Introduction

.

Khai, kenapa kau tak nak join persatuan?


Masa : Masa itu emas (tak ada kaitan)
Tempat : C1.3C
Status : Biasa-biasa

~ Bismillahirrahmannirrahim ~

Pertamanya bersyukur ke atas nikmat kurniaan Allah s.w.t. serta selawat dan salam buat junjungan baginda muhammad s.a.w.

Pelik gila post kali ni, kenapa tak join persatuan? Apa kaitan dengan hidup pembaca lainkan. Ha, sangat berkait, sebab penulis dan pembaca mungkin rata-rata seorang pelajar yang bergelar mahasiswa.

Seringkali dipersoal oleh rakan-rakan, “ wei, kau amek persatuan apa? Kelab apa?” Apa yang saya jawab, “ah, malas ah.” Kenapa ye saya jawab macam tu? Kenapa saya malas nak berpersatuan? Bukan ke saya ni seorang sanguinis yang popular yang mana sentiasa akan cuba untuk bersosial dengan orang lain? Kalau macam tu, maknanya saya ni bukanlah berpersonaliti sedemikian rupa.

Kawan selalu cakap kat saya, “kau leadership ada, pandai entertaint orang, kalau masuk persatuan kau konfem dapat voting tinggi”. Ini selalu di dengar dalam kalangan rakan-rakan, tapi apa saya buat, ambil endah je. Tapi tak bermakna saya memang terus ignore persatuan ni, macam abang saya antara Majlis Tertinggi kat kolej dia di UKM. Fuh, hebat. Tapi tak pernah pun saya marah dia ikut persatuan pun.

Tapi berbalik pada persoalan pokok, kenapa saya tak pandang persatuan ni? Hurm, kalau diikutkan saya pandang jugak persatuan ni apa sebenarnya tapi saya menilai setiap satu yang diperbuat. Contoh, apa tujuan penubuhan dan apa kepentingan persatuan tu dalam kehidupan saya.

Saya adalah seorang pelajar dan seorang da’ie, saya ada 2 benda utama yang saya perlu fokuskan, pelajaran saya dan dakwah saya. Kalau saya tambahkan dengan persatuan saya sangat takut pelajaran saya menjunam jatuh dan dakwah saya semakin slow.

Alah, kau ni kolotlah, kan ada persatuan islam. Buat program-program agama jugak, kan itu juga dakwah.

Baik, memang program agama, talk itu dan ini, apa yang kita dapat ilmu yang baik, yang bermanfaat untuk islam secara wajarnya. Tapi, pernah tak kita fikirkan tentang pembinaan dakwah tu? Rasulullah create sahabat-sahabat untuk meneruskan perjuangan, sekarang ni, orientasi program, adakah ianya mencorakkan sebegitu rupa? Tak ada pun proses pembinaan seorang dai’e tu macam mana. Hanya sekadar memahamkan tentang islam. Tapi, bagi menggerakkannya? Sangat kurang.

Jadi sebab tu halaqah ni sangatlah penting, sebab, dia ni mencetak seorang tu menjadi da’ie bukan sekadar menghantar ilmu semata. Tapi mencorak seorang tu menjadi da’ie. Mengajarkan cara bergerak. Kalau kita tengok MLM style, itulah konsep halaqah juga, halaqah tree. Mula dari pengasas, lepas tu orang bawah cari orang, yang bawah cari lagi orang. Lama-lama ramai. Tapi bagi dakwah, lagi ramai yang mengerakkan dakwah. Cuba tengok kalau kita pergi ceramah-ceramah, ada tak yang lepas ceramah tu dia terus ajarkan kita cara dan corak kita dalam berdakwah. Kadang-kadang ceramah dakwah pun kurang. Paling kerapnya, ceramah bila ada isu, kalau tak ada, tak adalah ceramah. Macam UIA, 2012 punya talk. Dan tengok apa impak lepas ceramah tu? Macam tak ada apa-apa berlaku pun. Jadi, sekarang, anda paham kenapa saya masih lebih berfokuskan halaqah pembinaan dari yang berbentuk umum.

Orang kata persatuan train leadership, halaqah lagilah, ikut style islam lagi, macam saya cakap MLM tadi, kalau anda nampak flow MLM, kita akan nampak macam mana kepimpinan tu berjalan, kita akan jadi Murobbi yang handle halaqah, kita akan jadi ma’sul yang handle syuro. Ada S/U jugak. Lagilah membincangkan tentang yang Allah sangat-sangat redha. Tak nak?

Tapi, kita tak boleh nafikan akan satu masa, kita perlukan persatuan juga, tapi sebab apa pula? Ya, satu masa nanti saya akan berpersatuan juga, tapi saya jugalah antara bakal pengasasnya. Tapi tunggu sehingga orang-orang yang bersama saya itu adalah orang yang sama memperjuangkan agama Allah. Apa yang saya akan buat untuk persatuan tu? Apa kelainannya?

