Introduction

.

Erti Sebuah Impian


Masa : 2 50 p.m
Tempat : Rumahku Syurgaku
Status : Happy

~ Bismillahirrahmanirrahim ~

Syukur lillah ke atas Allah s.w.t atas nikmat kurniaan serta selawat atas Nabi Muhammad s.a.w. atas seruan jihadnya yang menyerap masuk ke ruas-ruas tulang ini.

Huh, impian? apa itu impian. Kalau Nilai Impian tu tau lah, dekat je dengan UIA Nilai dan USIM, ni impian, apa ye? Huh, semua orang ada impian, ada impian yang buruk dan baik. Kalau kita tengok cerita kartun, yang cerita superhero-superhero lah, sudah pasti kita tau, kalau ada superhero, sudah pasti ada penjahatnya. Kalau superhero tu ada super, penjahatnya juga mesti ada kuasa juga. Pasti adil, agak tidak bestlah kalau cerita spiderman, hanya menyelamatkan orang dari kes kecurian yang biasa-biasa je.

Baik, berbalik kepada impian, kalau kita tengok cerita tu, kita dapat tengok impian watak-watak dalam tu. Bagi yang baik, sudah pasti nak menyelamatkan dunia. Tapi, berbeza dengan watak jahat, impian mereka nak kuasai dunia.

Jadi, dari sini kita dapat tengok impian masing-masing, sama ada baik atau buruk. Kita juga, pasti ada impian. Kadang-kadang, masa kecik tu, nak jadi doktor, nak berbakti untuk bangsa, selamatkan orang dan sebagainya. Bagi para pejuang, pasti mengharapkan syahid. Jadi bagaimana dengan kita? Sudahkah anda mempunyai impian tersendiri atau masih terperangkap di dunia yang kita tak tahu di mana kita berada?

Dalam Al-Quran telah difirman dalam sebuah ayat : -

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Hasyr : 18)

Jadi ikhwah wa akhawat fillah yang sangat dikasihi dan dirahmati Allah sekalian, jelas dan cukup jelas dalam ayat ni, membahaskan tentang perihal kita untuk berfikir tentang masa depan kita. How about our future? Nak bukak kelab malam? Nak jadi jutawan? Nak menang loteri? Nak bina masjid? Nak buat apa? Fikir, fikir, fikir dan fikirlah. Dan rancanglah masa depan kita dengan baik, baik dari susunan kerja dan sebagainya.

Jadi, menceritakan tentang impian, ingin juga untuk diri ini melunaskan rasa syukur kerana diberikan akal dan iman untuk merancang masa depan diri sendiri. Baik, apa impian saya? Jual nasi lemak tepi jalan? Apa cita-cita saya?

Baik, banyak pertanyaan dari kawan-kawan, apa kau nak jadi besar nanti? Sampaikan serabut kawan memberikan cadangan.

"Eh, kaukan hebas bisnes, jadilah bisnesman"
"Aku rasa kau jadi lawyer la, kau banyak cakap"
"Kau jadi akauntan lah, kaukan genius akaun"

Fuh, penat melayan kerenah kawan-kawan, nak je cakap.

"Aku punya cita-cita, suka hati akulah, sebuk je, haha"

Tapi, tak apalah, demi menghargai sebuah persahabatan, saya sangat berbesar hati dengan setiap cadangan yang diberikan. Jadi, kalau apa yang kawan request tu tak nak, saya nak jadi apa?

Hurm....jadi apa ye? Jap, fikir jap......

Ha, saya baru ingat, saya nak jadi cikgu tapi part time bisnes.

Glup (telan air liur), macam mana tu ye?

Ha, mudah je, mengajar macam biasa, kalau bisnes, website ada, kalau habis kelas boleh buat, banyak masa. Lagi 1, saya memang tak nak jadi cikgu kat sekolah bestari ke MRSM ke, sebab leceh, banyak nak kena buat. Better jadi cikgu biasa-biasa je, cikgu akaun gaji tinggi juga, yang penting berbakti pada islam dan ummat. Yang mengharapkan ikhlas dalam pengajaran dan bukan mengharapkan title dan sebagainya.

Baik, jadi cikgu, kenapa pula?

Hurm, nak kena jawab juga ke? baik, nak jadi cikgu sebab nak bagi tarbiyah kepada pelajar-pelajar sekarang ni. Sebab sekarang ni dah banyak permasalah yang muncul dari sekolah,bahkan sekolah rendah pun dah wujud masalah-masalah sosial. Baru-baru ni, minum dengan ikhwah ISMA sebab ada bincang sesuatu dengan diorang tentang gerak kerja nilai. Sembang punya sembang, cerita pasal SMAP Labu, ikhwah tu cerita, ada pelajar SMAP Labu kantoi khalwat kat hotel somewhere in melaka, budak form 6 dengan form 4. Fuh, sekolah agama tu.

Jadi, itu kerjaya, dakwah macam mana? Takkan nak tinggal?

Hish, gilo ko, nak tinggal, itu kewajiban bagi diri ini. Hurm, nak cerita ke tak, nak cerita ke tak. Alang-alang cerita jelah. Hurm, saya suka dakwah, cakap je kat mana, saya akan pergi ke sana hidupkan. Tapi, macam saya cakap, tiap orang ada impian, impian saya dalam dakwah, cukup besar, dan itu adalah pendirian saya yang sampai bila-bila saya akan pegang.

Impian saya, adalah menjadi Qaedah Shulbah disesuatu medan. Apa itu Qaedah Shulbah? Baik, qaedah bermaksud pimpinan, shulbah bermaksud tulang belakang. Jadi, Qaedah Shulbah ni bermaksud orang yang dipaksikan dalam dakwah, contoh, para sahabat adalah salah satu contoh qaedah shulbah yang dibina oleh baginda s.a.w. Tengoklah, ketika mana fasa awal pembinaan di mekah, baginda hanya bersama beberapa sahabat. Membina iman,membina kekuatan dan akhirnya bila boost out, dakwah cukup luar biasa. Orang-orang terawal atau lebih dikenali assabiqun awwalun ini adalah qaedah shulbah bagi islam.

Macam sekarang ni, di UIA, saya antara Qaedah Shulbah, yang bina dakwah di UIA, Dan mungkin sampai satu masa, UIA akan boost out melemparkan tikar-tikar dakwah di sekitar KL, Selangor, Kuantan dan Nilai.

Ok, sekarang dah paham, qaedah shulbah, jadi, sekarang, utara dah ada ikhwah yang ramai menggerakkan, selatan juga ramai, tengah juga ramai, pantai timur, adalah juga, borneo tu, sarawak ramai juga, sabah tak tau nak cakap macam mana.

Toyyib, bila fikir dan istikharah, ada 2 tempat yang cukup kuat untuk hati ini. Sama ada Terengganu, dan Sabah. Kenapa? Ntah, sebab pernah tanya murobbi, terengganu ada potensi tapi perlu mencari coraklah. Kalau di terengganu tu kat mana nak bina qaedah shulbah tu? Hurm, pasti di Universiti. Sama ada di sekitar UMT. Dan mungkin ada planning untuk nikah akhawat UMT bagi memudahkan urusan dakwah dan mengajar diri ini mencari rentak dakwah di terengganu.

Ok, itu kalau Terengganu, kalau sabah macam mana pula? Kalau sabah, seperti dalam perancangan, memang nak kerja sebagai cikgu disabah. Sangat mudah kalau dapat kalau mintak kat sana. Kalau di sabah, memang pucuk pangkalnya akan bermula di matrik labuan atau UMS. Bina orang disana. Bila terbina shulbah, akan kembangkan ke seantero sabah, UITM Tawau dan banyak lagilah. Pasti seronok. Lagi-lagi dakwah sekolah, bila orang kesinambungan tarbiyyah itu wujud, dari sekolah ke matrik dan sebagainya, lagi mudah untuk gencarkan dakwah sebab ada basement yang baik.

Fuh, ni baru sikit, padahal banyak lagi kalau nak ceritakan pasal planning, tapi memandangkan saya nak gerak ke UIA Nilai, ada halaqah lak malam ni. Pasti ramai pelik sebab palnning sebelum ni lain, sekarang jadi lain. Nak tau? Hurm, adalah sebabnya, tapi nak jawapan mudah, pahamkan impian saya, pasti anda paham. Nanti-nanti saya cerita lagi.

Sebelum tu, nak tanya, impian anda pula bagaimana? Baiklah. Moga-moga kita sentiasa dalam iman yang sihat dan sejahtera. Wassalam.

~ Reborn To Be The Greatest ~

2 comments:

pencari impian said...

moga ikhlas dan tercapai impian akh.
amin.
chayok khai!

highest^love said...

huhu, pencari impian. ke pencuri impian..hahaha..memaen je..