Introduction

.

Saff-One (Zaini & Naazeri Raihan) : Isteri Solehah

0 comments

Salam, semua, hehe. mamat yang sedang menaip ni tadi terdengar lagu kat IKIM, dengar lagu ni lah, huhu. Tiba-tiba kali pertama hayati lagu ni betul-betul. Harap sangat dapat zaujah yang macam ni. Rasa macam nak highlight point pentinglah.

( 1 )
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan,
( ulang 1 )

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

( ulang 1 )

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

( korus )
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

( ulang 1 )
( ulang korus )

Hebatkan andaikan kita miliki isteri yang sebegini rupa. Namun, masih adakah lagi orang sebegini? Kadang-kadang ada zaujah pun buat sakit kepala je. huhu. jadi. Marilah menuju keluarga sakinah.

Exhausted

0 comments

Masa : 10.40 mlm
Tempat : Rumah
Status : Penat

~ Bismillahirrahmannirrahim ~

Pertamanya panjatkan kesyukuran ke atas nikmat kurniaan Allah swt serta selawat dan salam buat baginda Muhammad saw.

Huh penat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! rasa nak jerit melepaskan rasa penat namun kepenatan bukan di bayar dengan jeritan. Huh, tak tahu dah nak cakap pe cuma nak cerita apa yang saya buat sepanjang beberapa hari ni, bermula dari hari jumaat.

Pagi jumaat tu, saya main futsal dengan mad'u-mad'u kat UIA la, main memang all out lah. Dah lama tak main bola. Teringat ada sorang tu cakap, " lincah gila khai main". Fuh, terperanjat semua sewaktu saya main, yelah montel-montel badan tapi main macam pro (riak betul saya ni). Bukan nak riak sebenarnya tapi itulah hakikat saya dulu, sebelum menaikkan berat badan. Sangat aktif dalam sukan. Pernah wakil hoki, dapat no 3 dalam zon. Futsal pernah dapat no 3 juga dalam futsal terbuka. Lawan orang-orang besar punya walhal mastu, umur saya baru 17 tahun. Memang masa main, ingat waktu zaman kegemilangan dulu plus zaman nakal-nakal dulu. Hihi.

Main futsal tu ,mula jam 8 habis sekitar 10 lebih. Lama juga kami main, memang pancit gilala. Berkali-kali tukar court sebab nak elak cahaya matahari. Walaupun sewaktu main bola tu, tapak kaki saya berlubang sebab terpijak benda tajam, namun, demi mad'u atau dalam kata lain, demi dakwah, saya gagahkan diri untuk main. Tapi yang effectnya lepas tulah, nak bengkak kaki ni.Huhu.

Tamat main futsal, siap-siap dan terus makan, lepas tu, rehat tak ingat punya la. Lepas je mandi-mandi, dhuha, lebih kurang 11 macam tu, terus bantai tido sampai 12.30. Lepas tu mandi lagi skali. Fuh, nasib baik segar masa dengar khutbah walaupun tak paham sebab dia cakap bahasa arab. huk3.

Habis solat jumaat je, sekitar jam 2, terus gerak ambil mak balik kerja sebab dia minta tolong amik dia, tiba tempat kerja dia jam 3, sepatutnya kejap je tapi disebabkan jem, sejam jadi perjalanan. Tension betul duduk dalam kereta. Balik dengan mak, malam tu pulak sepatutnya ada halaqah tapi tangguh ahad atas sebab-sebab tertentu, tapi, malam tu, tolong-tolong emak la pulak untuk siapkan lauk esok hari tu.

Esok pagi tu, jam 7 pagi, terus gerak dari rumah ke UIA Gombak, sebab ada janji dengan mad'u nak pergi mandi-mandi kat Ulu Yam. Sampai je gombak terus amik diorang then, bertolaklah dari gombak ke tempat nak mandi tu.

Mula-mula, plan nak pergi Ulu Yam, sekali terlajak. Huhu. Terus ubah plan, rancang ke kolam air panas pulak dekat batang kali, sampai-sampai ramai pulak orang. Tak jadi, lepas tu, jadi buntu, terus berubah fikiran ke sungai Chiling dekat KKB. Perjalanan kami memang sangat lama, bertolak jam 8.30, tiba 10 lebih sikit.

Pergh, tempat dia memang superb. Ada air terjun tiga tingkat, air terjun dia standard macam kita tengok kat movie tu ha. Yang lawa gila tulah. Tapi, nak jalan ke tempat air terjun tu bukan mudah. Dari tempat parking tu, kena jalan kaki dalam hutan + naik bukit yang sangat curam. Paling-paling sejam lebih juga perjalanan. Bayangkan kitorang terpaksa jalan dilereng bukit yang mana ruangan untuk pijaknya cukup kecik. Apa yang difikirkan masatu hanya hidup dan mati je. Sampaikan ada yang keluarkan statement, " kita ni nak pergi mandi ke nak pergi mati". Sampaikan ada juga yang lemah semangat. Tapi bila sampai atas, wah. Bestnya. Tak terbayang.

Sepanjang perjalanan sayalah yang lead perjalanan ni, dari awal sampai ke akhir, dalam hutan pun saya lead juga. Al-maklum, fleksible je mana-mana tempat. Tulah saya nak cakap, jangan fikir orang KL ni tak berani dengan benda-benda macam ni. Duduk dalam hutan dan sebagainya. Berkali saya pernah duduk dalam khemah je. Pernah juga duduk dalam khemah tak ada dinding, atap je ada. Banyak sangatlah pengalaman, thats why orang kata saya ni, pelik sikit dari budak-budak KL lain. Panjat pokok jangan dicerita, expert tahap gaban. Jadi, janganlah menganggap orang KL macam kami ni sangat lemah dalam hal-hal hutan, perkampungan dan sebagainya.

Sampai di atas, memang puas, mandi-manda. Ada kawasan dalam gila, siapa yang terjatuh kat tempat tu memang tenggelam terus. Kalau tak reti berenang memang tenggelam la. Lepas tu, kat tepi-tepi sungai tu ada macam pasir sungai. Kitorang main tanam-tanam badan, saya punya kaki kena tanam sampai tak boleh angkat dah, kebas. huhu.

Lepas dari tu, kami pun balik, sekitar jam 2 petang juga bertolak dari sungai chiling tu ke gombak. Yelah, nak turun balik, amik masa sejam lagi. Lepas tu, lalu rawang, tengah-tengah jalan, jem, fuh, tension lagi. huhu. Tiba-tiba, ada 1 gerai ni menghilangkan tension kami, 'kedai buah-buahan'. Fuh, masatu jugak diorang suruh saya berhenti. Borang semua buah-buahan yang ada. Saya beli manggis 2 kilo. My favourite fruit tau manggis ni. Kalau jumpa je mesti saya akan beli. Lepas tu, teruskan perjalanan walaupun je.

Sampai je UIA, sekitar jam 4 lebih sikit. Buka pintu bilik, lepas tu letak je kepala, Amzar call, "akh, antum ada janji dengan anakan nak tolong bersih rumah ana". Aduhai, baru nak lelap kejap. Amzar sambung, "macam nilah, antum amik wudu' siap-siap, datang rumah ada dekat sri damansara dulu, lepas tu, baru kita gerak ke rumah ana lagi satu tu."

Lawan segala sikap malas, saya terus bangun, amik wudu' lepas tu, longgok je baju untuk di pakai kat rumah Amzar letak dalam plastik. Terus drive ke sri damansara. Tepat-tepat azan saya sampai, amzar jemput then dia cakap "lajunya antum bawak kereta, bahaya tu". Lepas tu saya solat. Habis je solat, terus gerak ke rumah amzar yang lagi satu di saujana utama, sungai buloh. Adoyai, drive lagi, yang tension kali ni, jem lagi sekali kat area pasar sungai buloh tu. Memang pening kepala. Nak tidur tak boleh lagi, eksiden kang saya kalau tidur.

Drive-drive, berhenti kejap kat pasaraya econsave. Lepas tu, amzar suruh saya temankan dia beli barang-barang untuk cuci rumah dia. "Khai, antum expert bab-bab ni, ana serah kat antum je nak beli barang apa dia". Fuh, thiqah gila amzar kat saya kalau bab-bab kebersihan ni. Mungkin sebab minggu sebelum ni, saya pernah bersihkan tandas MT sampai tandas tu yang dah berdaki-daki hilang terus daki. Macam tandas baru pulak jadinya. Beli-beli barang terus gerak ke saujana utama.

Dekat-dekat maghrib juga sampai. Malam tu pula, ada majlis doa selamat dan solat hajat kat rumah amzar, memang kena siap-siaplah, mandi-mandi semua sampai wangi. Lepas tu, terus ke majlis. Siap ada meeting penduduk lagi waktu tu. Paling-paling pun sekitar jam 10-11 macam tu baru setel semuanya siap ada makan-makan lagi baru kami balik. Lepas tu baru tidur.

Esok pagi tu yang amat menyedihkan, sebab tertinggal tahajud. Ya Allah, rasa nak nangis je tinggal rutin harian. Sedih-sedih. Siap-siap solat subuh, kami terus bersiap untuk menyental rumah amzar tu. Kena angkat-angkat pasu rumah dia. Basuh-basuh laman dia, tandas dia. Minyak-minyak hitam yang lekat kat tiles dia. Memang penat nak menyental, bongkok-bongkok semuanya. Mula sekitar jam 8 pagi, habis jam 12.00. Habis tu, mak amzar sediakan makanan, sedap, nasi briani. Sedap-sedap, suka tengok adik bongsu amzar, nakal tapi kelakarlah, masa kitorang tengah basuh depan rumah, dia tolong. Baik, dia berus jugak lama rumah tu.

Habis makan-makan semua sekitar jam 1 petang tu. Memang dah siap mandi semuala. Tepat jam 1 petang tu, terpaksa driving balik, ke SMKAKL sebab amik ikhwah UIA ada halaqah kat sana, sampai SMKAKL je memang tepat-tepat azan zohor. Sempat solat, lepas dari tu, amek terus ikhwah yang folo up SMKAKL terus gerak ke UIA Gombak dalam 2.30 petang sebab pukul 3 petang tu ada liqo' ringkas.

Liqo' ringkas sebab murobbi tak dapat hadir sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Tak lama liqo'nya. Tepat azan asar, liqo' kami berakhir, saya terpaksa ke nilai sepatutnya tapi akh zaim minta tangguhkan sebab dia ada urusan. Biasalah cikgu, banyak benda dia nak kena buat. Jadi saya pun sama tangguhkan halaqah tu pada waktu lain. Tamat agenda semua, saya terpaksa pulang sebab ayah outstation, mak minta tolong hantar amik dia kerja sepanjang ayah tak ada. Tapi petang tu, just hantar kakak ke rumah sewanya.

Kakak saya tinggal dekat dengan UM, yelah, diakan doktor gigi kat sana. Jadi, kenalah dia tinggal berdekatan. Arrangelah dengan murobbi untuk jumpa dia sekitar UM sebab dia kata malam ada halaqah dengan UM pula. Fuh, dakwah je kerja dia. Lepas tu, jumpa lah murobbi sampai pukul 10 baru balik rumah dan sekarang, tengah tulis blog. Penat sangat.

Selasa ni pulak kojie minta tolong jaga gerai dia kat CAC, dia bukak booth humaira bookstore kat CAC, katanya ada ICT open day dan book fair. Jadi tolong jelah.

Tapi, apa-apapun inilah kehidupan, adakah masa kita, kita manfaatkan dengan baik ke tidak terletak pada diri kita.

Inilah dia cerita saya, baca pun bosankan, yelah penat, mood menulis pun hilang. Maafkan saya atas segala kesilapan dan kesulitan.

Jadi, bersama-samalah kita mencari redha Allah dengan sebenarnya.

~ Hidupku untuk Allah ~

~ Jalan hidupku adalah jalan Dakwah ~

Monologku bersendiri

0 comments

Aku nak jadi kuat!!!!
Akan aku jadikan salahuddin al-ayubi sebagai benchmark perubahan diri.
itu saja untuk post kali ni.

salam.

Be yourself but make it better

0 comments

Masa : 7.00 pagi
Tempat : c1.3c
Status : Tak ada perasaan

~ Bismillahirrahmanirrahim ~

Dengan nama tuhanku yang memiliki segalanya mahupun dilangit dan dibumi serta selawat dan salam buat junjugan baginda Muhammad Bin Abdullah pemilik cinta Allah yang teragung.

Salam 1 malaysia wa salam 1 dunia.

Kenapa lak salam 1 malaysia nih? Tak ada kerja? Yang lagi sengal lagi menyengalkan adalah salam 1 dunia. Apa kejadahnya perbuatan itu (sebut gaya cam edisi siasat). Dah-dah mengarot dah, jauh gila dari topik nak diceritakan. Tak adalah,salam 1 malaysia bermaksud petikan ini bukan hanya paparan untuk kaum melayu atau kaum-kaum tertentu, bahkan yang bukan dari kaum melayu juga boleh membacanya. Bertapa hebatnya kuasa Rabb menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan suku-suku untuk lebih , mengetahui antara 1 sama lain. Begitu juga salam 1 dunia, untuk satu dunia baca, bukan orang malaysia sahaja. Bahkan orang bukan malaysia juga boleh membacanya.

Hebatkan kuasa Allah, menjadikan banyak suku dan bangsa untuk kenal. Kenapa Allah buat banyak-banyak suku nih? Apa ke hai nya?(orang perok pulok dah). Hurm, mudah je, sebab Allah nak kita tau apa yang ada dalam muka bumi Allah ni. Contoh, kadang-kadang kita pergi afrika, tak ada pun binatang yang ada di malaysia. Jadi, melalui orang afrika kita tau ciptaan Allah yang lain. Bahkan kita boleh kelaskan lagi, binatang tu ada di area afrika. Buatkan kita boleh kaji tentangnya dengan mendalam contoh, binatang tu boleh hidup di kawasan panas dan sebagainya. Hebatkan pencipta kita?

Alamak, ni lagi dah lari tajuk dah ni, tak apa, kita masuk baliklah. Kenapa post tajuk ni, “be yourself but make it better”? hurm, kenapa ye? Ha, yang sebenar dan lagi benar ianya adalah kerana sewaktu minggu lepas, dalam halaqah saya. Saya tak puas hati, sampai sekarang masih tak puas hati sebab di dominasi oleh Muiz. Sesuka hati je suruh kami datang ke Salahuddin untuk liqo’ malam tu, kerek giler, kami kena ke sana. Nasib lah saya ni ada kereta, kalau tak menapaklah ke salahudin. Dahlah jauh gila. Yang peritnya mastu, minyak kereta dah keluar warna kuning, maknanya reserve. Benda ni memang mak saya selalu marah, yelah, suka sangat guna minyak reserve. Kalau mati tengah jalan, kan susah. Tapi tak pe, yang penting, jimat. Hihi. Toyyib, berbalik kepada perkara asal. Apa yang saya musykilahkan sewaktu halaqah?

Sewaktu halaqah tu, musykilah sayalah yang terakhir, sekali lagi didominasi sebab muiz yang jadi MC. Tidak ku sangka Muiz dominasiku 2 kali (emosional pulak). Haha. Oklah, itu tak penting, apa yang penitng, apa yang saya musykilah sewaktu halaqah :-

Saya : akh, ana rasa ana tak layak gabung dengan I*M* lagi lah, sebab rasa diri ni tak layak, ikhwah diorang dah lah tawadu’, ana ni dah la macam otai gila. Boleh ke match dengan diorang akh?

Murobbi : Biasa lah, orang ni macam-macam ragam, ikhwah I*M* pun ada yang gila-gila macam anta gak.

Saya : tapi akh, ana ni macam gangster aw. Kadang-kadang rasa yang ana buat tu salah, tapi tengok kawan-kawan senang dekat dengan ana, ana remain jelah sikap tu. Macam ana kalau duduk atas kerusi nak letak kaki kat atas, macam otaila. Kalau cakap ganas gila. Bahayalah.

Murobbi : Kadang-kadang akh, kita rasa apa yang kita buat tu betul padahal salah. Dan kadang-kadang anta rasa je anta buat tu orang senang padahal bagi orang lain, ada yang tak berapa suka. Ada yang nampak lagi dia tak tsiqah dengan anta. Lagipun orang-orang yang senang dekat dengan anta pun adalah orang-orang yang macam anta, orang macam ni, bukan mudah untuk dekatkan hati dia.

Saya : habis akh, takkan ana nak ubah diri ana jadi tunduk, pendiam semuanya? Ana tak bolehlah, ana rasa ana memang macam ni, susah nak ubah.

Khairi : (mencelah), camni akh, ana tengok anta ni memang sangat ramah dengan orang, kawan ana anta rilex je sembang dengan dia macam kawan dah kenal lama, padahal baru seminit je kenal. Sekarang ni, bagi ana, ramah anta tu kena kekal, itu gift dari Allah, ana pun nak belajar dari anta jadi orang yang ramah. Tapi, anta kena ubah cara anta lagi beradab.

Murobbi : betul tu, adab ni akh, benda yang besar dalam islam, Rasulullah pun di turunkan oleh sempurnakan akhlak. Sangat terkait dengan adab. Jadi anta kena kekalkan cara anta tapi ubah sikit. Umar al-khattab pun dulu gangster besar akh, tapi bila terkena islam, gayanya masih kekal tapi diwarnai dengan nilai-nilai islam. Orang yang hebat sewaktu jahiliah, adalah orang yang hebat sewaktu dalam islam. Jadi, anta pun boleh jadi hebat bahkan lebih hebat lagi.

Saya : baik akh, ana cuba, ana akan try ubah sikit-sikit, gagal tak bererti kita kalah. Kadang-kadang kegagalan membawa kepada kejayaan. Akh, ana ada 1 lagi musykilah, kalau orang cerita-cerita pasal kita yang dulu, lepas tu sebar-sebarkan kat orang lain. Apa yang ana kena buat.

Murobbi : bagi ana, anta patut biar je, takkan anta nak jumpa sorang-sorang anta cakap anta dah berubah, itu lagi buruk akan jadi, biar amal berbicara. Anta terus beramal dan terus mengubah diri lagi. Nanti Allah akan tentukan yang terbaik untuk kita. Lama-lama kawan anta tu, akan nampak sapa yang betul dan sapa yang salah.

Saya : syukran akh, ana tak ada musykilah dah, serah balik kat MC.

Itulah dia, tatkala jiwa dalam gundah, halaqah cinta menjadi akar umbi dalam menancapkan rasa cinta dan rasa kesedihan yang terpukul di benak hati. Sungguh hebat wadah yang dibawa baginda untuk menegakkan agama Allah ini.

