~ Bismillahirrahmannirrahim ~
Pertama-tamanya mari kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t atas nikmat dan kurnianya serta selawat dan salam buat junjungan baginda muhammad khatimul anbiya’.
Salam satu malaysia, salam satu muslim, salam satu tuhan.
Hari ini saya sekali lagi cuba perungkai peradaban manusia yang kian runtuh tapi dipandang remeh yakni tentang perkahwinan. Sekian lama penulis menyepi tak berarti sudah tida bermaya untuk meneruskan dakwah ini. Cuma terkadang terhenti sebab taktahu nak buat apa.
Sekali lagi persoalan tentang nikah timbul dalam diri penulis. Kenapa, sebabnya lihatkan persekitaran yang kian merudum akhlaknya, tapi kita selaku da’ie masih tidak mahu untuk merubah diri sendiri yang utama. Post tentang ini pernah dikeluarkan dalam halaqah online suatu masa dulu. Waktu tu saya cuba mempersoalkan perihal ideologi manusia yang lebih cenderung untuk menikah lambat dari nikah awal.
Kenapa bangkitkan kembali isu ini?
Mesti ramai tertanya kenapa nak bukak balik buku yang dah tutup. Sebenarnya kita bukan perlu tutup buku untuk selesaikan segalanya. Tapi kita kena habiskan isi kandungan buku tu dan buat research lagi untuk lebih menambahkan kefahaman tentang sesuatu.
Dan ada lagi pemangkin isu ini di utarakan apabila saya tersingkat kembali planning dakwah saya dari 1st year sampai ke 4th year. Yang mana dalam sekitar 3rd year saya akan nikah. Dengan itu, saya cuba untuk kembali dan bangkitkan balik isu ini bagi kita buka balik minda kita yang mungkin dah di cemari dek zaman liberal ini.
Baiklah cuba kita uraikan satu persatu persoalan yang mungkin menjadi penghalang utama masalah nikah lambat ini. Pada mulanya saya ingatkan masalah hanya pada pihak lelaki sebab orang selalu katakan “ laki nak bagi makan isteri apa nanti ”. Namun setelah diri ini lebih melalui onak dunia, akhirnya jumpa juga seorang perempuan yang mengatakan takut nikah awal. Jadi lebih baik saya buka kefahaman ini kepada kedua-dua belah pihak.
Takutlah nanti tanggungjawab yang banyak.
Mesti ini antara persoalan yang mungkin kita akan timbulkan bagi orang yang masih lagi ragu-ragu untuk membuat keputusan muktamat tentang kehidupan. Yang utamanya mesti akan fikir, “nak bagi makan apa”. Jawablah, “makan nasilah”. Dan tak pernah lagi dalam sejarah dunia orang mati kebuluran sebab nikah awal sewaktu belajar. Cuba kita taddabur ayat ini :-
“ Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, “ (Al-Ahzab : 72)
Cuba fikirkan yang sebenarnya Allah dah pernah bagi satu tanggungjawab yang besar kepada manusia yang mana tanggungjawab ini makhluk lain refuse untuk terima. Sebab apa, ada kekuatan di sebalik manusia yang kita tak tahu. Mungkin lebih jelas lagi dalam ayat ini :-
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."” (Al-Baqarah : 30)
Sekiranya anda membuka arabnya Allah ada tuliskan “Wa Izz” bukan “Wa Izza”. Sedangkan maksudnya sama. Kenapa Allah s.w.t. gunakan “Wa Izz”? Sebab, itu bermaksud tiba-tiba / suddenly Allah cipta manusia.
Kisah sebenarnya, Allah cipta manusia tanpa pengetahuan atau perbincangan mana-mana malaikat pun. Tiba-tiba Allah cipta. Habis tu, macam mana malaikat boleh tau? Ha, ada sebahagian malaikat yang cuba intai-intai luh mahfuz untuk tau apa yang Allah buat. Sebab itu mereka tahu. Lepas Allah ciptakan apa malaikat cakap? "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" mereka mempersoalkan tentang ini, tapi apa yang Allah jawab? "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." Jadi nak katakan kat sini, Allah s.w.t lebih tahu kemampuan manusia tu dari makhluk lain. Allah tahu kita mampu pikul tanggungjawab yang besar. Kenapa kita sendiri tak juga paham yang kita sebenarnya mempunyai kekuatan tu? Terus mengambil keputusan yang mudah.
Tapikan kalau nikah nanti banyak ujian, tak takut ke?
