Introduction

.

Meleraikan Persoalan...

Masa : 11.45 a.m
Tempat : Bilik Kebal
Status : Mengelabah

~ Bismillahirrahmanirrahim ~

Yang utama dan lebih utama panjatkan syukur pada Allah s.w.t dan tidak lupa selawat dan salam buat junjungan baginda Muhammad s.a.w.

InsyaAllah, banyak persoalan timbul berikutan satu persatu unsur-unsur dalam hidupku disingkirkan. Bermula dengan MySpace, kemudian Facebook, dan akhirnya Yahoo Messenger.


Ramai tanya :

"Khai, awat macam ni, hang tak nak kawan aku lagi ka?"

Maaf kawan, ini bukan persoalan taknak kawan or apa tapi, sudah bagiku cukup jelas. Tapi bagi menjelaskan lagi, saya terpaksa copy seorang ikhwah saya ni penjelasan tentang facebook. Sebab kami mempunyai personality yang sama iaitu popular sanguine.

Jadi, untuk lebih detail, bacalah artikel ini.

"Umair, facebook dah ada yang versi Islamic punya. Bukan yahudi punya lagi. Apa lagi, daftarla."


Rasanya ramai yang masih belum tahu mengapa saya tiada akaun Facebook. Dan juga saya tidak menceritakan kepada sesiapa melainkan teman-teman rapat saya sahaja. Saya ada sebab saya sendiri mengapa saya tidak mempunyai akaun Facebook.

Bukan Isu Boikot Semata
Facebook diasaskan oleh seorang yahudi, lalu sebahagian daripada kita mengambil keputusan untuk tidak mendaftar kerana mahu memboikot yahudi zionis. Tetapi adakah saya memboikot kerana itu? Pada mulanya ya. Tetapi setelah membaca pelbagai pendapat daripada berapa tokoh seperti Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Hasrizal, saya dapat menyimpulkan bahawa penggunaan Facebook sama jalannya dengan penggunaan internet.

Ada orang buka internet dapat maklumat terkini.
Ada orang buka internet dapat buat duit.
Ada orang buka internet dapat maksiat.

Benda yang sama, tetapi hasil akhir yang berbeza. Mengapa? Kerana sudut pandang ataupun paradigma yang berbeza. Apa yang kita lihat, itulah yang kita dapat.

"Jadi, kenapa kau masih tak buka akaun Facebook?"

Ya, mengapa? Kerana saya tidak sekuat anda.


Saya Tidak Kuat
Tidak kuat macam mana tu?

Saya adalah seorang yang berpersonaliti 'The Popular Sanguine' ataupun 'Sangunis yang Popular'. Yang diantara ciri-ciri khas personaliti ini adalah, mereka sangat 'mesra alam' ataupun mudah masuk dengan pelbagai jenis orang, perasaan ingin tahu yang amat tinggi, dan amat ceria. Dan di antara kelemahan personaliti ini adalah amat sukar berhenti bercakap apabila 'naik syeikh' ataupun 'excited', mudah dipengaruhi perasaan dan kurang terorganisasi. (Insya-Allah lepas exam saya akan ceritakan mengenai personaliti-personaliti ini)

Dengan sifat ingin tahu yang amat tinggi serta amat-amat mesra alam serta ceria ini menyebabkan mereka amat mudah mencari kenalan baru dan menjadi teman baik bagi ramai orang. Mereka dikatakan Popular kerana sifat semulajadinya suka akan pujian dan menjadi pusat tumpuan.

Dengan mengetahui personaliti saya, saya tahu saya tidak kuat untuk menghadapi cabaran yang bakal diterima dengan memiliki akaun Facebook. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana saya akan menyikapi komunikasi dan perhubungan tanpa batas ini.

Bebas melihat gambar-gambar teman lama.
Bebas berbual dengan sesiapa sahaja.
Bebas untuk menyelidiki biodata sesiapa sahaja.

Dengan Facebook berpuluh-puluh keluarga yang telah porak-poranda. Berpuluh-puluh pasangan telah bertalak tiba-tiba. Semuanya atas dasar ketidak sediaan individu untuk menerima perhubungan serta kebebasan tanpa sempadan ini. Bertemu kembali dengan kawan-kawan lama, tanpa mengira soal jantina, lalu kisah lama kembali bernostalgia, kononnya mengimbau detik-detik gembira, tetapi syaitan lebih bijak menyusun rencana.

Saya tahu saya tidak kuat. Hati saya tidak kuat. Sedangkan ketika menggunakan Friendster sahaja dahulu saya telah terjebak ke lembah 'itu'. Hanya dengan Google Group sahaja, saya sudah sukar untuk menjaga ikhtilat antara teman-teman sekuliah. Cukup dengan blog saya sahaja, saya sudah kenal ramai orang, menerima pelbagai komen, sehingga sukar bagi saya menjaga hati. Belum dikira berapa lama masa yang bakal terbuang sia-sia oleh saya nanti disebabkan ketidakmampuan saya mengawal diri. Saya tidak sanggup untuk mengambil risiko itu kembali.

Inilah sebabnya saya masih belum mempunyai akaun Facebook. Saya mengukur baju di badan saya sendiri. Dan saya tahu baju itu muat atau tidak. Tetapi saya tidak tahu anda. Jadi ukur baju anda sendiri.

Akan Ada Akaun Facebook
"Aik, akan ada pula? Tadi kata tak kuat?"

Ya, sekarang saya belum cukup kuat. Tetapi saya akan kuat. Bila? Bila masanya tiba. Ketika sudah menyempurnakan separuh daripada agama. Biarkan sehingga kini saya terus menunggu di sayup rindu. Tatkala perasaan dan fikiran menjadi stabil dan lebih matang. Di kala itu saya lebih mudah untuk setia dan menjaga hati, kerana sudah ada 'tempat' untuk difokuskan.

Semoga saat itu akan tiba. Jika di dunia ia tiada, semoga di syurga ia telah menanti.

Semoga.

Rujukan : http://umairzulkefli.blogspot.com/
Moga-moga kita peroleh manfaat darinya.
~ Reborn To Be The Greatest ~

0 comments: