Introduction

.

Sebuah Tangisan


Masa : 11.15 mlm
Tempat : Bilik Adnin
Status : Tenang

~ Bismillahirrahmannirrahim ~

Pertama-tamanya syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat iman dan kasih sayangnya yang sangat-sangat luas serta selawat serta salam buat junjungan baginda Muhammad Khatimul Anbia'.

Hari ni saya berasa sungguh ceria + sangat cinta pada Allah swt. Kenapa? Sebab peristiwa ni berlaku dalam kerangka yang cukup singkat. Dalam pada iman melemah, datang ramadhan pengubat rindu pada pencipta CINTA. Tatkala tandus, ada je anasir-anasir yang masih melaksanakan tugasnya menegakkan kebenaran walaupun wujud sentimen-sentimen yang cuba menggoyahkan iman.

Saya dikejutkan dengan beberapa perkara yang sangat besar. Yang sangat terutama iman yang kian melemah dalam pada diri saya yang makin terasa tidak bermakna untuk menapak di bumi Allah swt. Namun begitu, Allah masih memberi peluang kepada saya untuk mencari jalan keluar walaupun bagi saya ianya makin samar.

Tadi, bertapa seronoknya dan tenangnya saya, dalam jiwa penuh konflik, mata ini mengalirkan air mata tatkala mendengar ayat Allah. Tidak disangka, dalam pada solat solat tarawih yang ditunaikan , aliran air mata deras menjengah pipi ini. Tak tahu macam mana ianya hadir. Ketika mana saya terdengar ayat Allah dalam surah Al-Fatihah sahaja.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dmurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (Al-Fatihah : 6-7)

Saat imam membacakan sewaktu rakaat tarawih yang ke 13, saya tersentak. Dan pemikiran berlegar kearah mencari cintanya. Usai mengaminkan dan imam membaca surah baru, saya pula membacanya. Tatkala itu air mata bercucuran memikirkan bertapa besarnya rahmat Allah. Apa yang saya fikir waktu itu hanyalah Allah. Tak ada yang lain.

Terlintas dalam fikiran ini, "Kenapa Allah masih bagi peluang kat aku sedangkan aku dah banyak sangat buat dosa?". Legaran minda wujud bagi mengharmonikan hati mencari cintanya. Saat itu, hatiku berbeisik "Ya ALLAH, aku tak nak apa-apa selain petunjukmu". Air mata melaju bercucuran membuatkan aku lebih rasa dekat dengan DIA. Tidak sangka setelah sekian lama hati ini terasa gelap, bersinar kembali hidayahNYA.

Saat itu, yang difikirkan, "Kenapa Allah pilih aku?Kenapa aku tak nak pilih Allah". Air mata makin banyak terhasil kerana ingin menjadi saksi tangisan ini pada Allah kelak. Esakan saya cuba untuk dikawal, menghiraukan menggangu jemaah disebelah. Tangisan saya tidak lama, sampai ke rakaat ke 16 tangisan saya berhenti namun hatiku masih terasa dalam hati ini cintanya yang teragung.

Ada sebab lain juga cuba untuk kawal tangisan ini, antaranya, sewaktu solat tadi, saya solat sebelah orang arab. Dia pandang pelik juga pada saya sewaktu lepas salam rakaat 14. Tengok pipi saya basah, mata merah. Mungkin dia pelik sebabkan ayat yang imam baca tentang nikah, talak dan sebagainya, tapi saya nangis.

Apapun, saya harap orang disekitar paham dengan keadaan saya sekarang. Ramadhan ini, saya nak beruzlah dengan Allah swt sahaja. Tak ada yang lain. "AKU HANYA NAK BERSAMA DIA(ALLAH)!!!". Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku yang lampau. Aku hambamu yang lemah. "Aku Hanya Mahukan KAU".Malam ni, saya nak bersama DIA lagi. "AKU NAK NANGIS LAGI YA ALLAH"

- Adapun orang-orang beriman itu sangat besar cintanya pada Allah (2:165) -

1 comments:

- pecinta dakwah - said...

Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi wa Salam bersabda, 'Tidak ada sesuatu yang lebih dicintai Allah karena takut kepada Allah selain dua tetesan dan dua bekas. Yakni tetesan air mata takut kepada Allah dan tetesan darah yang mengalir di jalan Allah. Ada dua bekas yakni bekas dari jihad di jalan Allah dan menunaikan salah satu yang Allah tetapkan.' (HR. Tirmidzi).