Introduction

.

I S T I K H A R A H_C I N T A

0 comments

♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿

l I S T I K H A R A H_C I N T A l

YA ALLAH..
Jika aku JATUH CINTA, CINTAKANLAH aku pada Seseorang yang MELABUHKAN CINTANYA padaMu, agar bertambah KEKUATANKU untuk MenyintaiMu..

YA MUHAIMIIN..
Jika aku JATUH CINTA, IZINKANLAH aku MENYENTUH HATI Seseorang yang HATINYA TERTAUT padaMu, agar TIDAK TERJATUH aku dalam JURANG CINTA NAFSU..

YA RABBANA..
Jika aku JATUH HATI, JAGALAH Hatiku untuknya, agar HATI-HATI kami TIDAK BERPALING dari HatiMu..

YA RABBUL 'IZZATI..
Jika aku RINDU, RINDUKANLAH aku pada Seseorang yang MERINDUI SYAHID di JalanMu..

YA ALLAH..
Jika aku MENIKMATI CINTA KekasihMu, JANGANLAH KENIKMATAN CINTA itu melebihi Kenikmatan Indahnya BERMUNAJAT di Sepertiga Malam TerakhirMu..

YA ALLAH..
Jika aku JATUH HATI pada KekasihMu, JANGANLAH Engkau biarkan aku TERTATIH dan TERJATUH dalam perjalanan panjang MENYERU MANUSIA kepadaMu..


☆•♥ 'لآ إله إلآ آنتؔ سبحنكؔ إنيً كنثؐ منؑ آلظالمينؕ‘ ♥•☆

“Sesungguhnya, TIADA TUHAN (yang dapat menolong) melainkan Engkau
(Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!
Sesungguhnya, aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diriku sendiri..”
[ SURAH AL-ANBIYA’ : AYAT 87 ]

AMEEN YA RABBAL 'ALAMENN...☆ Khairuddin Ahmad ☆

♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿

A Friendship Has No Reason

0 comments
~Bismillahirrahmannirrahim~

Pertama-tamanya kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi dengan limpah serta kurniaannya dengan menjadikan kita selaku hambaNYA yang sempurna, serta selawat dan salam buat junjungan baginda Muhammad S.A.W.

Dah lama juga saya tak update blog nikan, lama? mungkin lama juga la. Sejak bermulanya ramadhan, sampai dah masuk hari ke 11 ramadhan. Terasa sekejap je masa berlalu, tak lama lepas tu, raya. Kemudian, balik semula ke Universiti demi menjalankan tanggungjawab Allah dalam mencari ilmuNYA yang luas.

Baiklah, hari ni post tentang apa pula kan? A Friendship Have No Reason? Kenapa ek?

Ok, Sebenarnya pagi tadi saya cuba menyelusuri beberapa ayat Al-Quran yang indah maksudnya. Notis kepada pembaca, sekiranya anda membaca Al-Quran, jangan lupa untuk menghayati maksudnya satu per satu. Kerana Allah ada letakkan dalam Al-Quran yang berbunyi :-

"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak didalamnya." (An-Nisa' : 82)


Dalam ayat ni menjelaskan bahawa, perlulah kita tadabbur(menghayati) Al-Quran itu. Bukan sekadar hanya membaca tanpa memahamkan isi kandungannya.

Bebalik kepada cerita asal. Tadi saya membaca beberapa ayat Al-Quran, dan tersentuhlah saya dengan satu ayat Al-Quran ni.

"Sesungguhnya orang-orang mu'min itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (Al-Hujarat :49)

Mungkin ayat ni biasa kita dengar, kan. Tapi saya ingin huraikan serba sedikit tentang ayat ni. Ayat ni menceritakan tentang persaudaraan atau lebih dekat lagi kita ambilnya sebagai friendship atau dalam erti kata lain, persahabatan.

Pada pendapat anda, apakah erti persahabatan dalam diri anda?

Ada yang mengatakan persahabatan ni ibarat, "air di cincang tidak akan putus"

Begitu juga ada yang mengatakan, seperti "isi dengan kuku"

Masing-masing membawa maksud yang mendalam, yakni, bila persahabatan itu hadir apabila ianya sukar untuk dipisahkan.

Kalau diikutkan banyak cara boleh terciptanya 1 perkenalan. Teringat saya dengan kata-kata pujangga :-

"To know someone will take only a second, but to forget about it will take an AGE!!!"

Maksudnya untuk kita mengenali seseorang, memang sekejap, tapi untuk bagi kita betul-betul lupa tentang sesuatu tu, bukan satu perkara yang mudah. Lagi-lagi bila dia bergelar seorang sahabat. Lagi lah susah.


Kalau diikutkan, ramai orang kelaskan persahabatan mengikut tingkat masing-masing. Ada yang mengelaskan mereka sebagai, rakan sekelas, rakan sekuliah, rakan seuniversiti, rakan baik, rakan kongsi dan macam-macam lagi.

Kalau yang rakan sekelas tu, mungkin hanya rakan sekelas. Jumpa dalam kelas, lepas tu tak jumpa dah. Sama dengan seuniversiti, graduate je terus lupa.

Jadi, macam mana pula saya kelaskan persahabatan?

Gua kelaskan ikut abang long dengan ayahanda la.macam KL gengster la pula.Hahahaha. Itu tipulah. Main-main je.

Baiklah, bagi saya, saya tak ada rakan kelas, saya tak ada rakan sekuliah mahupun rakan muda. haha. Sebab, bagi saya frasa rakan saya hanya terletak pada perkataan rakan baik. Yang mana semuanya adalah sama. Mahupun seteruk mana dia, dia pernah hina saya, dia pernah melukakan hati saya. Bagi saya, dia tetap kawan baik saya.

