Introduction

.

Ruhul Jadid


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Rumahku Syurgaku
Status : Bersemangat

~ Bismillahirrahmanirrahim ~

Pertama-tamanya kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t. serta selawat dan salam buat junjungan baginda Rasulullah s.a.w..

Ruhul Jadid? Apakah itu ruhul jadid? ajaran sesat kah? Jemaah baru kah? Wah, banyak spekulasi yang bakal berlegar di benak fikiran setiap pembaca. Baik, mudah untuk dijelaskan yang mana ruhul jadid bermaksud, ruh baru.

Oh, roh baru, awatnya roh baru? ada tukar roh ka? Macam serangga salin kulit la pulak. Huh. Suspen betullah. Hish, taklah, ruh baru ni bermaksud semangat yang baru. Bukannya khai yang lama bertukar kepada khai yang baru. Bukan khai yang banyak cakap & suka buat lawak berubah daripada yang gila-gila jadi sopan & pendiam. Mungkin akan jadi sopan & pendiam jugak kot. Ntahlah, lihat jelah apa yang berubah. Tapi yang sebenarnya ruh baru ini adalah membawa maksud semangat yang baru.

Macam mana semangat baru tu khai?
Hurm, macam mana ye? Ha, camni lah, semangat baru ni jugak boleh di tafsirkan sebagai azam baru tapi lebih hebat dan lebih kuat.

Apa yang Encik Khai nak buat?
Apa yang saya nak buat ye? Hurm, saya dah cuba merangka beberapa gerak kerja yang baru untuk flow dakwah yang lebih tersusun. Dalam kadar tertentu saya cuba untuk menstabilkan dakwah dalam UIA dan UIA external. Target batch kali ni, UIA nilai saya target 10 orang core yang bakal menggerakkan dakwah didalam. Begitu juga PJ, sama juga 10 orang. Untuk Gombak 5 orang. Moga-moga berhasil.

Selain dari tu, sem ni, saya cuba untuk naikkan balik pointer yang menjunam jatuh teruk sangat-sangat. Sebab sebelum-sebelum ni sangat jarang dapat bawah 3.5 tiba-tiba dapat 3.2. Fuh, ni kes main-main lah ni. Memang kena buat betul-betullah. Target nak naikkan at least naiklah CGPA jadi 3.3. Kalau dapat lebih alhamdulillah. Mungkin sebab terlalu yakin, yelah kawan selalu cakap, khai pandai, benda tu bukan saya ambil jadi motivasi tapi, jadi racun sebab yakin pandai saya jadi malas belajar.

Seterusnya bisnes, Saya target nak jual button bedge, Al-Quran, Ma'thurat, hadith, baju & buku untuk sem ni. Sebab apa sibuk-sibuk nak bisnes ni khai? Nak nikah ke? Fuh, no nikah-nikah dah buat masa ni, nak fokus dakwah dan study je. Plan bisnes ni sebab nak beli aset dakwah, macam, nak beli projector ke. Bayar sewa tempat kalau buat program ke. Banyak lagilah, nak cerita satu-satu payah.

Habistu, sebelum ni beriya-iya nak nikah, tiba-tiba tak jadi pulak? Hurm, ni yang paling susah nak jawab, sebabnya semalam pun, bakal kakak ipar datang bawak family. Lepas tu mak saya cakap kat saya,

Mak : yang bakal pengantin dari johor familynya dah datang jumpa mak dah, yang kedah dah datang jugak kat bawah tu, yang kau tu bila lagi?
Saya : Jauh mak orangnya, macam mana nak datang.
Mak : Jauh mana? Sabah? Sarawak?
Saya : Tak mak, jauh lagi.
Mak : Pakistan? India? Hish, kau ni, mak taknaklah.Yang macam mastu tu dah oklah.
Saya : Yang kali ni mesti mak suka, dia tengah tunggu orang kat depan pintu syurga. Bidadari agung.
Mak : Yelah.

Hurm, yang sebenarnya bila khai? Secara jujunya saya pun tak tahu. Tapi, dalam range umur 23-26 dan mungkin yang paling tepat umur 25. Kenapa? Why khai, why? Ramai tengah beratur amik nombor tu. haha. Taklah, sebabnya mastu dengar ceramah, pasal nikah, bestlah juga, dia cakap reason kenapa baginda nikah umur 25. Ada banyak aspeklah, dan kenapa umur 25 ni sebenarnya puncak terbaik untuk mendirikan rumah tangga. Best ceramah dia, buatkan kita berfikir secara matang.

Target nikah lak orang yang macam mana?
Huh, pelik-peliklah orang yang bagi soalan ni, ni dah lari tajuk dah ni. Tak apalah, orang tanya kenalah jawab walaupun soalannya remeh. Kalau tak kecik hati orang tu. Jangan jadi orang yang jual ikan dalam erti kata lain, orang SELFISH. Jadi, layan jelah persoalan-persoalan yang diberikan ni.

Hurm, target orang macam mana ye? Ntah lah, malas nak fikir sebenarnya, sebab nak tunggu bidadari syurga je. Tapi kalau ikut personality plus punya buku, pasangan terbaik untuk popular sanguine adalah peaceful phlegmatic. Sebab apa ye? mungkin sebab kelemahan peaceful ni ada pada kekuatan sanguine dan kelemahan sanguine ada pada kekuatan peaceful. Contoh, peaceful orang yang kurang keyakinan sikit, tapi sanguine orang yang sangat punyai keyakinan. Lagi, peaceful ni orang yang suka jual ikan (SELFISH) tapi sanguine tak, sentiasa nak bagi kebajikan kat semua orang. Peaceful mungkin sentiasa dalam keadaan sunyi dan mendiamkan diri, jadi nak menceriakannya mungkin sanguine.

Jadi, terpulang pada Allah nak bagi saya macam mana, kalau dapat yang lain pun saya tak kisah. Kalau dapat yang perfect saya lagilah suka sebab, macam murobbi saya, orangnya tersusun dari setiap segi. Ya Allah permudahkanlah setiap urusanku.

Lagi, ada lag tak taget lain?
Hurm, ada sebenarnya, nak kuruskan balik badan lepas naik 10 kg. Wah, setahun setengah je saya mampukan naikkan berat badan sampai 10 kg. Hebat. Tapi turunkan tak semudah tu, tak apa saya cuba. Tapi kenapa naikan berat badan dulu? Hurm, adalah sebabnya antaranya sebab nak kurangkan orang yang beratur amik no untuk nikah tadi. hihi.

Apapun doakan kejayaan saya dunia dan akhirat. Ramai yang nak berubah dah sekarang ni, nampak masyarakat makin sedar, cuma kita je tak sedar diri, semalam view beberapa blog, ada blog kawan dia cerita tentang perubahan, tapi sekejap je dia post, lepas tu dia delete balik. Tak tau kenapa. Apapun mari beralih ke semangat yang baru, jiwa yang baru. Dakwah yang baru. Moga-moga Allah redha.

~Tidak Sekali-kali Aku Melangkah Ke Depan, Akan Aku Berundur Semula~

~ REBORN TO BE THE GREATEST ~

0 comments: