Introduction

.

Impian?

0 comments

~Bismillahirrahmannirrahim~

Assalamualaikum wbt..

Pertama-tamanya ingin saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah serta kurniaanNYA, serta selawat dan salam buat junjungan baginda Muhammad saw.

Sejak dua menjak ni terasa rajin bebenor nak mengupdate blog. Haha. Bukan apa, sebelum puasakan, masa puasa nanti slow la sikit. Yelah, nak banyak menghadap DIA dari laptopkan. Nak mengkhatamkan seberapa banyak yang boleh, Al-Quran ke, buku-buku dan segala yang ada dalam rumah ni lah yang boleh mendekatkan diri padaNYA. Al maklum, best kot ramadhan. Pahala bukan bagi sebijik dua ja. Mau berbijik-bijik sampai tak cukuplah. Jadi mestilah kena manfaatkan betul-betul ramadhan ni. Kalau budak-budak kecik tu, kita bagi dia sebijik gula-gula, mesti dia akan cakap : "Ei, dekut la abang ni". Cuba bagi banyak-banyak, mesti dorang akan cakap, "Ei, abang ni besh la". Ha, sama lah, waktu ramadhan la kita patutnya rasa best macam budak-budak tu rasa tadikan. huhu.

Adoyai khai, post pasal ramadhan bukan harini la. Tak yah ceramah panjang-panjang lagi. Leklu.

Oklah-oklah, back to main point ye.

IMPIAN?

Wah, kenapa ada tanda soal?

Apa kerja tanya soalan camtu?

Haa..macam-macam kan boleh terhasil dari benak fikiran kita? Tapi, apa yang saya fikirkan dari frasa "IMPIAN?". Dahla siap bertanda soal lagi.

Baiklah, saya tanya anda semua. Perlu ke ada impian? Setiap kali bersama kawan-kawan, ada je yang menzahirkan hasrat serta impian masing-masing.

Sahabat 1 : Aku, lepas grad, nak bukak restoran 5 star tapi price 3 star.

Sahabat 2 : Aku lepas grad nak pergi korea. Nak kahwin dengan orang sana.

Ada jugak yang mengimpikan pasangan hidup

"Aku nak yang baik, tudung labuh"

"Saya nak putera turun dari langit"

Nak pasangan yang semuanya ikut citarasa yang kita mahukan.

TAPI, apa hakikatnya?

Adakah seindah seperti yang tergambar?

Sekiranya tidak, mengapa masih wujud impian?


So, Khai, kau nak cakap yang kita tak perlu ada impianla? macam tu?

Eh, taklah, siapa cakap. Bagi saya impian ni sangat-sangat penting. Pernah tak dengar lagu 2 dunia nyanyian too phat dengan siti nurhaliza. Ada 1 frasa tu, yang menunjukkan kenapa kita perlu impian. Meh saya tunjuk.

Realiti sukar diatasi
Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi

Nampakkan, memang realiti tu kita tak dapat predict pun. Sama ada ia terjadi atau tidak. Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi. Maksudnya, kita perlu untuk ada angan-angan sebelum kita capai angan-angan tu secara realiti. Sekiranya terjadi, memang cukup indah. Sebab apa yang kita harapkan kita dapat segalanya. Sedangkan Allah sendiri ada firmankan :-

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok ; dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Hasyr : 18)

Dalam ayat ni pun Allah ada letakkan bahawa kita kena fikirkan tentang masa hadapan kita. Tak bermaksud kita buat apa-apa tanpa pilihan. Kita tetap ada pilihan. Macam dalam usaha kita memilih jalan kebenaran atau kebatilan, Allah ada juga sebut dalam AL-Quran :-

maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, (Asy-Syams : 8)

