Introduction

.

Exhausted


Masa : 10.40 mlm
Tempat : Rumah
Status : Penat

~ Bismillahirrahmannirrahim ~

Pertamanya panjatkan kesyukuran ke atas nikmat kurniaan Allah swt serta selawat dan salam buat baginda Muhammad saw.

Huh penat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! rasa nak jerit melepaskan rasa penat namun kepenatan bukan di bayar dengan jeritan. Huh, tak tahu dah nak cakap pe cuma nak cerita apa yang saya buat sepanjang beberapa hari ni, bermula dari hari jumaat.

Pagi jumaat tu, saya main futsal dengan mad'u-mad'u kat UIA la, main memang all out lah. Dah lama tak main bola. Teringat ada sorang tu cakap, " lincah gila khai main". Fuh, terperanjat semua sewaktu saya main, yelah montel-montel badan tapi main macam pro (riak betul saya ni). Bukan nak riak sebenarnya tapi itulah hakikat saya dulu, sebelum menaikkan berat badan. Sangat aktif dalam sukan. Pernah wakil hoki, dapat no 3 dalam zon. Futsal pernah dapat no 3 juga dalam futsal terbuka. Lawan orang-orang besar punya walhal mastu, umur saya baru 17 tahun. Memang masa main, ingat waktu zaman kegemilangan dulu plus zaman nakal-nakal dulu. Hihi.

Main futsal tu ,mula jam 8 habis sekitar 10 lebih. Lama juga kami main, memang pancit gilala. Berkali-kali tukar court sebab nak elak cahaya matahari. Walaupun sewaktu main bola tu, tapak kaki saya berlubang sebab terpijak benda tajam, namun, demi mad'u atau dalam kata lain, demi dakwah, saya gagahkan diri untuk main. Tapi yang effectnya lepas tulah, nak bengkak kaki ni.Huhu.

Tamat main futsal, siap-siap dan terus makan, lepas tu, rehat tak ingat punya la. Lepas je mandi-mandi, dhuha, lebih kurang 11 macam tu, terus bantai tido sampai 12.30. Lepas tu mandi lagi skali. Fuh, nasib baik segar masa dengar khutbah walaupun tak paham sebab dia cakap bahasa arab. huk3.

Habis solat jumaat je, sekitar jam 2, terus gerak ambil mak balik kerja sebab dia minta tolong amik dia, tiba tempat kerja dia jam 3, sepatutnya kejap je tapi disebabkan jem, sejam jadi perjalanan. Tension betul duduk dalam kereta. Balik dengan mak, malam tu pulak sepatutnya ada halaqah tapi tangguh ahad atas sebab-sebab tertentu, tapi, malam tu, tolong-tolong emak la pulak untuk siapkan lauk esok hari tu.

Esok pagi tu, jam 7 pagi, terus gerak dari rumah ke UIA Gombak, sebab ada janji dengan mad'u nak pergi mandi-mandi kat Ulu Yam. Sampai je gombak terus amik diorang then, bertolaklah dari gombak ke tempat nak mandi tu.

Mula-mula, plan nak pergi Ulu Yam, sekali terlajak. Huhu. Terus ubah plan, rancang ke kolam air panas pulak dekat batang kali, sampai-sampai ramai pulak orang. Tak jadi, lepas tu, jadi buntu, terus berubah fikiran ke sungai Chiling dekat KKB. Perjalanan kami memang sangat lama, bertolak jam 8.30, tiba 10 lebih sikit.

Pergh, tempat dia memang superb. Ada air terjun tiga tingkat, air terjun dia standard macam kita tengok kat movie tu ha. Yang lawa gila tulah. Tapi, nak jalan ke tempat air terjun tu bukan mudah. Dari tempat parking tu, kena jalan kaki dalam hutan + naik bukit yang sangat curam. Paling-paling sejam lebih juga perjalanan. Bayangkan kitorang terpaksa jalan dilereng bukit yang mana ruangan untuk pijaknya cukup kecik. Apa yang difikirkan masatu hanya hidup dan mati je. Sampaikan ada yang keluarkan statement, " kita ni nak pergi mandi ke nak pergi mati". Sampaikan ada juga yang lemah semangat. Tapi bila sampai atas, wah. Bestnya. Tak terbayang.

Sepanjang perjalanan sayalah yang lead perjalanan ni, dari awal sampai ke akhir, dalam hutan pun saya lead juga. Al-maklum, fleksible je mana-mana tempat. Tulah saya nak cakap, jangan fikir orang KL ni tak berani dengan benda-benda macam ni. Duduk dalam hutan dan sebagainya. Berkali saya pernah duduk dalam khemah je. Pernah juga duduk dalam khemah tak ada dinding, atap je ada. Banyak sangatlah pengalaman, thats why orang kata saya ni, pelik sikit dari budak-budak KL lain. Panjat pokok jangan dicerita, expert tahap gaban. Jadi, janganlah menganggap orang KL macam kami ni sangat lemah dalam hal-hal hutan, perkampungan dan sebagainya.

Sampai di atas, memang puas, mandi-manda. Ada kawasan dalam gila, siapa yang terjatuh kat tempat tu memang tenggelam terus. Kalau tak reti berenang memang tenggelam la. Lepas tu, kat tepi-tepi sungai tu ada macam pasir sungai. Kitorang main tanam-tanam badan, saya punya kaki kena tanam sampai tak boleh angkat dah, kebas. huhu.

