut bising, suka sakitkan hati orang. Ntahlah, sangat banyak dosa, sampaikan tak tahu nak betulkan mana 1 dulu. Macam banyak sangat. Yang saya mampu, menangis, menghadapnya seawal pagi semata-mata untuk nangis. Karat-karat jahiliah dulu masih belum habis dikikis. Dulu saya teruk, pernah hampir terjebak dengan kancah dadah. Itu sangat hampir, tapi memang Allah nak selamatkan. Sebab berkat doa mak ayah yang dah tak tahan dengan sikap saya. Tapi sejak melangkah ke jalan baru, Allah bagi lagi ujian baru. Dengan iman yang goyah semuanya, tapi tak boleh nak katakan begitu, sebab Allah dah firmankan dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 :-

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
"

Hari saya berlalu keesokannya di masjid UIA, melangkah deras ke gerbang solat menunaikan tanggungjawab selaku muslim. Taknak lah jadi seperti apa yang "Bilal Phillip" katakan iaitu FRIDAY MUSLIM. Yang hanya ingat Allah waktu solat jumaat je. Kali ni seorang lecturer bagi khutbah, khutbahnya simple. Tapi air mata rasa nak mengalir. Bila memikirkan perkara yang akan datang. Usai khutbah disertakan dengan solat jumaat, Ya Allah perkara yang diharapkan akhirnya jatuh menjengah bumi. Air mata kasih sayang dan ketenangan yang bakal menjadi saksi akhirat nanti.

Apapun, itulah sahaja yang dilema diri saya yang mahu dikongi, semoga kita menjadi insan yang lebih baik disetiap sisi dan segi. Ingat jangan sampai Allah tanya kita seperti dalamsurah Al-Hadid ayat 16 :-

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."

"YA ALLAH, AMPUKANLAH DOSAKU, AMPUNKANLAH DOSA SELURUH UMMAT"