Sebab apa?

Mudah je jawapan saya, Allah dah statekan manusia dalam erti kata lain insan yang juga memberi maksud, lupa. Dah terang lagi bersuluh, manusia ni sentiasa lupa. Kadang-kadang, dengan mudah dia akan membuat kesilapan.

Habis tu, kau tak sakit hatilah?

Buat apa nak sakit hati? Mungkin terasa tu wujud, sebab kita ada hati, dan kita ada rasa. Tapi tak lama, lagipun siapa kita tak nak maafkan orang? Dan siapa kita untuk putuskan persaudaraan kita dengan orang lain?

Baru-baru ni rakan saya mengeluarkan satu fakta tentang diri saya.

Sahabat : khai, kau ni, serius menyakitkan hati, tapi, aku suka kawan dengan kau.

Saya : Kenapa?

Sahabat : ntah.

Mula-mula saya pun tak paham apa yang cuba dia sampaikan. Tapi lama-lama, baru saya sedar, "FRIENDSHIP HAS NO REASON!!!"

Pernah juga saya tanya orang-orang lain tentang persahabatan.

Saya : Eh, kenapa kau baik dengan dia?

Sahabat : Sebab dia baik, dia suka belanja aku, bawak aku jalan-jalan.

Saya : Kalau dia tak pernah buat macam tu semua, kau rasa kau akan baik dengan dia?

Sahabat : Entahlah.

Sesetengah orang persahabatan itu perlu ada sesuatu event bagi menguatkan boundariesnya. Perlu ada asbab ke atas kuatnya sesuatu perkara. Ada yang sebabkan dibelanja. Kalau tak, memang tak wujud. Ada juga rakan yang rapat bila ditimpa masalah je, kalau tak ada masalah, dia tinggalkan kita bahkan bila kita pula yang bermasalah tak di layannya.

Tapi bagi saya, semua itu tak penting. Sebab tu, dalam sejarah hidup saya, kawan yang saya betul-betul rapat, saya jarang belanja dan selalu sakitkan hati. Mereka selalu pertikaikan.

Sahabat 1 : Kedekut gila kau khai.

Sahabat 2 : Duit simpan untuk kahwin la tu.

Sahabat 3 : Kau ni, kalau berhutang, macam along.

Sahabat 4 : Kau ni kasar gila.

Bila melihat gelagat rakan-rakan, memang lucu, tapi yang bagusnya, mereka walaupun saya begitu, mereka tak pernah untuk memutuskan persahabatan dengan saya. Sebab bagi saya, saya tak nak berkawan atas budi. Saya tak nak kawan atas harta. Saya juga tak nak kawan atas perkara tertentu. Tapi saya nak berkawan atas REDHA. Seperti Allah firmankan :-

"Dan (Dialah) yang menyatupadukan diantara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan diantara hati mereka akan tetapi Allah telah menyatu-padukan diantara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Al-Anfal : 63)

Dalam ayat ni Allah ceritakan yang mana, walau macam mana kita infaqkan harta seluruh bumi pun, belum tentu dapat ikat hati manusia melainkan Allah. Dalam erti kata lain, kita berkawan dia kerana Allah.

Macam mana kita berkawan kerana Allah?

Bagi saya, dengan kita terima dia seadaanya. Kadang-kadang saya tak faham, ada orang cakap, "ei, aku tak suka lah budak ni, aku tak sukalah budak tu". Kadang-kadang, saya fikir juga, kenapa kita perlu untuk tidak suka pada seseorang tu? Sedangkan kita taklah perfect mana. Dan kenapa kita perlu pertikaikan kelemahan orang lain?

Mungkin kadang-kadang saya join kawan-kawan bahan orang(jahat jugak aku ni). Tapi sebenarnya, saya bahan pun ikut keselesaan orang tu. Dan saya tak pernah membenci kelemahan orang tu. Sebab, bagi saya, manusia, ada kelemahan. Saya juga banyak kelemahan.

Dengan itu, terimalah seadanya keadaan mereka itu macam mana. Sama ada dia kuat merajuk, pendiam, mulut celupar, keras kepala, dia tetap kawan kita serta makhluk Allah yang perlu kita pahamkan.

Dan dalam dunia ni, Allah dah ciptakan manusia tu pelbagai. Bukan untuk kita saling membenci, tapi untuk kita saling mengenal.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Al-Hujurat : 13)

Dalam ayat ni pun Allah, mention, menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, dan ianya bukan sekadar nak katakan kulit kita ni je lain-lain. Tapi perangai kita juga berbeza-beza. Sikap kita. Dan dengan itu kita perlu mengenal mereka dengan lebih dekat. Apabila kita dah mengenal sikap, cara orang tu. Akhirnya muncullah taqwa, bila mana rasa redha itu wujud kita akan terus bersahabat keranaNYA. Saling mengingati kerana Allah dan sebagainya.

Apapun di sini, saya ingin ulaskan, kita tak perlulah mencari asbab kenapa kita bersahabat, kerana manusia itu akan terus berubah-ubah. Tak semestinya dia akan terus kaya untuk belanja kita, tak semestinya dia akan terus sempurna untuk aktif bermain dengan kita. Tak semestinya dia akan terus periang sampai bila-bila.

Jadi, THERE IS NO REASON IN FRIENDSHIP!!!..peganglah kata-kata ini sampai bila-bila. Hargailah rakan anda selagi mereka masih ada.

"For my fren, I'm being your friend, neither because of wealth nor your kindness. Just because I accept you as you are"

Wallahu'alam..