Maknanya sekarang time to change my attitude, menjadi orang lebih baik. Terutama dari segi sikap saya yang gila-gila. Buat lawak tak ingat punya, sampai memang mulut tak pandai nak berhenti dari bercakap dan buat lawak. Itulah masalahnya, bila hati terlampau gembira. Melampau jadinya. Apapun key point kat sini, be yourself, but make it better. Jadilah diri anda tapi makin baik. Macam kereta, orang selalunya akan upgrade bukan tukar. Baru nampak lagi cantik. Sifat masih sama, tapi tampak berbeza. Nilai-nilai yang ada dalam diri jangan sekali-kali kita kikiskan dalam diri. Macam sifat ramah yang ada dalam diri saya, gift dari Allah, tapi ubah supaya perkataan dalam usaha bercakap dengan kawan tu jadi lebih baik.

Apa pun, doakan yang terbaik untuk diri ini, supaya menjadi baik, tak kisah walaupun buruk disisi manusia namun begitu baik disisi Allah. Biar orang anggap kita hina, asalkan kita mulia di sisi Allah. Siapa hak kita untuk menilai seseorang. Hargailah diri anda dan hargailah orang lain. Moga-moga Allah redha dengan apa yang anda lakukan.

~ Reborn To Be The Greatest ~

Khai, kenapa kau tak nak join persatuan?

1 comments

Masa : Masa itu emas (tak ada kaitan)
Tempat : C1.3C
Status : Biasa-biasa

~ Bismillahirrahmannirrahim ~

Pertamanya bersyukur ke atas nikmat kurniaan Allah s.w.t. serta selawat dan salam buat junjungan baginda muhammad s.a.w.

Pelik gila post kali ni, kenapa tak join persatuan? Apa kaitan dengan hidup pembaca lainkan. Ha, sangat berkait, sebab penulis dan pembaca mungkin rata-rata seorang pelajar yang bergelar mahasiswa.

Seringkali dipersoal oleh rakan-rakan, “ wei, kau amek persatuan apa? Kelab apa?” Apa yang saya jawab, “ah, malas ah.” Kenapa ye saya jawab macam tu? Kenapa saya malas nak berpersatuan? Bukan ke saya ni seorang sanguinis yang popular yang mana sentiasa akan cuba untuk bersosial dengan orang lain? Kalau macam tu, maknanya saya ni bukanlah berpersonaliti sedemikian rupa.

Kawan selalu cakap kat saya, “kau leadership ada, pandai entertaint orang, kalau masuk persatuan kau konfem dapat voting tinggi”. Ini selalu di dengar dalam kalangan rakan-rakan, tapi apa saya buat, ambil endah je. Tapi tak bermakna saya memang terus ignore persatuan ni, macam abang saya antara Majlis Tertinggi kat kolej dia di UKM. Fuh, hebat. Tapi tak pernah pun saya marah dia ikut persatuan pun.

Tapi berbalik pada persoalan pokok, kenapa saya tak pandang persatuan ni? Hurm, kalau diikutkan saya pandang jugak persatuan ni apa sebenarnya tapi saya menilai setiap satu yang diperbuat. Contoh, apa tujuan penubuhan dan apa kepentingan persatuan tu dalam kehidupan saya.

Saya adalah seorang pelajar dan seorang da’ie, saya ada 2 benda utama yang saya perlu fokuskan, pelajaran saya dan dakwah saya. Kalau saya tambahkan dengan persatuan saya sangat takut pelajaran saya menjunam jatuh dan dakwah saya semakin slow.

Alah, kau ni kolotlah, kan ada persatuan islam. Buat program-program agama jugak, kan itu juga dakwah.

Baik, memang program agama, talk itu dan ini, apa yang kita dapat ilmu yang baik, yang bermanfaat untuk islam secara wajarnya. Tapi, pernah tak kita fikirkan tentang pembinaan dakwah tu? Rasulullah create sahabat-sahabat untuk meneruskan perjuangan, sekarang ni, orientasi program, adakah ianya mencorakkan sebegitu rupa? Tak ada pun proses pembinaan seorang dai’e tu macam mana. Hanya sekadar memahamkan tentang islam. Tapi, bagi menggerakkannya? Sangat kurang.

Jadi sebab tu halaqah ni sangatlah penting, sebab, dia ni mencetak seorang tu menjadi da’ie bukan sekadar menghantar ilmu semata. Tapi mencorak seorang tu menjadi da’ie. Mengajarkan cara bergerak. Kalau kita tengok MLM style, itulah konsep halaqah juga, halaqah tree. Mula dari pengasas, lepas tu orang bawah cari orang, yang bawah cari lagi orang. Lama-lama ramai. Tapi bagi dakwah, lagi ramai yang mengerakkan dakwah. Cuba tengok kalau kita pergi ceramah-ceramah, ada tak yang lepas ceramah tu dia terus ajarkan kita cara dan corak kita dalam berdakwah. Kadang-kadang ceramah dakwah pun kurang. Paling kerapnya, ceramah bila ada isu, kalau tak ada, tak adalah ceramah. Macam UIA, 2012 punya talk. Dan tengok apa impak lepas ceramah tu? Macam tak ada apa-apa berlaku pun. Jadi, sekarang, anda paham kenapa saya masih lebih berfokuskan halaqah pembinaan dari yang berbentuk umum.

Orang kata persatuan train leadership, halaqah lagilah, ikut style islam lagi, macam saya cakap MLM tadi, kalau anda nampak flow MLM, kita akan nampak macam mana kepimpinan tu berjalan, kita akan jadi Murobbi yang handle halaqah, kita akan jadi ma’sul yang handle syuro. Ada S/U jugak. Lagilah membincangkan tentang yang Allah sangat-sangat redha. Tak nak?

Tapi, kita tak boleh nafikan akan satu masa, kita perlukan persatuan juga, tapi sebab apa pula? Ya, satu masa nanti saya akan berpersatuan juga, tapi saya jugalah antara bakal pengasasnya. Tapi tunggu sehingga orang-orang yang bersama saya itu adalah orang yang sama memperjuangkan agama Allah. Apa yang saya akan buat untuk persatuan tu? Apa kelainannya?

Baik, seringkali kita tengok persatuan contoh macam di UIA, titian asli, motifnya pergi jumpa orang asli, lagi, course society, buat program berkaitan course, tapi saya akan buat berorientasikan dakwah yang mana program umumnya sangatlah berkala dan kurang. Atau mungkin sekali satu sem, tapi grand. Macam mana tu, tengok dan lihatlah kemudian hari nanti. Sebab apa macam tu? Ha, itu adalah satu wadah untuk tarik pelajar untuk ke proses pembinaan pula. Buat satu program besar, kemudiannya, tarik kepada halaqah dan terus membina mereka untuk mencetak da’ie penerus.