Semua terletak ditangan kita. Tapi, perlu ada sumber sokongan yakni ilahi. Sebab tu, kalau siapa pernah tengok cerita kung fu panda. Mesti akan teringat quote. "There is no secret ingredient". Memang, dalam apa-apa pun tak pernah ada secret ingredient. Ramuan rahsia diri kita adalah diri kita sendiri. Kekuatan kita, Kelebihan kita, kehebatan kita, segala-galanya wujud jauh terpendam dalam diri kita. Cuma kita je perlu mengorek sedalam-dalamnya supaya kita jumpa. Jumpa diri kita, diri kita yang sebenarnya mendambakan cinta yang teragung. Dengan kekuatan cinta tulah segalanya akan dapat menjana kekuatan yang tiada tolok bandingnya yang wujud dalam diri kita.

Dengan impian serta pilihan diiringi berkat ilahi, pasti mudah untuk kita gapai apa yang kita impikan. InsyaALLAH. Moga impian kita yang terutama adalah mengejar redhaNYA.

Jadi, apa pula impian saya?

Alah, perlu ke cerita?

Sebenarnya, masa sekolah dulu saya teringin nak jadi akauntan. Dulu saya memang selalu skor akaun. Markah paling rendah pernah saya dapat dalam akaun 85. Masa form 5, semuanya 90 ke atas. paling best dapat 99. cikgu tak bagi lagi 1 sebab nanti over confident. Tadi saya belek-beleklah majalah sekolah, sekali jumpa la pencapaian masa sekolah dulu.



Dulu, saya ni tamak sikit, kalau boleh, semua title nak ambil. Terbaik tulah, terbaik nilah. Sampaikan Pn Najiha tegur. Saya sepatutnya terima title terbaik Matematik Moden tu, sebab dapat 100. Tapi, Pn Najiha cakap, "kamu janganlah tamak sangat, bagi anak murid cikgu la". Nasib baik, ada yang sama kongsi 100 dengan saya. Jadi, dialah yang ambil anugerah tu. Kalau tak semua saya nak sapu haha. Tapi tak adalah nak cakap saya terpandai keseluruhan batch, sebab, ramai lagi yang pandai lagi dari saya. Cuma, saya subjek-subjek ni jelah yang tinggi markahnya, lain, hampeh. Haha.

Apapaun Alhamdulillah, saya dapat ke 5 dalam batch saya. Susah tu nak lawan yang lain. Yela, sekolah saya bukan semua budak tak pandai yang masuk. PMR at least 7A baru dapat masuk. UPSR 4A sekurang-kurangnya. Rasanya sekarang dah up kot. Sebab dah nak jadi sekolah SBP. Mungkin akan up sikitlah tarafnya lepas ni.

Jadi, dah elok-elok ambil akaun, kenapa tiba-tiba berubah arah ke ekonomi?

Haha, peristiwa ni bermula masa kat nilai. Masa kat nilai, saya dah start malas-malas belajar sikit. Lagi-lagi akaun, sebab rasa macam. "alah, simple nya". Bila berulang kali belajar benda sama. Saya jadi bosan. Alhamdulillah CFS saya dapat reach 3.7++ even macam mana pun..

Pada masa yang sama waktu saya kat CFS, saya tersedar saya ada 1 kelebihan yang sebenarnya saya baru tahu. Masa kelas ekonomi, saya tak pernah sedarkan diri. Tidur memanjang, lecturer pun tak kesah. Sir Azmi mastu. Sampai dah habis silibus pun tak sedar. Waktu tu, baru saya perasan yang saya bukan mat kira je. Tapi saya mat baca jugak.

Kenapa?

Masa midterm, saya ingat lagi, orang yang fokus gila-gila dalam kelas dapat below 30 markah. Tapi, saya yang tidur, saya baca 1 malam je semua tu. Dapat 31/40 tak silap. Memanglah tak tinggi sangat. Tapi, itulah usaha 1 malam.

