Introduction

.

Jom Berubah


Masa : 7.00 pg
Tempat : Rumah
Status : Membina Kekuatan

~ Bismillahirrahmannirrahim ~

Syukur kehadrat Allah s.w.t tuhan sekalian alam serta selawat dan salam buat junjungan baginda muhammad s.a.w.

ARGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! rasa macam nak jerit je sekarang ni, nak bagi satu dunia dengar. Tolong ya Allah, maafkan aku, aku hamba mu yang lemah.

kenapa? kenapa? kenapa? tiba-tiba je jadi macam ni? hurm, nak explain tu susah, tapi biarlah Allah tahu segalanya.

Nak cerita apa yang berlaku semalam, tengah-tengah malam tadi, someone mengganggu emosi saya, tiba-tiba emosi tu bercampur aduk, rasa nak bunuh diri, rasa nak pergi bawak kereta rayau satu dunia, nak lari dari rumah. Kenapa ni khai? what's the problem? ntah la, saya pun tak paham, kenapa etika sewaktu jahiliah saya kembali balik. Setelah sekian lama terpadam, dekat 3 tahun saya tinggalkan segala debu-debu dosa, tapi masih ada lagi tersisa.

Jazakallah kat seorang kawan yang baik, walaupun malam tadi call dia mula-mula dia tak nak angkat, sampai dah tahap kritikal dia angkat jugak. Dapat gak, setel masalah ni. Tapi, sekarang ni apa kaitan nak berubah dengan apa yang jadi ni?

Ha, inilah yang nak diceritakan, saya pelik, sebab emosi zaman jahiliah saya wujud balik, emosi marah yang terlampau, sedih yang tahap orang lain tak boleh gambarkan, rasa baik mati lagi bagus. Huh, kritikal gila mamat ni. Tulah, rasa saya perlu berubah total. Tapi berjayakah? Fuh, soalan yang bahaya, apa-apa pun kejayaan tu milik Allah.

Dalam proses perubahan ni, kita perlukan mujahadah yang sangat tinggi. Tinggi camne tu? Setinggi menara KLCC ke? ke tinggi lagi? Hish, main-main pulak. Sangat tinggi, sampai bertemu dengan Allah, bila kita tanya orang mana-mana pun, soalan, tuhan kat mana, mesti dia tunjuk kat atas, so, langit tertinggi tulah tahap usaha kita sebab kita nak bertemu dengan Allah.

Kadang-kadang orang nampak saya ni sangat kuat, dalam syuro dakwah, saya cukup dominan, Semua idea datang dari saya, pengorbanan superb, baru-baru ni, kereta saya rosak lagi, total dari bulan 2 sampai bulan 7 ni, dekat RM 10000 dah total. Semuanya terkait dengan dakwah. RM 2700 yang pertama, rosak sebab eksiden macam yang diceritakan, kedua, aircond rosak, total up RM 400, lepas dari tu, tukar tayar pulak kereta savvy, sekali dengan lampu depan, RM 400-600 camtu, lampu kereta persona, RM 200, lepas dari tu, sewaktu khittah dan jaulah, piston rosak lagi RM 800. Dan terakhir, casket terbakar, sekali dengan kipas rosak, total up RM 1400. Cuba kira, hampir-hampirlah dengan RM 10000.

Soal pengorbanan jangan diceritakan, dalam seminggu, turun dari Gombak ke Nilai. Sanggup untuk bawak halaqah semata-mata yang mana, kadang-kadang anak halaqah pun tak datang. Kadang-kadang naik ke Perak. Duit belanja semniggu RM 50, sehari makan tak sampai RM 5, cukup 7 hari, cukup RM 25 je, lagi RM 25 akan digunakan untuk minyak kereta dan tol nak ke halaqah semata. Itulah dakwah. Sentiasa sulit dan tak selalunya mudah.

Namu begitu, ramai tak tahu, hakikatnya saya ni sangat lemah, disebalik keceriaan, ada yang terselindung kesulitan, kesusahan, dan rasa sedih hati. Mungkin murobbi saya dan kawan saya sorang je tau siapa sebenarnya saya. Bertapa lemahnya saya ni. Tapi, kelemahan tak sepatutnya menjadi batu penghalang atas saya terus berusaha untuk menjadi kuat.

Pernah satu ketika saya rasa tak nak lagi teruskan perubahan, sebab, asyik-asyik gagal. Pernah suatu ketika, saya nak kembali kepada zaman jahiliah. Seringkali bisikan jahat kembali membisik, split personality cuba nak kuasai diri. Murobbi saya pernah cakap,

"Tiap orang ada split peronality dia, benda tu memang tercerna dek perjalanan hidup kita yang kita dah lalui sejak dari kecik lagi atau dengan kata lain, habit kita, cumanya salah satu daripadanya akan jadi dominan"

Pernah jugak seorang kawan baik saya cakap :-

"Memang wujud split personality ni, kalau nak tau, kepercayaan yin dan yang tu adalah 1 kebenaran walaupun ianya teori bukan muslim, tapi benda tu betul"

Hurm, ye, split personality, kita kena cuba untuk lawan, macam mana? huh, kena kuatlah, murobbi saya pernah cerita, ada ikhwah yang gagal dengan lawan dengan personality dia yang buruk, akhirnya tak nak ikut halaqah tup...tupp dengar-dengar dah berzina... astaghfirullah...