Baik, seringkali kita tengok persatuan contoh macam di UIA, titian asli, motifnya pergi jumpa orang asli, lagi, course society, buat program berkaitan course, tapi saya akan buat berorientasikan dakwah yang mana program umumnya sangatlah berkala dan kurang. Atau mungkin sekali satu sem, tapi grand. Macam mana tu, tengok dan lihatlah kemudian hari nanti. Sebab apa macam tu? Ha, itu adalah satu wadah untuk tarik pelajar untuk ke proses pembinaan pula. Buat satu program besar, kemudiannya, tarik kepada halaqah dan terus membina mereka untuk mencetak da’ie penerus.

Hebat tak hebat? Itulah dia, apa yang lain lagi adalah, mungkin dari segi syuronya juga akan lebih baik, kami cuba untuk jadikan persatuan yang menjadi qudwah kepada yang lain. Kenapa, terkadang, nama persatuan islam, tapi sewaktu syuro, ikhwah wa akhawat sesuka hati bergelak ketawa tanpa rasa malu, dan terkadang tak menjaga mata. Tapi apa yang saya cuba buat, mungkin syuro akan asing ikhwah wa akhawat tapi, tanzimnya sekali. Itulah baru kita nampak prospek islam sebenar yang patut dijadikan contoh.

Berbalik kepada yang asas, tidak mahu lagi berpersatuan buat masa ni, sebab, kita kena fikirkan keperluan dan kehendak kita. Tadi saya belajar FIE, Fundamental Islamic Economics, dia ceritakan yang mana ekonomi islam tak ada scarcity iaitu, kekurangan, kalau definisi panjangnya, limited resources but unlimited wants. Islam tak ada, sebab sifatnya, banyak resources yang ada. kita sebenarnya kena manage mengikut keperluan kehidupan kita. Conventional meletakkan kehendak yang utama. Tapi islam meletakkan keperluan. Saya tanya anda, persatuan yang anda masuk sekarang, adakah ianya perlu untuk anda? Kalau ye, untuk apa? Ada benefit untuk diri atau islam tak? Atau sekadar membazirkan masa untuk bermesyuarat yang mana masa tu kita boleh isi untuk pergi dakwah orang lain. 2 jam meeting, itu pun ada gelak ketawa dan sebagainya. Sedar tak berapa banyak dosa kita boleh buat dalam masa 2 jam? Tahu tak dalam masa 2 jam 8 orang anak luar nikah yang terhasil di malaysia? Jadi, dimanakah anda sewaktu itu? “saya meetinglah, untuk society”, itukah yang anda nak jawab dengan Allah di akhirat nanti?. Tepuk dada tanya iman.

Jadi, fikir-fikirkan dan renung-renungkan, fikirlah yang mana satu lebih aula untuk diri anda. Orang pernah bagitahu, persatuan sangat penting kalau nak kerja nanti, yeke? Dan beberapa kali di hadapan mata saya, saya lihat dan tanyakan, macam pak cik saya, manager, saya tanya dia,

Saya : wak(orang jawa), kalau kita nak kerja nanti, masa temu duga, dia tengok ke kita ni pernah join koko apa ke?
Pak cik : hish, mana adalah, wak tanya kamulah, andaikan wak ni manager, kamu datang interview, wak tanya, “pernah jadi leader dalam bola sepak tak?” rasa wajar ke tanya dalam tu? Apa yang wak akan tanya, “pernah ada pengalaman tak?”
Saya : oh, macam tu ke.

Selain dari tu, kakak sedara saya yang mana tiba-tiba di offer jadi manager kat tabung haji, saya tanyalah diakan pasal tu. Namanya kak aien.

Saya : kak aien, senangnya dapat job, dia ada kira pointer ke?
Kak aien : ntah, kak aien pointer pun tak lepas 3.
Saya : koko kot.
Kak aien : Akak mana pernah join persatuan apa-apa. Memasak adalah. Tak ada kaitan dengan tabung haji pun. Lainlah manager restoran ke.

Kakak saya sendiri dah dapat job dah, siap contract 9 tahun lagi, walhal tak pernah pun tengok dia sibuk dengan persatuan, tiap minggu balik rumah. Belajar je kerja dia.

Sekarang, anda nampak tak aulawiyahnya di mana? Samalah macam dalam dakwah, ada stage-stage tertentu, yang mana kalau kita tengokkan dalam Al-Quran menceritakan keutamaan berdakwah kepada umat islam yang jauh dari islam itu lagi penting dari dakwah non-muslim berdasarkan sebuah ayat :-
Dan perumpamaan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir adalah seperti penggembala yang memanggil binatang yang tidak mendengar selain panggilan dan seruan saja[107]. Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti. (Al-Baqarah: 171)

Kalau kita lihat ayat ni, berdasarkan mafhum mukhallafah(maksud dibelakang/disebalik)nya, menjelaskan yang mana, dakwah orang islam yang jauh dari islam ni lagi utama dari dakwah orang kafir sebab orang kafir ni memang tuli, bisu dan buta. Baik dakwah orang muslim yang ada juga sinar islam tu.

Jadi, dalam perihal kita memilih untuk berpersatuan atau tidak itu juga adalah satu perkara yang perlu untuk kita fikirkan juga sama ada ia memberi kepentingan untuk kita atau tidak. Sama-samalah kita beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan cubalah mencari jalan terbaik dalam hidup kita. Wallahu’alam.
~ Reborn To Be The Greatest ~

1 comments:

nikaizat said...

saya nak copy bleh x???nati sayya credit kan...