Dari situ sangat tersedar, bahawa, saya ada talent untuk menghafal ni semua. Dari situ saya cuba untuk seimbangkan 2-2. Cuma, ada side effect sikitlah dari segi matematik saya yang saya sedar. Saya jadi kurang sikit. Bila kepala cuba imbangkan dua-dua ni.

Lepas pada tu, saya memang dah tekad, saya nak menggunakan sebaiknya pemberian Allah ni. Saya taknak sia-siakan kedua-dua bahagian otak saya. Sebab tu saya pilih ekonomi. Walaupun saya tau kalau diikutkan nisbah, 90% kekuatan saya pada otak matematik dan 70 % pada otak menghafal. Tapi saya tetap akan cuba jadikan 2-2 100%.

Sebab itu, saya mengambil keputusan untuk memilih ekonomi sebagai jalan hidup saya. Sebab ianya seimbang. 2-2 ada. Kalau Micro memang banyak pengiraan. Kalau Macro, memang banyak fakta. Alhamdulillah 2-2 saya dapat imbangkan setakat ni. Apapaun, mohon doa agar perjuangan saya dapat diteruskan dan ditetapkan hati.

So, konklusinya, kau nak jadi apa khai?

Sebenarnya saya nak jadi guru. Dan sekarangpun saya dah jadi cikgu. Cuma cikgu tiusyen jelah. Taklah gempak mana. Jadi, mungkin akan datang nak berubah angin sikitlah untuk jadi lecturer.

Kenapa?

Sebab perkara yang paling saya suka, adalah belajar dan mengajar. Saya suka mengkaji. Saya suka ajarkan setiap apa yang saya dapat. Saya nak semua orang dapat benefit dari saya.Lagipun Allah ada firmankan dalam Al-Quran.

"....jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, karena kamu mengajarkan kitab dan karena kamu memperlajarinya" (Ali-Imaran : 79)

Saya juga nak jadi golongan pengabdi Allah. Supaya ilmu-ilmu saya akan terus menjadi tunjang kepada kebangkitan ummah manusia.

Wallahu'alam.

You'll Never Walk Alone

2 comments


~Bismillahirrahmannirrahim~

Assalamualaikum dan salam 1 dunia,

Pertama-tamanya ingin saya panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi dengan limpah serta kurnianya yang tidak putus-putus memberi peluang untuk hidup serta selawat dan salam buat junjungan baginda saw.

You'll never walk alone?

Kalau budak bola mesti familiar dengan quote nih. Of course la kan. Kat logo Liverpool pun ada. Siapa fan liverpool memang taulah benda nih.


Tapi apa kehalnya saya nak cerita pasal Liverpool kat blog saya ni? Memanglah saya minat Liverpool, lagi-lagi bila Luis Suarez pindah masuk. Lagilah saya suka. Mesti Liverpool akan jadi lagi gempakkan? haha.

Oklah, back to the main idea. Apa yang saya cuba maksudkan dengan quote "You'll Never Walk Alone" ni? Macam biasalah yang saya pernah explain sebelum ni, setiap orang akan ada tafsiran sendiri based on observation dia.

So, apa pulak pendapat saya dengan ayat ni? Baiklah, bagi saya kita memang takkan bersendirian, sebab kita ada DIA. The Al-Mighty. Allah. Walaubagaimana pun keadaan kita. Baik mahupun buruk, pasti Allah akan ada di sisi kita.

Baru-baru ni sewaktu saya tengah down, ada kawan saya bagi 1 mesej. Memang sangat terkesanlah dengan mesej dia. Dan sampai sekarang saya simpan mesej tu.

One day., the villagers decided to pray for rain.,
On the day of prayer everyone gathered & only 1 boy came with an umbrella.,
That's CONFIDENCE.,,

When you throw a 1 year old baby in the air.,
He laughs because he knows you will catch him.,
That's TRUST.,,

Every night we go to bed but we're not sure that we'll wake up tomorrow.,
But we still have many plans for the coming day.,
That's HOPE.,,

So..,
Be a strong Muslim with confidence and trust.,,
Never loose hope in Allah (^^,)


Bila dapat mesej ni, memang rasa macam, oh, kenapa nak downkan. Sedangkan aku ada yang lagi besar. Kenapa nak cakap, "Oh God, I have A Big Problem" rather than say "Oh Problem, I Have A Big GOD"?