Baiklah, perkara ini semestinya akan jadi persoalan di minda kita. Cuba kita tadabbur elok-elok ayat Allah ini :-
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur[1535] yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.” (Al-Insan : 2)
Perasan tak ini surah apa? Ini surah Al-Insan, surah ini menceritakan tentang manusia, hakikat manusia itu macam mana. Dalam ayat awalnya dah jelas-jelas menyatakan, “Kami hendak mengujinya”. Dan jelas walaubagaimanapun keadaannya, anda pasti di uji. Itu fitrah manusia untuk di uji oleh Allah, dan ujian yang Allah bagi bukan untuk menjatuhkan kita, tapi untuk mendekatkan diri kita padanya. Cuba kita pahamkan ayat ini pula ; -
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” ( Al-Baqarah : 155)
Sekiranya anda lihat ayatnya dalam skop bahasa arab, Allah katakan “Wa lanabluanna” yang mana membawa fi’il mudhari’ berarti dulu kini dan selamanya. Dulu kini dan selamanya kita tetap akan di uji dengan macam-macam ujian. Tak kiralah kita dah nikah, kita belum nikah, kita akan tetap di uji. Jadi apa yang perlu kita risaukan tentang ujian darinya. Semuanya untuk menjadikan kita lebih bertaqwa.
Alah, nanti macam mana keluarga saya, saya belum bahagiakan diorang lagi?
Baiklah, kita cuba ambil skop kebahagiaan keluarga kita. Cuba saya tanya anda semua, kebahagiaan yang macam mana yang anda mahukan pada keluarga anda? Materialistik? Kejayaan dunia? Pernah tak anda tadabbur ayat ini :-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim : 6)
“Quu anfusaqum wa ahliqum naaraa”. Peliharalah diri kamu serta keluarga kamu dari api neraka. Teringat saya sewaktu saya pernah bagi pengisian pada akhawat lepasan SPM di seremban awal tahun ini. Bila mana saya menyatakan tentang ayat ini, ramai menangis. Saya cakapkan, kita selalu fikirkan kita nak kerja, nak belajar sungguh-sungguh, dapat result terbaik, nanti dapat duit banyak, bagi mak ayah kita. Pernah tak kita fikir tentang consequenses yang akan jadi kemudian hari. Apa akan jadi apabila kita dah berjaya, duit banyak, itu jadi asbab muasabab mak ayah kita lagi jauh dari Allah? Diorang akan rasa lagi bongkak ada anak yang berjaya. Rasa tak bersyukur. Kita nak ke tengok mak ayah kita bersama dengan kejayaan dunia yang kita harapkan tu kat neraka bersama-sama. “waquuduhannassuwal hijarah” yang mana bahan bakarnya manusia dan batu. Nak ke mak ayah kita jadi kayu api neraka? Mesti taknakkan? Tapi siapa penyebab? Kita juga. Apabila kita meletakkan duniawi itu yang utama bukan ukhrawi.
Cuba kita lebih lagi menyelami lagi ayat-ayat Allah dengan lebih mendalam mengenai tanggungjawab kita pada keluarga :-
“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan[1462] yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.” (Al-Mujaadilah : 22)
Ayat ini mengisahkan tentang seorang sahabat, yang saya tak ingat namanya, waktu itu perang, sahabat itu di pihak islam, ayahnya di pihak kafir. Mereka bertarung sesama mereka. Bayangkan situasi dia sebagai penegak agama, sekiranya kita, sanggup ke kita nak lalui semua benda ini? Bunuh mak sendiri. Sedangkan kita menegakkan hak kita untuk islam pada keluarga pun tak berani. Inikan berperang. Ambil pula skop ayat lain :-
“Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (At-Taubah : 24)
Ayat ini mengisahkan tentang Saad bin Abi Waqas yang mana ibunya pernah mogok lapar semata-mata mahu Saad untuk pulang ke agama yang lama. Tapi apa Saad jawab, “sekiranya aku diberikan 1000 nyawa dan ianya dicabut satu persatu, aku tetap takkan berpaling pada agamaku”. Kita lihatkan orang yang memperjuangkan agamanya. Lihat hasilnya, Saad jadi panglima yang hebat walaupun parasnya kecil, betisnya keding.
Semua ini kisah-kisah sahabat terdahulu, tapi apa yang berada di fikiran kita masih ditakuk yang lama. Mengharapkan kehendak duniawi bagi memenuhi segalanya. Bukankah agama itu yang utama. Banyak lagi yang anda boleh buat selepas pernikahan. Dakwah keluarga utamanya. Sangat-sangat advantage bagi mahasiswa yang bernikah. Pernah diceritakan oleh seorang sahabat yang dah nikah. Tapi dia dah kerjalah sekarang. Katanya, sewaktu belajar paling mudah untuk dakwah keluarga sendiri. Sebab kita ada waktu cuti, untuk bersama keluarga. Dan waktu itu sangat di manfaatkan untuk dakwah. Bila dah kerja, nanti, nak fikir kerja lagi, anak-anak. Masa pun tak cukup, sebab tu selalunya nak mengharapkan orang balik kampung hanya waktu hari raya. Bukan sebab tak nak balik, tapi tak ada masa.
Bukankah motif kita nak berdasarkan ayat diatas? Nak selamatkan keluarga kita dari azab siksa. Bila lagi kita nak laksanakan. Sekiranya kita buat seorang, mampu ke? Kat rumah pun cuti main game tengok tv. Itu dah cukup mampu nak dakwah diorang. Cuba kita ada pasangan yang mungkin boleh membantu. Bagi si lelaki, boleh bantu untuk dakwah keluarga lelaki pihak perempuan. Perempuan boleh dakwah bagi perempuan utk pihak lelaki. Kan itu yang kita nakkan. RedhaNYA.