Hebat tak hebat? Itulah dia, apa yang lain lagi adalah, mungkin dari segi syuronya juga akan lebih baik, kami cuba untuk jadikan persatuan yang menjadi qudwah kepada yang lain. Kenapa, terkadang, nama persatuan islam, tapi sewaktu syuro, ikhwah wa akhawat sesuka hati bergelak ketawa tanpa rasa malu, dan terkadang tak menjaga mata. Tapi apa yang saya cuba buat, mungkin syuro akan asing ikhwah wa akhawat tapi, tanzimnya sekali. Itulah baru kita nampak prospek islam sebenar yang patut dijadikan contoh.

Berbalik kepada yang asas, tidak mahu lagi berpersatuan buat masa ni, sebab, kita kena fikirkan keperluan dan kehendak kita. Tadi saya belajar FIE, Fundamental Islamic Economics, dia ceritakan yang mana ekonomi islam tak ada scarcity iaitu, kekurangan, kalau definisi panjangnya, limited resources but unlimited wants. Islam tak ada, sebab sifatnya, banyak resources yang ada. kita sebenarnya kena manage mengikut keperluan kehidupan kita. Conventional meletakkan kehendak yang utama. Tapi islam meletakkan keperluan. Saya tanya anda, persatuan yang anda masuk sekarang, adakah ianya perlu untuk anda? Kalau ye, untuk apa? Ada benefit untuk diri atau islam tak? Atau sekadar membazirkan masa untuk bermesyuarat yang mana masa tu kita boleh isi untuk pergi dakwah orang lain. 2 jam meeting, itu pun ada gelak ketawa dan sebagainya. Sedar tak berapa banyak dosa kita boleh buat dalam masa 2 jam? Tahu tak dalam masa 2 jam 8 orang anak luar nikah yang terhasil di malaysia? Jadi, dimanakah anda sewaktu itu? “saya meetinglah, untuk society”, itukah yang anda nak jawab dengan Allah di akhirat nanti?. Tepuk dada tanya iman.

Jadi, fikir-fikirkan dan renung-renungkan, fikirlah yang mana satu lebih aula untuk diri anda. Orang pernah bagitahu, persatuan sangat penting kalau nak kerja nanti, yeke? Dan beberapa kali di hadapan mata saya, saya lihat dan tanyakan, macam pak cik saya, manager, saya tanya dia,

Saya : wak(orang jawa), kalau kita nak kerja nanti, masa temu duga, dia tengok ke kita ni pernah join koko apa ke?
Pak cik : hish, mana adalah, wak tanya kamulah, andaikan wak ni manager, kamu datang interview, wak tanya, “pernah jadi leader dalam bola sepak tak?” rasa wajar ke tanya dalam tu? Apa yang wak akan tanya, “pernah ada pengalaman tak?”
Saya : oh, macam tu ke.

Selain dari tu, kakak sedara saya yang mana tiba-tiba di offer jadi manager kat tabung haji, saya tanyalah diakan pasal tu. Namanya kak aien.

Saya : kak aien, senangnya dapat job, dia ada kira pointer ke?
Kak aien : ntah, kak aien pointer pun tak lepas 3.
Saya : koko kot.
Kak aien : Akak mana pernah join persatuan apa-apa. Memasak adalah. Tak ada kaitan dengan tabung haji pun. Lainlah manager restoran ke.

Kakak saya sendiri dah dapat job dah, siap contract 9 tahun lagi, walhal tak pernah pun tengok dia sibuk dengan persatuan, tiap minggu balik rumah. Belajar je kerja dia.

Sekarang, anda nampak tak aulawiyahnya di mana? Samalah macam dalam dakwah, ada stage-stage tertentu, yang mana kalau kita tengokkan dalam Al-Quran menceritakan keutamaan berdakwah kepada umat islam yang jauh dari islam itu lagi penting dari dakwah non-muslim berdasarkan sebuah ayat :-
Dan perumpamaan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir adalah seperti penggembala yang memanggil binatang yang tidak mendengar selain panggilan dan seruan saja[107]. Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti. (Al-Baqarah: 171)

Kalau kita lihat ayat ni, berdasarkan mafhum mukhallafah(maksud dibelakang/disebalik)nya, menjelaskan yang mana, dakwah orang islam yang jauh dari islam ni lagi utama dari dakwah orang kafir sebab orang kafir ni memang tuli, bisu dan buta. Baik dakwah orang muslim yang ada juga sinar islam tu.

Jadi, dalam perihal kita memilih untuk berpersatuan atau tidak itu juga adalah satu perkara yang perlu untuk kita fikirkan juga sama ada ia memberi kepentingan untuk kita atau tidak. Sama-samalah kita beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan cubalah mencari jalan terbaik dalam hidup kita. Wallahu’alam.
~ Reborn To Be The Greatest ~

Ruhul Jadid

0 comments

Masa : 8.00 pagi
Tempat : Rumahku Syurgaku
Status : Bersemangat

~ Bismillahirrahmanirrahim ~

Pertama-tamanya kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t. serta selawat dan salam buat junjungan baginda Rasulullah s.a.w..

Ruhul Jadid? Apakah itu ruhul jadid? ajaran sesat kah? Jemaah baru kah? Wah, banyak spekulasi yang bakal berlegar di benak fikiran setiap pembaca. Baik, mudah untuk dijelaskan yang mana ruhul jadid bermaksud, ruh baru.

Oh, roh baru, awatnya roh baru? ada tukar roh ka? Macam serangga salin kulit la pulak. Huh. Suspen betullah. Hish, taklah, ruh baru ni bermaksud semangat yang baru. Bukannya khai yang lama bertukar kepada khai yang baru. Bukan khai yang banyak cakap & suka buat lawak berubah daripada yang gila-gila jadi sopan & pendiam. Mungkin akan jadi sopan & pendiam jugak kot. Ntahlah, lihat jelah apa yang berubah. Tapi yang sebenarnya ruh baru ini adalah membawa maksud semangat yang baru.

Macam mana semangat baru tu khai?
Hurm, macam mana ye? Ha, camni lah, semangat baru ni jugak boleh di tafsirkan sebagai azam baru tapi lebih hebat dan lebih kuat.

Apa yang Encik Khai nak buat?
Apa yang saya nak buat ye? Hurm, saya dah cuba merangka beberapa gerak kerja yang baru untuk flow dakwah yang lebih tersusun. Dalam kadar tertentu saya cuba untuk menstabilkan dakwah dalam UIA dan UIA external. Target batch kali ni, UIA nilai saya target 10 orang core yang bakal menggerakkan dakwah didalam. Begitu juga PJ, sama juga 10 orang. Untuk Gombak 5 orang. Moga-moga berhasil.

Selain dari tu, sem ni, saya cuba untuk naikkan balik pointer yang menjunam jatuh teruk sangat-sangat. Sebab sebelum-sebelum ni sangat jarang dapat bawah 3.5 tiba-tiba dapat 3.2. Fuh, ni kes main-main lah ni. Memang kena buat betul-betullah. Target nak naikkan at least naiklah CGPA jadi 3.3. Kalau dapat lebih alhamdulillah. Mungkin sebab terlalu yakin, yelah kawan selalu cakap, khai pandai, benda tu bukan saya ambil jadi motivasi tapi, jadi racun sebab yakin pandai saya jadi malas belajar.

Seterusnya bisnes, Saya target nak jual button bedge, Al-Quran, Ma'thurat, hadith, baju & buku untuk sem ni. Sebab apa sibuk-sibuk nak bisnes ni khai? Nak nikah ke? Fuh, no nikah-nikah dah buat masa ni, nak fokus dakwah dan study je. Plan bisnes ni sebab nak beli aset dakwah, macam, nak beli projector ke. Bayar sewa tempat kalau buat program ke. Banyak lagilah, nak cerita satu-satu payah.

Habistu, sebelum ni beriya-iya nak nikah, tiba-tiba tak jadi pulak? Hurm, ni yang paling susah nak jawab, sebabnya semalam pun, bakal kakak ipar datang bawak family. Lepas tu mak saya cakap kat saya,

Mak : yang bakal pengantin dari johor familynya dah datang jumpa mak dah, yang kedah dah datang jugak kat bawah tu, yang kau tu bila lagi?
Saya : Jauh mak orangnya, macam mana nak datang.
Mak : Jauh mana? Sabah? Sarawak?
Saya : Tak mak, jauh lagi.
Mak : Pakistan? India? Hish, kau ni, mak taknaklah.Yang macam mastu tu dah oklah.
Saya : Yang kali ni mesti mak suka, dia tengah tunggu orang kat depan pintu syurga. Bidadari agung.
Mak : Yelah.

Hurm, yang sebenarnya bila khai? Secara jujunya saya pun tak tahu. Tapi, dalam range umur 23-26 dan mungkin yang paling tepat umur 25. Kenapa? Why khai, why? Ramai tengah beratur amik nombor tu. haha. Taklah, sebabnya mastu dengar ceramah, pasal nikah, bestlah juga, dia cakap reason kenapa baginda nikah umur 25. Ada banyak aspeklah, dan kenapa umur 25 ni sebenarnya puncak terbaik untuk mendirikan rumah tangga. Best ceramah dia, buatkan kita berfikir secara matang.

Target nikah lak orang yang macam mana?
Huh, pelik-peliklah orang yang bagi soalan ni, ni dah lari tajuk dah ni. Tak apalah, orang tanya kenalah jawab walaupun soalannya remeh. Kalau tak kecik hati orang tu. Jangan jadi orang yang jual ikan dalam erti kata lain, orang SELFISH. Jadi, layan jelah persoalan-persoalan yang diberikan ni.

Hurm, target orang macam mana ye? Ntah lah, malas nak fikir sebenarnya, sebab nak tunggu bidadari syurga je. Tapi kalau ikut personality plus punya buku, pasangan terbaik untuk popular sanguine adalah peaceful phlegmatic. Sebab apa ye? mungkin sebab kelemahan peaceful ni ada pada kekuatan sanguine dan kelemahan sanguine ada pada kekuatan peaceful. Contoh, peaceful orang yang kurang keyakinan sikit, tapi sanguine orang yang sangat punyai keyakinan. Lagi, peaceful ni orang yang suka jual ikan (SELFISH) tapi sanguine tak, sentiasa nak bagi kebajikan kat semua orang. Peaceful mungkin sentiasa dalam keadaan sunyi dan mendiamkan diri, jadi nak menceriakannya mungkin sanguine.

Jadi, terpulang pada Allah nak bagi saya macam mana, kalau dapat yang lain pun saya tak kisah. Kalau dapat yang perfect saya lagilah suka sebab, macam murobbi saya, orangnya tersusun dari setiap segi. Ya Allah permudahkanlah setiap urusanku.

Lagi, ada lag tak taget lain?
Hurm, ada sebenarnya, nak kuruskan balik badan lepas naik 10 kg. Wah, setahun setengah je saya mampukan naikkan berat badan sampai 10 kg. Hebat. Tapi turunkan tak semudah tu, tak apa saya cuba. Tapi kenapa naikan berat badan dulu? Hurm, adalah sebabnya antaranya sebab nak kurangkan orang yang beratur amik no untuk nikah tadi. hihi.

Apapun doakan kejayaan saya dunia dan akhirat. Ramai yang nak berubah dah sekarang ni, nampak masyarakat makin sedar, cuma kita je tak sedar diri, semalam view beberapa blog, ada blog kawan dia cerita tentang perubahan, tapi sekejap je dia post, lepas tu dia delete balik. Tak tau kenapa. Apapun mari beralih ke semangat yang baru, jiwa yang baru. Dakwah yang baru. Moga-moga Allah redha.

~Tidak Sekali-kali Aku Melangkah Ke Depan, Akan Aku Berundur Semula~

~ REBORN TO BE THE GREATEST ~

D-Clique : Better Days

0 comments

~Bismillahirrahmanirrahim~


Syukur ke atas cintaNYA yang agung, selawat buat dai'e terhebat dan terulung Muhammad Bin Abdullah.

Salam..salam dan salam.. huhu, saja je copy paste padahal lirik ni dah ada kite side blog saya dah. Bukan saje-saje je paste ni tapi nak semua orang hayati lirik dia, sangat terkait dengan diri ini yang lemah, saya akan boldkan mana yang saya rasa penting buat diri ini.