That's whay kita jangan sesekali putus harapan terhadap Allah. Wahh, teringat la pulak lagu maher zain.

Don't Despair And Never Loose Hope
Cause Allah Is Always By Your Side

Haaa..Maher Zain pun ada mention tentang ni tau. Saya tanya kamu, kenapa nak putus harapan? Pernah tak Dia tak bagi kamu apa-apa? Pernah tak dia sekat nikmat yang kamu dapat sekarang? Cuba sekali kamu tinggal hospital. Memang boleh termuhasabahlah. Lagi-lagi bila tengok yang bernafas guna bekalan tangki oksigen. Agak-agaklah, berapa ye kos perubatan tu? Tak yah ambil yang total la. Kita kira tangki oksigen je. Mau beribu kan. Nak pegi scuba diving, pakai tangki oksigen jugak. Agak-agak 5 ringgit lepas? Of couse lah tak lepaskan. Paling-paling duit makan 3 bulan baru dapat beli. Haha. Wah, kalaulah Allah minta bayaran setiap oksigen dia bagi sekarang, mau berapa juta kita hutang. Memang takkan ada millionare la kat dunia ni nampaknya. Million debt mesti ramai. huhu.

Jadi, kenapa nak putus harapan sebab Dia tak pernah nak menghampakan kita. Teringat saya tentang seorang sahabiah bernama Khaulah Binti Tsa'labah. Pernah dengar tak? Khaulah Binti Azwar mungkin lah pernah dengar. Tapi sahabiah ni, entah siapa kita pun tak tahu. Lady Gaga saya taulah. Song Ji Hyo ke. Wah, banyak jugak ye saya tau. huu.

Ha, apa ceritanya Khaulah binti Tsa'labah ni? Khaulah ni, adalah sorang sahabiah yang memang tak popular sangatlah. Orangnya biasa-biasa je. Hebat tu hebat jugaklah, yela kalau dah bergelar sahabiah pasti ada juga yang hebatnya cuma tak se gah Khadijah, Aisyah, Zinnirah dan lain-lain. Ada satu ketika ni, suami Khaulah ni dia cakap Khaulah ni macam punggung ibu dia. Lepas tu, tak lama, dia tenangkan jiwa, dia ajak Khaulah untuk melakukan hubungan suami isteri. Khaulah tak puas hati, dia tanya baginda hukumnya. Sebelum jumpa baginda, Khaulah angkat tangan dan doa kepada Allah.

“Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu tentang peristiwa yang menimpa diriku”

Setibanya bertemu baginda, baginda membacakan ayat di bawah :-

“Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan [halnya] kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat,…sampai firman Allah: “dan bagi oranr-orang kafir ada siksaan yang pedih.” (Al-Mujadilah : 1-4)

Baginda menyatakan bahawa Allah sudah dengar rintihan hambaNYA itu, dan dari situ bermulanya hukum zhihar. Jadi, kamu mengerti kisahnya. Bukankah kita tidak berseorangan. Sedangkan Khaulah ni bukanlah yang siapa-siapa. Dan bayangkan, dalam Al-Quran jarang jumpa cerita yang biasa-biasa yang mana rintihan hamba yang kita tak kenal. Jadi, di sini, ingin saya katakan. Allah senantiasa mendengar rintihan dan melihat gerak geri kita. Jadi, jangan putus asa dalam berubah. Jangan putus asa dalam kehidupan. Jangan putus doa dengan DIA.

Wallahu'alam..

Perceive Of An Essence

2 comments

~Bismillahirrahmannirrahim~

Assalamualaikum..