Jadi apa yang anda fikirkan lagi?
Cuba anda bayangkan, anda ada segunung dosa, dan segunung pahala, mana anda pilih?
“maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.” (As-Syams : 8)
Fikirkan-fikirkan apa yang anda mahukan. Sebab Allah dah tulis dalam Al-Quran tentang kita ini pemilik segala keputusan. Bukan orang lain. Sama ada kita nak pilih jalan ke taqwaan atau kefasikan. Sekiranya tidak, kita juga tergolong dalam manusia berideologi kolot serta liberal. Semuanya materialistik semata-mata. Andai kita pernah cakap, orang lain nampak dunia je. Fikirlah yang kita pun macam tu juga.
Pilihlah sama ada anda ingin jadi orang yang TAKUT atau TAQWA. Pilihlah antara 2 T ini.
“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.” (Al-Baqarah : 207)
Bila lagi waktunya kita nak korbankan diri kita untuk agamanya? Esok? Lusa? Allah bagi nikmat kita setiap masa, tapi pengorbanan kita, kita tangguh-tangguhkan. Itukah kita nak nilai diri kita sebagai hamba yang berjaya? Jangan sampai Allah tanya kita :-
“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Hadid : 16)
Bila kita nak ingat dia pula? Apa yang kita buat dalam hidup kita selama ini? Terus dengan fantasi kita, takut untuk pikul tanggungjawab yang diberiNYA. Walhal banyak waktu kita dibazirkan begitu sahaja dengan main game, sembang kosong, blog walking yang ntah apa-apa, facebook. “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah”. Jangan sampai dia mempersoalkan ini pada kita. Jangan sampai azab Allah turun dulu baru kita nak berubah. Bila dia dah ingatkan kita sekarang, ingatlah dia semula. Macam tsunami dulu, dah kena baru menyesal. Bagi perempuan-perempuan, takkan bila dah kena rogol baru nak nikah. Masa tu, tak tahulah ada lagi tak orang mahu pada anda atau tidak. Fikirkanlah. Ingat, dunia kita makin teruk. Bila-bila boleh jadi. Lagi-lagi yang selalu kena kacau.
Apa yang saya akan buat sekiranya nikah awal?
Ha, ini ramai yang tanya soalan pada saya, dan semestinya saya akan jawab, saya nak meluaskan institusi dakwah dulu. Macam mana, mungkin saya nampak skop yang lebih luas tentang dakwah apabila nampak skop dari pihak akhawat juga. Dan juga, saya nak bahagiakan keluarga saya dengan bagi mereka syurga cinta. Ajarkan kakak saya yang mana bercinta sebelum nikah itu salah. Begitu juga abang saya. Saya nak dakwah bersama-sama zaujah. Nak dakwah family zaujah. Biar semuanya di lindungi Allah. Daripada mereka tak mengamalkan solat jemaah saya akan buat macam mana saya buat kat family saya. Apapun, saya buat semua ni untuk dakwah dan Allah.
Saya nak bagitahu semua orang bukan dengan berkapel itu kebahagiaan yang mutlak, tapi dengan pernikahan dan jangan ragu-ragu dengan status suami dan isteri. Bila kita niatkan kerana Allah, Allah akan permudahkan urusan kita segalanya. Ingat, janji Allah itu pasti.
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad : 7)
Apapun di sini, saya bukan menyatakan mana-mana pihak, cuma kita perbaiki diri kita pemikiran kita jangan biar ditelan arus zaman. Hidup kita mencari redha, begitu juga saya. Allah suka hambanya yang cuba mencari redha tu. Saya Cuma fikirkan tentang masalah umat kita, sekiranya kita yang paham islam ini tak cuba untuk ubah persepsi manusia, siapa lagi? Takkan sampai dunia dah rosak baru kita nak baiki? Saya sejujurnya sangat mahukan nikah awal selaku contoh pada umat manusia lain yang kian rosak. Bayangkan dalam rangka 1 jam 3 orang anak luar nikah lahir, itu yang di daftarkan, yang buang bayi, yang buang bayi tapi tak jumpa. Tapi apa kita buat, kita ikut arus mereka. Kita patut cuba untuk ubah. Apa caranya? Jadi qudwah/contoh pada mereka kita mampu untuk nikah awal. Sekiranya kita pun macam ni, tepuk dada, tanya iman. Sebaik-baik teladankan adalah melalui peribadi. Ayuh, kita cuba pertahankan hak islam kita. Demi islam sejagat.
Wassalam.

1 comments:
pengisian yg bek n bagus...cuma ana nk tegur cikit tentang penyusunan ayat nie
' Habis tu, macam mana malaikat boleh tau? Ha, ada sebahagian malaikat yang cuba intai-intai luh mahfuz untuk tau apa yang Allah buat. Sebab itu mereka tahu.'
ana rasa statement nie xsesuai...sperti yg kte tau malaikat xpernah menginkari perintah Allah...ape yg Allah suruh buat itulah yang malaikat buat...
Post a Comment