(Jawad)
In the name of Allah
The most beneficent
The most merciful
The most deserving of all praise
I pray for better days

Shallow breaths are all I take
And you can't help me it's too late
Cries for help heard around the world
If I could help I swear I would

(Chorus)
And I, I pray for better days
Tomorrow will find its way
Through the stormy weather
And now, I walk a lonely road
No one standing by my side
No one to hold

(Verse 1 Jawad)
A shallow breath is all I take
Trying to keep my mind off the hardships
I put my faith in God while IÂ’m falling
And everyday I see the struggle
But in my dreams I can see a day
Where we can't heal without each other
You don't have to live in fear
You don't have to cry
HereÂ’s the day I pray you'll heal
So don't say goodbye
And as we age we fade
Together lost, IÂ’m a slave
Praying for better days
They took the life that I used to live
The innocent faces on all my kids
With thoughts so pure I can't forget
All the pain and loneliness
Lord knows I try
Holding back these tears and all my cries
I know my voice is heard
But no one seems to understand a word

(Chorus)

(Verse 2 Akbar)
A shallow breath is all IÂ’m taking, looking for that exit
Hopeless dreams, helpless seems, belief that God is present
Fighting for that blessing while also stuck in adolescence
Live and learn from this lesson as we're guided by that message
Now IÂ’m lost in that land where a man becomes a sinner
A place where screams and shouts I heard is nothing but whispers
So listen to the angels as they whisper in your ears
They claim to help us here, the final day will appear
Now we must pray for that day and we must fight for that light
All this blood sacrifice will be dried overnight
And in your eyes I see the angels in the skies
Looking to reside in the heavens of the night
Oh Lord can you hear me, listen to me clearly
Guide me to the light of the seven heavens above
Could you steer me? IÂ’m trying to change my ways
Seen too many tears in my time, now IÂ’m praying for these better days

(Chorus)

Shallow breaths are all I take
And you can't help me it's too late
Cries for help heard around the world
If I could help I swear I would
I put my faith in God
The one I trust, the one I call
Ya Rab
Ya Rab

Allah
Ya Rabi
I don't need no one else
My one and only
The only one I call
When all hope is gone

(Repeat)

(Chorus)

Ya Allah, aku nak jadi baik, tolonglah hambamu ini. Aku sayang kau sangat Ya Allah. Maafkan setiap kesalahanku selama ni.

Jom Berubah

0 comments

Masa : 7.00 pg
Tempat : Rumah
Status : Membina Kekuatan

~ Bismillahirrahmannirrahim ~

Syukur kehadrat Allah s.w.t tuhan sekalian alam serta selawat dan salam buat junjungan baginda muhammad s.a.w.

ARGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! rasa macam nak jerit je sekarang ni, nak bagi satu dunia dengar. Tolong ya Allah, maafkan aku, aku hamba mu yang lemah.

kenapa? kenapa? kenapa? tiba-tiba je jadi macam ni? hurm, nak explain tu susah, tapi biarlah Allah tahu segalanya.

Nak cerita apa yang berlaku semalam, tengah-tengah malam tadi, someone mengganggu emosi saya, tiba-tiba emosi tu bercampur aduk, rasa nak bunuh diri, rasa nak pergi bawak kereta rayau satu dunia, nak lari dari rumah. Kenapa ni khai? what's the problem? ntah la, saya pun tak paham, kenapa etika sewaktu jahiliah saya kembali balik. Setelah sekian lama terpadam, dekat 3 tahun saya tinggalkan segala debu-debu dosa, tapi masih ada lagi tersisa.

Jazakallah kat seorang kawan yang baik, walaupun malam tadi call dia mula-mula dia tak nak angkat, sampai dah tahap kritikal dia angkat jugak. Dapat gak, setel masalah ni. Tapi, sekarang ni apa kaitan nak berubah dengan apa yang jadi ni?

Ha, inilah yang nak diceritakan, saya pelik, sebab emosi zaman jahiliah saya wujud balik, emosi marah yang terlampau, sedih yang tahap orang lain tak boleh gambarkan, rasa baik mati lagi bagus. Huh, kritikal gila mamat ni. Tulah, rasa saya perlu berubah total. Tapi berjayakah? Fuh, soalan yang bahaya, apa-apa pun kejayaan tu milik Allah.

Dalam proses perubahan ni, kita perlukan mujahadah yang sangat tinggi. Tinggi camne tu? Setinggi menara KLCC ke? ke tinggi lagi? Hish, main-main pulak. Sangat tinggi, sampai bertemu dengan Allah, bila kita tanya orang mana-mana pun, soalan, tuhan kat mana, mesti dia tunjuk kat atas, so, langit tertinggi tulah tahap usaha kita sebab kita nak bertemu dengan Allah.

Kadang-kadang orang nampak saya ni sangat kuat, dalam syuro dakwah, saya cukup dominan, Semua idea datang dari saya, pengorbanan superb, baru-baru ni, kereta saya rosak lagi, total dari bulan 2 sampai bulan 7 ni, dekat RM 10000 dah total. Semuanya terkait dengan dakwah. RM 2700 yang pertama, rosak sebab eksiden macam yang diceritakan, kedua, aircond rosak, total up RM 400, lepas dari tu, tukar tayar pulak kereta savvy, sekali dengan lampu depan, RM 400-600 camtu, lampu kereta persona, RM 200, lepas dari tu, sewaktu khittah dan jaulah, piston rosak lagi RM 800. Dan terakhir, casket terbakar, sekali dengan kipas rosak, total up RM 1400. Cuba kira, hampir-hampirlah dengan RM 10000.

Soal pengorbanan jangan diceritakan, dalam seminggu, turun dari Gombak ke Nilai. Sanggup untuk bawak halaqah semata-mata yang mana, kadang-kadang anak halaqah pun tak datang. Kadang-kadang naik ke Perak. Duit belanja semniggu RM 50, sehari makan tak sampai RM 5, cukup 7 hari, cukup RM 25 je, lagi RM 25 akan digunakan untuk minyak kereta dan tol nak ke halaqah semata. Itulah dakwah. Sentiasa sulit dan tak selalunya mudah.

Namu begitu, ramai tak tahu, hakikatnya saya ni sangat lemah, disebalik keceriaan, ada yang terselindung kesulitan, kesusahan, dan rasa sedih hati. Mungkin murobbi saya dan kawan saya sorang je tau siapa sebenarnya saya. Bertapa lemahnya saya ni. Tapi, kelemahan tak sepatutnya menjadi batu penghalang atas saya terus berusaha untuk menjadi kuat.

