Pertama-tamanya bersyukur kehadrat ilahi atas limpah dan
kurina Allah berikan kepada kita.
Lama sih tak update blog. Tetiba update. 2 tahun tak update.
Tetiba je rasa nak update. Apakehal? Nak bersastera pun terasa canggung. Tapi,
alterasi susunan papan kekunci masih lagi seperti dulu. Mungkin sebab
kerja-kerja harian menterjemah perlakuan menjadi perilaku membuatkan diri
terbiasa dengan penulisan menggunakan keyboard.
Berpaut kembali kita kepada tajuk utama. Cerita disebalik
cerita. Apakah? Cerita apa? Berkenaan apa? Apa yang disebaliknya?
Rasanya tak banyak nak nukilkan dalam karangan. Cuma
beberapa peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini mengukir kisi-kisi
pentarbiyahan yang boleh diasimilasikan sebagai hidayah ataupun pengajaran dari
ilahi. Seperti dalam surah Ali Imran ayat 191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Dalam ayat ni Allah jelaskan. Takkan ada yang Allah ciptakan kat muka bumi Allah ni sia2. Tak kisahlah perkara tu berupa ciptaan ilahi mahupun peristiwa yang berlaku. Mesti ada hikmah disebaliknya. Cuma kita laluinya dengan minda sedar atau separa sedar. Peristiwa yang kita lalui pun banyak titik tolak kepada pengakhiran cerita kita dalam kehidupan. Sebab apa, kehidupan kita ni Allah dah sediakan jalan-jalannya seperti dalam surah As-Shams ayat 8
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.
Allah dah bagitau dah dalam ayat ni, kita ada pilihan untuk
memilih, maksudnya, setiap tindakan atau keputusan yang kita buat akan membawa
kepada sesuatu outcome yang tertentu. Contohnya, pukul 7.00a.m isnin hari
bekerja. Saya boleh pilih untuk tidak datang. Kalau saya datang, hasilnya saya
akan buat kerja tak kena marah dsb. Kalau saya tak datang, hasilnya mungkin
teruk. Sebab tu, Allah suruh kita percaya qada’ dan qadar. Ketentuan dan
ketetapan. Mengikut kitab silmu muta’addi, setiap perlakuan kita akan ada hasil
yang berbeza dan kita berhak memilih. Yang Allah dah tetapkan, kita akan
kahwin, kita akan mati. Macam mana kita mati bila kita, kita yang pilih. Contoh,
kita pilih untuk jadi mat rempit, kemungkinan kita akan mati dalam keadaan ngeri. Jadi, buatlah sebodoh mana tindakan pasti ada hikmah yang Allah nak ajar, cuma cara kita berfikir dan melaraskan corak pemikiran itu selari dengan kehendak Allah.
Tapi, adakah kita perlu fokus kehidupan kita pada ilahi
sahaja?
Meh telusuri ayat Allah bawah ni :-
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan" (Al-Qasas : 77)
Jelaskan, walau macam mana hidup kita nak jadi hamba Allah yang abadi, tapi jangan la lupa yang kita da kehidupan dunia. Tak bermaksud kita kena hidup duniawi sangat, tapi macam setengah orang cakap, worklife balance. Tapi worklife yang dimaksudkan ni, lebih kepada menletakkan satu garispandu bahawasanya setiap tindak tanduk kita berasaskan tarbiyah Allah. Kalau tadabbur ayat Allah bawah ni, mungkin kita faham sikitla kot.
"Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." [An-Nahl: 125]
Berdakwahlah dengan hikmah , cara yang baik dan berkesan.
Kalau ikut kefahaman asas kita, kemungkinan kita boleh taksirkan
setiap cara dakwah hanya boleh disampaikan dengan kata-kata je. Sebenarnya tak, dengan cara
perlakuan kita pun boleh. Contoh, ajak pergi tempat, air terjun, gua ke, boleh
tadabbur alam. Ye, satu sudut kita akan dapat seronok, tapi satu sudut lain,
kita akan dapat rasa keindahan ciptaan Allah secara tak langsung. Kalau dalam
gua, Allah ciptakan stalagmite dan stalagtite atas fungi tertentu. Itu juga bil
hikmah. Buat kerja dengan baik jujur dan sebagainya mampu mempamerkan dakwah
baginda.
So, sekarang ni, apa cerita sebenar disebalik cerita?
Haha, sebenarnya ceritanya baru nak bermula. Tapi bukan dalam entry ni. Entry ni cuma sekadar memanaskan jari jemari yang dah lama tak sentuh papan kekunci dan tak berkarya. Apapun, orang selalu cakap, khai kehidupan realiti dengan dalam blog, 2 orang yang berbeza. Sebab apa? Sebab, bila orang baca blog, dia tak kenal kita, dia ambil input tanpa fikir background orang tu macam mana. Tapi bila, berdepan kita akan cuba untuk menghakimi setiap bait pertuturan berdasarkan perilaku sebenar si pemberi nasihat.
Apapun, Allah dah bagi banyak jalan untuk kita fahami dan telusuri supaya kita dapat membuat keputusan yang betul dalam setiap keputusan yang kita nak buat. Sama jugak macam saya, sedang membuat keputusan dalam banyak hal. Namun, mohon ianya kearah menjadi hamba yang lebih Allah sayang. Seperti dalam ayat di bawah. Al-Maidah ayat 16
Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus
Allah dah ilhamkan jalan-jalan keselamatan dan
kesejahteraan, yang membawa maksud, Allah bagi guide dan manual. Macam manual
baru beli phone. Salah charge betri cepat habis. Macam tu juga kehidupan. Kalau
phone manual dia satu je. Ni ada banyak, Al-Quran Hadith Ijma’ dan macam lagi.
Sebab tu Allah mention subul aka jalan-jalan sebab Dia tau confirm akan datang
banyak lagi alternative manusia untuk menjalankan setiap tindakan berasaskan
shariah.
Apapun, doakan saya menjadi tiap hari lebih baik lebih baik dan lebih baik dari setiap sisi dan paling penting pandangan ilahi. Sekian
~Reborn to be the greatest~