Pertama-tamanya ingin diungkapkan kecintaan yang tidak terhingga ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya yang tak terhitung nikmat yang diberikan serta selawat dan salam buat junjungan baginda khatimul anbiya'.

Dah lama sangat tak update blog. Kalaulah blog ni macam buku. Mesti dah berhabuk. Paling worst pon akan digigit anai-anai. huhu. Nasib baiklah ianya 1 media elektronik yang kita boleh remain the existence sampai bila-bila. Bagi yang berdakwah, warkahnya akan tetap terpampang dan akan dibaca dari generasi ke generasi yang seterusnya. Subhanallah, mudahkan ruangan pahala yang Allah dah bagi kita?

Baiklah apa ceritanya yang nak dikaitkan dengan tajuk "Perceive Of An Essence"?

Last semester saya ambil 1 subjek UNGS 2040 yang membawa kita mengenal knowledge and civilization. Dan saya masih lagi terngiang-ngiang akan maksud knowledge antaranya :-

"knowledge is to perceive an essence of something"

Atau kita boleh tafsirkan sebagai. Pengetahuan itu adalah sesuatu yang kita terima akan kewujudannya.

Jadi, apa benda yang nak dihebahkannya. InsyaAllah dan pasti adalah pengalaman hidup. Masakan tidak, blog ini adalah semata-mata hadir untuk menelerusi diari pemiliknya. Sama ada baik atau buruk. Harus diterima dengan tabah.

Wajar atau tidak wajar apabila saya kata, every person have their own opinion based on their observation?

Pasti wajarkan. Begitu juga saya. Kadang-kadang kita dengar ceramah, ada yang terima sebagai satu semangat jihad, ada yang ambil sambil lewa. Bahkan ada yang cuba untuk menyampaikan pada pihak yang lain.

Begitu juga artikel terkisah mengenai pernikahan, ada yang baca untuk nantikan impiannya. Ada yang baca untuk pengajaran cinta. Ada yang baca untuk dekatkan diri pada cinta abadi. Jadi, memang banyak kefahaman yang hadir dalam satu situasi.

Begitu juga saya. Banyak liku yang dilalui saban hari. Bermula dengan putusnya ikatan yang terjalin setelah hampir setahun kerana beberapa fasal yang perlu diperhatikan agar tidak dilakukan sesuatu tindakan secara terburu-buru. Bila perkhabaran ini terjadi, banyak suara-suara yang hadir untuk menaikkan semangat yang hilang.

Sahabat 1 : Khai, rilex la, bunga bukan sekuntum.

Sahabat 2 : Ala, kalau kahwin boleh rujuk, inikan tunang je.

Sahabat 3 : tulah ko, gelakkan aku kena reject, kan kau dah kena.

And the most I remembered :-

sahabat 4 : You lost a thing but you have everything.

khai : apa dia?

Sahabat 4 : you have HIM!!


Bila dengar je words to, mau tergeta'(kedah style) hati ni. Yes, i have HIM. He never let me go. He always be with me when i need HIM.


Pada awalnya memang rasa berat nak terima kebenaran. Tapi makin lama, makin terasa bertapa jauhnya diri dari ilahi. Hari berganti hari. Lagi-lagi waktu cuti, memang hati senang bolak balik. Dengan amalannya dah berkurang. Sebab tu dalam hadith ada tulis.

"Iman Itu Ada Turun Naiknya"

Sehinggalah hari ini, rasa banyak perubahan yang perlu dilakukan. Baru tersedar. Sebenarnya saya perlu banyak belajar. Belajar menerima. Belajar memahami. Belajar mengetahui. Dan paling penting, Belajar Mencintai ILAHI.

Pelbagai cara digunakan untuk sedapkan hati ni. Bermula dengan terimanya laptop baru. Kemudian handphone. Datang pula, kamera DSLR. Handphone untuk no lagi satu. Bercuti ke Bali lagi. Wah, kalau diikutkan. Mesti orang akan cakap, "Heaven Giler".

Tapi bagi saya, all of this are not worth anything for me. Walaupun macam-macam saya dapat, saya tak rasa saya dapat apa-apa. Sebab saya bukan materialistik. Yang jenis fikirkan "ah, nak beli tu, nak beli ni". Oh, saya bukan macam tu. Dan cukup untuk saya berlakon jadi orang lain. Walhal jauh dilubuk hati tak seperti yang tergambar. Saya taknak pun semua tu. Macam biasa yang saya selalu fikirkan. Apa sebab saya perlukan semua tu? Keperluan atau kehendak? Pastinya kehendak akan mudah untuk saya pertikaikan.

And the most valuable thing for me is my GOD. ALLAH. Lama tak nangis sebab DIA, sekarang rasa balik. Banyak sangat dosa dah buat. Kadang-kadang sedar apa yang saya buat tu salah. Tapi saya jarang tanya pada diri saya.

SAMPAI BILA BARU NAK BERUBAH?
SAMPAI BILA?
SAMPAI BILA?
SAMPAI BILA?

Takkan dah nazak baru nak berubah? Agak-agak sempat ke nak berubah tu? Berubah macam yang DIA nak? Bila-bila je nyawa boleh melayang. Tapi sedar tak kita, kita boleh hilang nyawa tu bila-bila je?

To all my fren, saya sangat-sangat mohon maaf atas salah dan silap sekiranya ada yang tersilap kata terguris hati dalam kita berkawan.

To Ex-Fiancee, thanks for realizing me about the ultimate love that we need to achieve through your blog.

To my new fren, a promise still a promise. i'll help you change yourself to a better person till the end of my life. Dan minta maaf kalau saya tak sempat.


Selepas banyak perkara yang dilalui, saya nak konklusikan yang tiap apa yang ada kat sekeliling kita adalah perkara yang perlu kita belajar akan kewujudannya. Sama ada, kita pandang dari aspek kebaikan mahupun keburukan seperti yang difirmankanNYA : -


"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali-Imran:191)

Apapun yang terjadi saya akan cuba terima dengan ikhlas. sebab ini ketentuanNYA. Saya bukan siapa-siapa untuk mempersoalkan. Apakah hak saya? melawan reti, menerimanya tidak. Selalu melawan hak tuhan. Apa yang disuruh, itu yang ditinggalkan. Apa yang ditegah, itu yang dibuat.

"Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah Ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah : 257)

Cuba tadabbur ayat atas ni. Allah mengeluarkan yang beriman kepada cahaya. Cuba saya tanyakan pada anda. Bayangkan, kalau kita masuk penjara, yang teruk sangat-sangat keadaannya walaupun kita tak buat kesalahan apa-apa. Mungkin juga akan dihukum dengan hukuman yang keras sangat. Harapan nak bela kita tuh, memang sangat tipis. Tapi, datang seorang peguam yang sangat-sangat hebat, bela kita. Dan dia menang. Dia tak minta wang untuk khidmat dia. Apa kita akan buat? Kita lagi buat jahat dengan dia atau, kita akan terus memberi kebaikan pada dia?

Of course la kita kalau boleh, nak buat je baik sampai bila-bila pada diakan. Jadi, macam tu Allah swt. Yang dah keluarkan kita daripada kegelapan kepada cahaya, tapi kenapa kita masih tak nak cuba untuk hargai pengorbanan DIA. Masih terus untuk hidup dalam keinginan kita. Bukan keinginan DIA. Marilah kita sama-sama muhasabah. Semoga, kita menjadi manusia yang baik setiap segi dan menjadi lebih baik dan lebih baik lagi. Bukan hanya pada pelajaran, hubungan dengan kawan-kawan tapi dengan yang terpaling utama. Dengan yang maha Pencipta yakni Allah swt.

Wallahu'alam..