Pernah satu ketika saya rasa tak nak lagi teruskan perubahan, sebab, asyik-asyik gagal. Pernah suatu ketika, saya nak kembali kepada zaman jahiliah. Seringkali bisikan jahat kembali membisik, split personality cuba nak kuasai diri. Murobbi saya pernah cakap,

"Tiap orang ada split peronality dia, benda tu memang tercerna dek perjalanan hidup kita yang kita dah lalui sejak dari kecik lagi atau dengan kata lain, habit kita, cumanya salah satu daripadanya akan jadi dominan"

Pernah jugak seorang kawan baik saya cakap :-

"Memang wujud split personality ni, kalau nak tau, kepercayaan yin dan yang tu adalah 1 kebenaran walaupun ianya teori bukan muslim, tapi benda tu betul"

Hurm, ye, split personality, kita kena cuba untuk lawan, macam mana? huh, kena kuatlah, murobbi saya pernah cerita, ada ikhwah yang gagal dengan lawan dengan personality dia yang buruk, akhirnya tak nak ikut halaqah tup...tupp dengar-dengar dah berzina... astaghfirullah...

Ada seorang ikhwah yang saya sendiri kenal, gagal lawan personality yang buruk, orangnya cukup hebat, dia pernah ajarkan saya dakwah. tapi sebabkan gagal lawan, berubah jadi teruk, mula dah smoking, kalau sebatang tak pe lagi, berpuntung-puntunglah. Sosial dengan perempuan. Sedih, inilah akibat, gagal lawan split personality.


Macam mana pulak dengan saya, apa split personality saya? Hurm, banyak sangat, tapi tak elok bukak aib sendiri. Saya boleh cerita sikit je. Pernah sekali saya berlawan dengan persenolity buruk saya, macam lawan dengan jin jugaklah. Sakit gila hati, nak nangis je. Sewaktu personality buruk tu berkata :-

"Ala, kau ni nak pergi dakwah-dakwah orang, engkau sendiri ni, tak berubah lagi, hidup kena enjoy, baik kau cari perempuan ke, pergi lepak-lepak smoking ke, race kereta. Lagi best, dari susahkan diri pergi dakwah sana-sini"

Secara jujurnya, bisikan macam ni selalu terngiang-ngiang dalam kepala, asal mula iman menjunam jatuh, macam-macam perkara yang tidak sepatutnya diperbuat, pernah seketika, sewaktu awal tarbiyah, bila down je, start YM dengan perempuan sana sini, sembang-sembang benda tak senonoh.

Banyak lagi, tapi itu sebab personaliti buruk tu dah 17 tahun bertapak dalam diri sejak lahir. Sebab tu, dia jadi lebih dominan dari yang baik. Tapi, disebabkan nak berubah, saya lawan dengan personaliti buruk, berkali-kali kalah, tapi kalah tak bererti gagal. Dan tidak sekali-kali saya putus asa untuk terus berubah.

Selalu terungkap dalam kata-kata, baik saya mati lagi baik, tak delah banyak buat dosa. Tapi bila difikirkan, itu kata-kata orang yang gagal, kan Allah nak hambanya berjaya, tak caya dengarlah azan, marilah menuju kejayaan. Tiap kali bertarung dengan personality buruk, saya akan menangis, saya memang tak boleh duduk sorang-sorang lagi-lagi malam, sebab tu tak berapa suka mahalah UIA sekarang, dia seperate bilik dia jadi portion-portion tertentu.

Kalau ikut personality plus, dia kata popular sanguine tak boleh duduk sorang-sorang, kalau tak dia akan buat benda yang pelik-pelik, betul ke? Mungkin betul bagi saya, tapi, apapun kelemahan tu bukan untuk menjadikan kita terus melemah, tapi sepatutnya mentarbiyah kita untuk berubah jadi lebih kuat dan cuba mengatasi kelemahan.

Apapun doakan saya untuk terus merubah diri ini menjadi lebih baik dari setiap sisi dan dari setiap segi. Semalam dapat mesej dari seorang kawan, bila cerita kat dia yang saya rasa better mati dari terus buat dosa, memang saya akan simpan dan pegang sampai bila-bila, tak tahulah dia copy paste ke apa kekan. Itu tak penting, yang penting adalah isinya. Mesej nilah buatkan saya terdetik untuk jadi lagi kuat, dan takkan berputus asa untuk berubah walaupun kadang-kadang gagal.

Yang dilihat & diukurNYA bukan sejauh mana usahamu.. tapi yang di harap sejauh mana TAWAKKAL, PERCAYA nan jitu.. pergantunganmu padaNYA.. tapi tak bermakna tidak perlu berusaha.. USAHALAH semampumu.. tapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaaan.. tetapi berimanlah bahawa TAWAKKALmu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNYA.. itulah penentu kejayaanmu.. kejayaan bukan milik sesiapa.. tetapi adalah milik Allah.. jadi, seyakinnya hendaklah dikau pohon dariNYA semata......
.

Panjang lagi tapi ini yang penting kena ambil, apa yang penting, saya nak berubah jadi lagi baik, doakan saya. Saya tak nak gagal, saya nak jadi orang yang kuat, orang yang kuat, takkan sekali-kali berpatah balik kepada kelemahan. Ayuh, mari berubah bersama. Sekarang adalah masa untuk berubah.


Kalau murobbi saya baca ni, dia mesti senyum, yela, dia suka baca blog saya, suka hati je dia baca blog saya, bukan nak mintak permission ke apa, haha, tak apalah, ana nak jadi cam anta. Amzar selalu cakap, murobbi antum tulah qudwah terbaik dalam kalangan ikhwah. Personalitynya perfect melancholy. Hakitkatnya dia memang perfectlah, dakwah tersusun sebab ada orang macam dia, kalau tengok cara dia, semuanya tersusun, tiap apa nak di buat ada je to-do listnya. Dakwah hebat, pengorbanan superb. Dia yang banyak buatkan saya masih bertaut dengan jalan dakwah. Jazakallah khair akh.

Apapun, kepada semua pembaca, doakan saya berubah kepada lebih baik, saya nak jadi lagi baik, dan baik dan baik. Moga-moga dengan perubahan ni, dakwah makin gencar.

~Tidak Sekali-kali Aku Melangkah Ke Depan, Akan Aku Berundur Semula~

~ REBORN TO BE THE GREATEST ~