Lepas dari tu, kami pun balik, sekitar jam 2 petang juga bertolak dari sungai chiling tu ke gombak. Yelah, nak turun balik, amik masa sejam lagi. Lepas tu, lalu rawang, tengah-tengah jalan, jem, fuh, tension lagi. huhu. Tiba-tiba, ada 1 gerai ni menghilangkan tension kami, 'kedai buah-buahan'. Fuh, masatu jugak diorang suruh saya berhenti. Borang semua buah-buahan yang ada. Saya beli manggis 2 kilo. My favourite fruit tau manggis ni. Kalau jumpa je mesti saya akan beli. Lepas tu, teruskan perjalanan walaupun je.

Sampai je UIA, sekitar jam 4 lebih sikit. Buka pintu bilik, lepas tu letak je kepala, Amzar call, "akh, antum ada janji dengan anakan nak tolong bersih rumah ana". Aduhai, baru nak lelap kejap. Amzar sambung, "macam nilah, antum amik wudu' siap-siap, datang rumah ada dekat sri damansara dulu, lepas tu, baru kita gerak ke rumah ana lagi satu tu."

Lawan segala sikap malas, saya terus bangun, amik wudu' lepas tu, longgok je baju untuk di pakai kat rumah Amzar letak dalam plastik. Terus drive ke sri damansara. Tepat-tepat azan saya sampai, amzar jemput then dia cakap "lajunya antum bawak kereta, bahaya tu". Lepas tu saya solat. Habis je solat, terus gerak ke rumah amzar yang lagi satu di saujana utama, sungai buloh. Adoyai, drive lagi, yang tension kali ni, jem lagi sekali kat area pasar sungai buloh tu. Memang pening kepala. Nak tidur tak boleh lagi, eksiden kang saya kalau tidur.

Drive-drive, berhenti kejap kat pasaraya econsave. Lepas tu, amzar suruh saya temankan dia beli barang-barang untuk cuci rumah dia. "Khai, antum expert bab-bab ni, ana serah kat antum je nak beli barang apa dia". Fuh, thiqah gila amzar kat saya kalau bab-bab kebersihan ni. Mungkin sebab minggu sebelum ni, saya pernah bersihkan tandas MT sampai tandas tu yang dah berdaki-daki hilang terus daki. Macam tandas baru pulak jadinya. Beli-beli barang terus gerak ke saujana utama.

Dekat-dekat maghrib juga sampai. Malam tu pula, ada majlis doa selamat dan solat hajat kat rumah amzar, memang kena siap-siaplah, mandi-mandi semua sampai wangi. Lepas tu, terus ke majlis. Siap ada meeting penduduk lagi waktu tu. Paling-paling pun sekitar jam 10-11 macam tu baru setel semuanya siap ada makan-makan lagi baru kami balik. Lepas tu baru tidur.

Esok pagi tu yang amat menyedihkan, sebab tertinggal tahajud. Ya Allah, rasa nak nangis je tinggal rutin harian. Sedih-sedih. Siap-siap solat subuh, kami terus bersiap untuk menyental rumah amzar tu. Kena angkat-angkat pasu rumah dia. Basuh-basuh laman dia, tandas dia. Minyak-minyak hitam yang lekat kat tiles dia. Memang penat nak menyental, bongkok-bongkok semuanya. Mula sekitar jam 8 pagi, habis jam 12.00. Habis tu, mak amzar sediakan makanan, sedap, nasi briani. Sedap-sedap, suka tengok adik bongsu amzar, nakal tapi kelakarlah, masa kitorang tengah basuh depan rumah, dia tolong. Baik, dia berus jugak lama rumah tu.

Habis makan-makan semua sekitar jam 1 petang tu. Memang dah siap mandi semuala. Tepat jam 1 petang tu, terpaksa driving balik, ke SMKAKL sebab amik ikhwah UIA ada halaqah kat sana, sampai SMKAKL je memang tepat-tepat azan zohor. Sempat solat, lepas dari tu, amek terus ikhwah yang folo up SMKAKL terus gerak ke UIA Gombak dalam 2.30 petang sebab pukul 3 petang tu ada liqo' ringkas.

Liqo' ringkas sebab murobbi tak dapat hadir sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Tak lama liqo'nya. Tepat azan asar, liqo' kami berakhir, saya terpaksa ke nilai sepatutnya tapi akh zaim minta tangguhkan sebab dia ada urusan. Biasalah cikgu, banyak benda dia nak kena buat. Jadi saya pun sama tangguhkan halaqah tu pada waktu lain. Tamat agenda semua, saya terpaksa pulang sebab ayah outstation, mak minta tolong hantar amik dia kerja sepanjang ayah tak ada. Tapi petang tu, just hantar kakak ke rumah sewanya.

Kakak saya tinggal dekat dengan UM, yelah, diakan doktor gigi kat sana. Jadi, kenalah dia tinggal berdekatan. Arrangelah dengan murobbi untuk jumpa dia sekitar UM sebab dia kata malam ada halaqah dengan UM pula. Fuh, dakwah je kerja dia. Lepas tu, jumpa lah murobbi sampai pukul 10 baru balik rumah dan sekarang, tengah tulis blog. Penat sangat.

Selasa ni pulak kojie minta tolong jaga gerai dia kat CAC, dia bukak booth humaira bookstore kat CAC, katanya ada ICT open day dan book fair. Jadi tolong jelah.

Tapi, apa-apapun inilah kehidupan, adakah masa kita, kita manfaatkan dengan baik ke tidak terletak pada diri kita.

Inilah dia cerita saya, baca pun bosankan, yelah penat, mood menulis pun hilang. Maafkan saya atas segala kesilapan dan kesulitan.

Jadi, bersama-samalah kita mencari redha Allah dengan sebenarnya.

~ Hidupku untuk Allah ~

~ Jalan hidupku adalah jalan Dakwah ~

0 comments: