~ Bismillahirrahmannirrahim ~
Pertama-tamanya, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t tuhan sekalian alam serta selawat dan salam buat junjungan baginda Muhammad bin Abdullah.
Hurm, mesti pelik, apa halnya mamat sorang ni, elok-elok, mula-mula post pasal dakwah, pastu, pasal tunang lah, tanggung jawablah, tiba-tiba impak maksima lak. Dah futur ke?Huhu. Hish, taklah, apa yang anda akan fikir sekiranya frasa "impak maksima" ni disebut?
Mesti tak lain tak bukan keretakan. Yelah, sinonim dengan cerita impak maksima. Teringat saya dengan anak sedara, bila cerita pasal impak maksima, semangat, sampai kereta mainannya di modify. Huh, macam-macamlah budak sekarang. Kalau siapa yang tengok cerita impak maksima, mesti tau cerita pasal kereta apa. Bukan cerita pasal kereta mini cooper, bukan cerita pasal kereta Mr Bean mahupun orang yang selalu Mr Bean buat dajal ( kereta beroda tiga).
Tapi ceritanya mengisahkan tentang kumpulan-kumpulan kereta sport. Jadi, apa sebenarnya saya nak cerita dalam blog ni sebenarnya? takkan cerita pasal kereta pulak kot. Nak dakwah melalui racing lak ke?huhu.
Bukan itu yang terpacul di minda ini, tetapi, apa yang tergambar dalam arus pemikiran ini, adalah perihal dakwah. Dakwah yang laju. Perlunya dakwah selaju kereta-kereta yang digambarkan dalam cerita impak maksima. Bahkan lebih laju lagi. Kenapa kena laju dakwah ni? Sebab kita nak kejar ummat.
Maksiat dah semakin laju macam Ferrari Enzo, takkan kita nak kejar dengan kereta Savvy Merah saya tu je. Itu pun dah semput kereta tu. Jadi, sekarang ni, apa kita kena buat adalah terus laju dalam dakwah. Banyak perubahan harus dilakukan. Bukan untuk orang lain, tapi untuk dakwah.
Baru-baru ini, saya di ikatkan Allah dengan seorang yang bakal membantu diri ini dalam kehidupan. Jadi, apa makenisma yang saya kena buat? Cuba anda fikirkan kenapa, perkahwinan itu menyempurnakan agama? Cuba fikir.
Sempurnanya agama dalam urusan perkahwinan bukan sebab terikatnya si gadis dan si jejaka dalam satu ikatan yang sah semata-mata. Namun, external factor lah yang menjadi tunjak utama kenapa ianya menjadi sempurna. Apa external factor kalau bukan salah satunya adalah dakwah.
9:71. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Jadi, dalam kerangka diri ini sebagai hamba yang hina cuba untuk melangkah ke alam yang lebih besar. Persiapan iman dan dakwah perlu kukuh. Supaya, bila sampai masanya, dakwah boleh terus melaju dengan aturan yang cantik. Bukan waktu itu baru terkial untuk mencari rentak. Pada waktu itu, dah terlewat bagi kita. Sebab ummat bukan perlukan kita NANTI. Tapi mereka perlukan kita SEKARANG!!!
Jadi, apa yang perlu kita fikirkan adalah perihal dakwah dan ummat kita yang kian merudum dari segi sikap dan akhlak islami yang kian terhakis. Dengan itu perlunya hadir orang-orang yang macam kita yang paham, untuk kejar mereka supaya mereka tidak pergi ke jalan yang salah. Kejarlah mereka, siapa lagi kalau bukan kita yang patut kejar. Fikirkan masa depan anda. Cuba bayangkan, zaman kita ni dah banyak kerosakan. Macam mana zaman anak-anak kita? Kalau kita tak mula untuk komitmen dari sekarang, kita terus terhegeh-hegeh. Kejar umat dengan kereta sorong, apa akan jadi pada generasi kita kelak? fikir-fikirkan.
Buangkan keduniaan kita yang mana tak perlu. Saya suka untuk bagi 1 analogi tentang dunia. Manusia ni ibarat kapal yang berlayar, air laut ibarat dunia hala tujunya ke pulau(akhirat). Bila air laut naik atas kapal , lama-lama, kapal akan tenggelam. Macam tu jugak manusia ni, bila dunia tu masuk dalam hati manusia. Masuk banyak sangat dalam hidup manusia, lama-lama tenggelam dengan arus dunia. Jadi fikirkan yang terbaik untuk diri anda. Untuk dakwah anda. Cuba kurangkan keduniaan yang kadang-kadang tak berapa penting pun untuk kita.
Kalau kita nak bawa pedoman buat manusia, kita perlu banyak berkorban, masa, jiwa, macam-macam lagi. Sebab tu Allah pilih orang-orang yang dia nak. Pernah tak anda persoal, kenapa Allah ceritakan dalam Al-Quran, golongan yang sedikit. Contoh dalam surah Al-Baqarah ayat 249.
2:249. Maka tatkala Thalut keluar membawa tentaranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."
Sampai ada sahabat berdoa, "Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit?"
Kenapa sahabat tu nak masuk golongan yang sedikit, apa kehalnya? Sebab itulah golongan-golongan Allah seperti mana dalam firmannya surah Al-Mujaadilah ayat ke 22.
58:22. Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan[1462] yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.
Ayat ni sebenarnya di turunkan kepada seorang sahabat. Yang mana sewaktu perang ketika itu, dia terpaksa berlawan dengan ayahnya sendiri. Itu satu pengorbanan yang besar dalam islam. Tapi kita, halaqah pun susah nak datang. Alasan examlah assignment lah padahal boleh je siapkan semua kerja tu awal-awal. Bila masa ber"facebook" dan "walk-blogging" banyak masa pulak.
Teringat kisah Abdullah bin Jahsy, ketika mana diberi arahan untuk menyampaikan satu utusan, Rasulullah bagi 1 sampul, lepas tu di suruh berjalan selama beberapa hari mengikut arah yang baginda beri. Dah cukup harinya baru buka sampul tu. Buka je sampul tu, baca-baca diarahkan lagi berjalan untuk beberapa hari. Fuh, kalau kita dapat arahan tu, belum tentu kita dapat patuhkan?
Tapi, apa implikasinya pada Abdullah bin Jahsy, sewaktu perang uhud, dia berdoa bersama saad bin abi waqas. "wahai saad mari berdoa". saad berdoa "Ya Allah temukan aku dengan seorang tentera yang hebat yang aku dapat mengalahkannya dengan tenagaku". kemudia Abdullah Bin Jahsy berdoa, "Ya Allah temukan aku dengan tentera yang hebat hinggakan aku syahid sampaikan telingaku terputus hidungku rompong bertarung dengannya". Saad berkata, "Doamu lebih baik dariku". Sewaktu perang berlangsung, ketika mana Saad Bin Abi Waqas bertarung, Saad temui telinga tergantung di pohon dan hidung yang tertanggal dan dia pasti itu serpihan jasad Abdullah Bin Jahsy.
Nampak, apakah implikasi sesorang dalam melaksanakn seruan Allah. Itulah golongan terpilih. Mampukan kita untuk jadi sebegitu. Tepuk dada tanya iman. Andai ada lagi tersisa dunia dalam hidup kita, buanglah sejauh-jauhnya. Bukan untuk siapa-siapa tapi untuk Allah ingatlah Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 111.
9:111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
Ingatlah yang mana kitanya hanya pinjamanNYA. We need to pay back. Setakat hidup ini, apa yang sudah anda sumbangkan? Fikirkan sejenak.
Apapun segala nasihat dan teguran adalah untuk diri ini sendiri untuk terus bermuhasabah demi mencari sinar islam yang sejati. Moga-moga kita terus laju dalam dakwah. Terus mengejar hati-hati ummat. Moga kita istiqamah dan terus berada di jalan yang benar.
wallahu'alam.

0 comments:
Post a Comment