Introduction

.

Kerana Aku Seorang Da'ie


Masa : 8.00 mlm
Tempat : Rumahku Syurgaku
Status : Muhasabah

~ Bismillahirrahmannirrahim ~

Mari kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t tuhan sekalian alam serta selawat dan salam buat junjungan baginda khatimul anbiya'.

Salam 1 malaysia.

Tadi saya dapat 1 panggilan telefon dari seseorang yang saya harapkan nasihat. Tidak lain adalah murobbi. Ketika sedang memandu, dia call (alamak, langgar peraturan jalan..huhu). Dia cuba untuk memujuk kembali hati ini yang kian terpalik dari angkatan dakwah. Setulusnya diri ini malu untuk kembali menapak kerana terasa diri ini sangat hina disisiNYA. Banyak aturanNYA dicerai-ceraikan. Tapi bukan bermaksud untuk lari dari masalah, cuma diri ini tak tahu macam mana untuk susun semula.

Apapun, banyak nasihat yang diberikan membuatkan hati ini tersentuh, rupa-rupanya banyak lagi aset-aset kehidupan yang perlu untuk dipahami kegunaannya. Perihal khitbah, perihal dakwah, banyak lagi yang perlu dikarang supaya kamus kehidupan lebih menjadi menarik dalam catatan para malaikat untuk bacaan para-para nabi dan umat sejagat diakhirat kelak.

Perbincangan yang agak lama, mungkin sebab kami dah lama tak jumpa sejak dia eksiden, memang sangat lama tak jumpa. Sampaikan dia dah keluar wad pun saya tak tahu. Apapun, bukan perihal eksiden itu yang kami bincangkan tapi ke arah dakwah dan kehidupan agar warna lebih cantik dalam lakaran ilahi.


Murobbi : Salam akh, apa khabar, tak sempat ana nak ucap selamat hari raya kat anta.

Saya : Wsalam, ana pun sama, huhu.

Murobbi : Akh, ana plan khamis ni nak buat liqo'. Anta dan ikhwah-ikhwah available tak?

Saya : Ana ok je, nanti ana tanya yang lain.

Murobbi : Ok, banyak benda nak kena bincang akh, ramadhan pun dakwah UIA macam slow, tak berapa gencar, banyak kita kena repair. Ana pun dah lama tak jumpa anta, mungkin kita patut sama-sama ubahlah.

Saya : Betul akh, ana rasa ana yang banyak kena berubah, banyak dah yang ana cacatkan, tapi ana memang nak sangat berubah tapi yang paling ana nak, ana nak konsisten dengan setiap perubahan ana.

Murobbi : Anta kalau nak berubah, anta kena letakkan Allah paling tinggi, pastikan anta buang segala duniawi ni atas sebab Allah. Apapun Allah, sebelum ana lepaskan diri ana untuk dakwah, ana dah set up dalam diri ana, ana nak Allah je. Allah dah bagi kita tarbiyah banyak bentuk, ada primary ada secondary, primarynya macam ramadhan, solat dan sebagainya. Dan primary ni adalah berkaitan dengan anta dengan Allah je. Secondary ni macam halaqah. Anta jangan mengharapkan yang secondary ni, sebab antum nak berubah, anta sendiri kena berusaha untuk berubah. tak kiralah dari segi dakwah atau apapun.

Saya : Akh, halaqah UIA Nilai macam mana?

Murobbi : itu zaim dah uruskan, halaqah anta 5 orang, zaim 5 orang. Kalau anta tak boleh nak go through lagi, kita boleh bincang lagi dengan baik.

Saya : Betul akh, ana pun ada yang nak di bincangkan.

Murobbi : 1 lagi, tentang dakwah ni, anta kena fikirkan juga tentang masa depan antum. Haq antum akan datang sebagai suami. Bakal zaujah anta tu nanti kita boleh bincang.

Saya : Akh, ana rasa dia memang nak ikut PAS. Dan ana rasa ok je untuk dia ikut.

Murobbi : Ikutlah, apa pilihannya, tapi anta banyak benda kena fikir untuk bagi dia paham stand anta as da'ie. Yang penting, anta dan dia redha dengan dakwah dan segalanya yang dilakukan.

Saya : Ana redha je if dia nak ikut PAS ke apa ke. Ana tak nak paksa dia ikut jemaah kita sebab ana tak nak dia berubah haluan kerana ana. Biarlah dia berdakwah dengan ikhlas dengan apa yang dia nak. Cumanya ana jelah kena bagi dia paham stand ana.

Murobbi : Anta kena bagi dia paham, nanti, anta kena fikir akan datang kalau dia nak keluar dakwah, anta ada hak untuk ambil tahu segalanya. Dia kemana, dakwah kat mana. Semuanya anta kena tahu. Bila sampai masa nanti, arahan anta akan jadi lagi tinggi dari arahan ibunya serta jemaahnya. If anta tak bagi dia keluar program, anta adalah priority untuk patuhi. Benda ni anta perlu untuk dia pahamkan. Ana harap anta dapat fikir banyak benda sebab anta dah ke arah itu. Dan anta pun dah masuk medan pertunangan.

Saya : Insya Allah akh

Murobbi : Akh, ana ada nak isi boranglah, khamis ni kita jumpa bincang lagilah ye. Kita rancang elok-elok dakwah kita.

Saya : ok akh, nanti kita jumpa . salam

Murobbi : Wsalam.


Dalam kerangka perbualan, terfikir juga dalam benak hati ini perihal si dia untuk memahami diri ini akan datang tentang tugas dakwah yang ku pikul. Kami berlainan jemaah tapi mungkin keluarga dah memberikan yang terbaik, kami sangat menerimanya. Jauh di dalam igauan, tergambar situasi akan datang yang akan berlaku. Di kala diri ini dah di miliki, bagaimana untuk diri ini memahamkan isteri tentang tugas dakwah. Yelah, kami kadang-kadang, halaqah, tengah-tengah malam baru balik. Boleh ke sang isteri ini merelakan segalanya. Sanggup kah dia menjadi seperti Lathifah As Suri yakni zaujah Hassan Al-Banna yang sentiasa menjadi sayap kiri seseorang yang membawa pedoman untuk umat. Yang ingin mewujudkan paradigma yang besar untuk Islam.

Apapun, mohon doa dari semua pembaca serta diri ini sendiri juga perlu terus berdoa agar menjadikan ini salah satu tarbiyah yang Allah bagi untuk terus mencari redha dan bersabar dengan ujian yang bakal diberikan.

Wallahu'alam

~ Jalan Hidupku Adalah Jalan dakwah ~

1 comments:

musafir said...

mawar kecil :
http://ismashahalam.net/v1/mawar-kecil/
http://ismashahalam.net/v1/mawar-kecil-2/
http://ismashahalam.net/v1/mawar-kecil-3/

mungkin situasi berbeza. sekadar berkongsi.