Ada seorang ikhwah yang saya sendiri kenal, gagal lawan personality yang buruk, orangnya cukup hebat, dia pernah ajarkan saya dakwah. tapi sebabkan gagal lawan, berubah jadi teruk, mula dah smoking, kalau sebatang tak pe lagi, berpuntung-puntunglah. Sosial dengan perempuan. Sedih, inilah akibat, gagal lawan split personality.


Macam mana pulak dengan saya, apa split personality saya? Hurm, banyak sangat, tapi tak elok bukak aib sendiri. Saya boleh cerita sikit je. Pernah sekali saya berlawan dengan persenolity buruk saya, macam lawan dengan jin jugaklah. Sakit gila hati, nak nangis je. Sewaktu personality buruk tu berkata :-

"Ala, kau ni nak pergi dakwah-dakwah orang, engkau sendiri ni, tak berubah lagi, hidup kena enjoy, baik kau cari perempuan ke, pergi lepak-lepak smoking ke, race kereta. Lagi best, dari susahkan diri pergi dakwah sana-sini"

Secara jujurnya, bisikan macam ni selalu terngiang-ngiang dalam kepala, asal mula iman menjunam jatuh, macam-macam perkara yang tidak sepatutnya diperbuat, pernah seketika, sewaktu awal tarbiyah, bila down je, start YM dengan perempuan sana sini, sembang-sembang benda tak senonoh.

Banyak lagi, tapi itu sebab personaliti buruk tu dah 17 tahun bertapak dalam diri sejak lahir. Sebab tu, dia jadi lebih dominan dari yang baik. Tapi, disebabkan nak berubah, saya lawan dengan personaliti buruk, berkali-kali kalah, tapi kalah tak bererti gagal. Dan tidak sekali-kali saya putus asa untuk terus berubah.

Selalu terungkap dalam kata-kata, baik saya mati lagi baik, tak delah banyak buat dosa. Tapi bila difikirkan, itu kata-kata orang yang gagal, kan Allah nak hambanya berjaya, tak caya dengarlah azan, marilah menuju kejayaan. Tiap kali bertarung dengan personality buruk, saya akan menangis, saya memang tak boleh duduk sorang-sorang lagi-lagi malam, sebab tu tak berapa suka mahalah UIA sekarang, dia seperate bilik dia jadi portion-portion tertentu.

Kalau ikut personality plus, dia kata popular sanguine tak boleh duduk sorang-sorang, kalau tak dia akan buat benda yang pelik-pelik, betul ke? Mungkin betul bagi saya, tapi, apapun kelemahan tu bukan untuk menjadikan kita terus melemah, tapi sepatutnya mentarbiyah kita untuk berubah jadi lebih kuat dan cuba mengatasi kelemahan.

Apapun doakan saya untuk terus merubah diri ini menjadi lebih baik dari setiap sisi dan dari setiap segi. Semalam dapat mesej dari seorang kawan, bila cerita kat dia yang saya rasa better mati dari terus buat dosa, memang saya akan simpan dan pegang sampai bila-bila, tak tahulah dia copy paste ke apa kekan. Itu tak penting, yang penting adalah isinya. Mesej nilah buatkan saya terdetik untuk jadi lagi kuat, dan takkan berputus asa untuk berubah walaupun kadang-kadang gagal.

Yang dilihat & diukurNYA bukan sejauh mana usahamu.. tapi yang di harap sejauh mana TAWAKKAL, PERCAYA nan jitu.. pergantunganmu padaNYA.. tapi tak bermakna tidak perlu berusaha.. USAHALAH semampumu.. tapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaaan.. tetapi berimanlah bahawa TAWAKKALmu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNYA.. itulah penentu kejayaanmu.. kejayaan bukan milik sesiapa.. tetapi adalah milik Allah.. jadi, seyakinnya hendaklah dikau pohon dariNYA semata......
.

Panjang lagi tapi ini yang penting kena ambil, apa yang penting, saya nak berubah jadi lagi baik, doakan saya. Saya tak nak gagal, saya nak jadi orang yang kuat, orang yang kuat, takkan sekali-kali berpatah balik kepada kelemahan. Ayuh, mari berubah bersama. Sekarang adalah masa untuk berubah.


Kalau murobbi saya baca ni, dia mesti senyum, yela, dia suka baca blog saya, suka hati je dia baca blog saya, bukan nak mintak permission ke apa, haha, tak apalah, ana nak jadi cam anta. Amzar selalu cakap, murobbi antum tulah qudwah terbaik dalam kalangan ikhwah. Personalitynya perfect melancholy. Hakitkatnya dia memang perfectlah, dakwah tersusun sebab ada orang macam dia, kalau tengok cara dia, semuanya tersusun, tiap apa nak di buat ada je to-do listnya. Dakwah hebat, pengorbanan superb. Dia yang banyak buatkan saya masih bertaut dengan jalan dakwah. Jazakallah khair akh.

Apapun, kepada semua pembaca, doakan saya berubah kepada lebih baik, saya nak jadi lagi baik, dan baik dan baik. Moga-moga dengan perubahan ni, dakwah makin gencar.

~Tidak Sekali-kali Aku Melangkah Ke Depan, Akan Aku Berundur Semula~

~ REBORN TO BE THE GREATEST ~

0 comments: